Mealshake Pemecah Tradisi Picky-Eater

syuesalim | June 21, 2017 | 0Komen |
Ini anak bujang Syue yang nombor dua; paling manja, paling rapat...bonding orang putih kata, ye dok...bukan rebonding tau...heee ๐Ÿ˜

Asbab berkenan dengan Shaklee bermula dari Mealshake. Bukan makan sendiri, tapi bagi ke dia ni lah. Dia paling lama menyusu badan; 2 tahun 4 bulan. Makanya dia paling susah nak makan. Lepas wean off, dia dah tak sambung hisap botol. Sebab tak pernah diperkenalkan dengan botol. Memang lega lah di situ. Dengan harapan minum dalam cawan pun takpa lah kan.

Tapi tetap takmau juga susu. Memilih makan sayur, tak payah cerita la kan. Jenuh dok ugut nak suruh makan ja pun ๐Ÿ˜‚. Selalu budak-budak kalau takmau makan mesti kita fikir kecacingan kan. Tapi sini banyak pasir, mana nak ada cacing (kot..hee). Sebab nak cari ubat cacing kat farmasi sini susah tau. Klinik pun takdak rutin bagi ubat cacing ke kanak-kanak. Mungkin sebab sini takdak tanah so cacing pun takleh beranak kot. Eh banyak betol kot kot!

Tips Kurangkan Sakitan Akibat Slipped Disc

syuesalim | May 29, 2017 | 0Komen |
Pergi dapatkan pemeriksaan andai anda anda masalah sebegini:

๐Ÿ‘‰ Sakit di bahagian belakang
๐Ÿ‘‰ Rasa kebas pada bahagian bahu, belakang, lengan, tangan atau kaki
๐Ÿ‘‰ Masalah membongkok atau meluruskan bahagian belakang badan
๐Ÿ‘‰ Sakit di bahagian punggung, pinggul dan kaki
๐Ÿ‘‰ Sakit leher
๐Ÿ‘‰ Lemah otot

Ini adalah antara simptom-simptom slipped disk. Walau bagaimanapun, tak semua slipped disc menyebabkan simptom-simptom begini. Kadang-kadang sakit ini boleh disebabkan oleh terseliuh atau ketegangan. Sakit belakang jarang disebabkan oleh sesuatu yang serius pun. Sebab tu ramai yang tak tahu mereka ada masalah slipped disc sebab mereka pandang ringan dengan simptom sebegini. Jadi, bagaimana situasi sebenar slipped disc ini?

Kenapa SCP Kolagen Terbaik Dalam Pasaran?

syuesalim | May 29, 2017 | 0Komen |
Kolagen. Sangat popular pada masa sekarang. Lambakan makanan tambahan berasaskan kolagen menunjukkan bahawa semakin ramai yang mengambil berat mengenai kesihatan kulit. Tak kira lah sama ada dalam bentuk serbuk, atau pil, atau dah terkandung dalam minuman, kebanyakan mendakwa dapat mencantikkan kulit anda dari dalam dan luar. Tetapi, adakah makanan tambahan kolagen ini benar-benar berfungsi?

Mengapa Penting Untuk Bezakan Diet Dengan Detoks?

syuesalim | May 24, 2017 | 1Komen |


"Dah kurus ni, tak payah dok control makan, diet-diet sangat laa"

Susah sebenarnya nak ubah tanggapan orang lain, bila mana kita ini dilihat memilih untuk makan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita sebelum ini. Ada orang yang kuat imannya; macam Syue ni ๐Ÿ˜œ. Ada orang tak tahan diperli, dan kesudahannya, terbabas kembali ke sikap asal. Sikap apa tu? Sikap makan sesuka hati sesedap perut..heee.. Syue bukanlah tak makan apa yang dihidang orang ni, tapi bila masa tengah menjalani program detoks, memang Syue akan istiqamah gitu. Tak selesa betul kalau orang cakap Syue tengah diet (kesan detoks kot, sensitif nar..hekzz ๐Ÿ˜). 

"I'm not DIET, I'm on DETOX." Haaa ngko...omputis terus...๐Ÿ˜

Dah apa beza Diet dan Detoks ni?

Makanan Tak Cukup Nutrien: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 21, 2017 | 0Komen |
Hujah BIASA di kalangan orang yang tak ambil suplimen ini adalah; mereka dah dapat, dah cukup semua nutrien yang diperlukan oleh badan mereka melalui makanan. Tak perlu dah suplimen ni. Dan ada tambahan lagi; mengutamakan suplimen berbanding makanan bukanlah cara diet yang sihat.

Pendedahan Terhadap Toksin: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 20, 2017 | 0Komen |

Setiap hari, kita dikelilingi oleh bahan beracun. Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah dengannya sejak kita dilahirkan tau ๐Ÿ˜ฑ. Bahan beracun ini dipanggil TOKSIN. Kesihatan kita sebenarnya terjejas lebih banyak dari apa yang kita tahu, bergantung kepada berapa banyak kita terdedah kepada toksin secara tetap. 

Penting untuk kita tahu bahawa toksin ini boleh didapati dari luar badan atau wujud dari dalam badan.
Contoh toksin luaran: pencemaran, asap rokok pasif, racun perosak, pewangi, bahan pencuci
Contoh toksik dalaman: bakteria jahat, jangkitan virus, stress, anxiety, berfikiran negatif
Kesemua toksik luaran dan dalaman ini menyumbang kepada 'beban toksin'. 

Pestisid Pada Makanan: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 18, 2017 | 0Komen |
Diet yang sihat bermula dengan pengambilan banyak sayur dan buah, tetapi beberapa jenis sayur dan buah kegemaran korang pasti mengandungi kuantiti racun serangga / pestisid. Kita tak nampak pestisid tu, sebab tu kita mudah ambil saja ambil buah dan sayur tu dan terus makan, kan? Sepanjang hidup kita, agak-agak dah berapa banyak 'racun' ni masuk dalam badan kita eh? Perkataan 'racun perosak / pestisid' itu sendiri dah buat kita rasa tak selesa kan, apatah lagi kalau terfikirkan kita menelannya secara sengaja. Gulp! ๐Ÿ˜ฐ

Penjagaan Luka Bersalin Secara Pembedahan

syuesalim | May 16, 2017 | 0Komen |
Melahirkan anak adalah saat yang menyeronokkan wanita. Akhirnya dapat juga jumpa bayi yang tinggal dalam rahim selama 9 bulan kan. Proses kelahiran yang lancar adalah sesuatu yang mengembirakan. Namun ada yang mungkin sedih atau kecewa sebab kelahiran tak berjalan mengikut apa yang dirancangkan. Ada yang mengharap dapat bersalin normal tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa melalui pembedahan caesarean.


Kenapa Nak Pilih Juga Krim Kilo?

syuesalim | May 13, 2017 | 0Komen |
Kebelakangan ni kecoh berkenaan dengan produk penjagaan muka terlarang yang diharamkan oleh KKM. Ada produk yang jujurnya Syue tak pernah kenal pun, tak pernah dengar nama, tak pernah tahu pun kewujudannya, tapi ada orang guna. Hairan. Macam mana produk begini boleh ada dalam pasaran?


Sebab utama adalah sebab ada permintaan. Apabila ada sebahagian dari masyarakat kita yang taksub untuk putih cepat, maka ada lah produk begini yang muncul untuk memenuhi ketaksuban mereka tu. Apa yang Syue perhatikan, yang suka sangat nak guna produk begini adalah remaja-remaja. Kenapa ya? Tak trendy ka kalau tak putih? Takut tak laku, takut takde boyfriend ke? Alahaiiii ๐Ÿคฆ.

Tips Menghilangkan Batuk Berkahak

syuesalim | May 13, 2017 | 0Komen |
Batuk, selesema, biasa menyerang tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Seringkali kita kaitkan penyakit ini dengan perubahan cuaca. Bila ianya menyerang, memang tak selesa kan. Batuk memang sinonim sangat dengan kahak. Mesti diri sendiri atau anak-anak pernah alami. Dalam Bahasa Inggeris dipanggil phlegm. Tahu tak kita apa itu kahak? Terfikir tak mana datangnya hingus dan kahak ni? Bagaimana ianya terjadi?

Tips Mencepatkan Urusan Kerja Dapur

syuesalim | May 11, 2017 | 0Komen |
Kata orang, memasak ni terapi untuk orang yang gemar memasak. Kalau yang tak gemar? Masalah besaq woo! ๐Ÿ˜ Kebanyakan dari kita, orang perempuan khususnya, menghabiskan banyak masa di dapur. Tak salah pun. Kalau kita nak sesuatu yang berkualiti untuk keluarga apa salahnya sekali sekala duduk lama sikit. Tapi kan, Syue rasa 'bertapa di dapur' tak perlu sampai jadi full-time job kot; 5-6 jam di dapur, setiap hari habuan sedia makanan saja?(kecualikan mereka yang berniaga). Hishh...tak efisyen kot. Lagi-lagi pada mereka yang menjalankan bisnes dari rumah, ada anak-anak kecil, mana boleh menghabiskan masa di dapur sahaja ๐Ÿ˜‚.

By the way, cantik kan dapur ni? Dapur sebegini cantik memang Syue tak tolak nak duduk berjam-jam kat sini..hehehe


Berpuasa Dengan Mudah Dengan Set Puasa Shaklee

syuesalim | May 10, 2017 | 0Komen |
Best kan. Bangun sahur orang kejut. Bangun tu makanan dah siap. Sambil makan pun mata pejam. Pastu kalut telan ayaq bergelas-gelas. Lepas azan, solat subuh. Pastu tidoq balik. Bahagia nya puasa.


Udah. Rentikan syue ๐Ÿ˜„. Tak dapat dah haih lagutu. Sahur hang yang kena magkit sendiri, sedia makanan sendiri. Kena pulak subuh di Qatar seawal 3.15pagi, pukul 2.30pagi paling-paling kena sedia makanan kat hero tua & hero muda ni. Kalau dah kena bangun awal, sedia pulak makanan kat orang lain, pagi-pagi buta gitu, biasanya Syue mmg tak lalu makan dah. Tapi hero-hero tu depa kena makan; sorang nak keja, lagi sorang nak sekolah. 

Rangkaian Produk Untuk Tambah Tenaga

syuesalim | May 06, 2017 | 0Komen |
Zaman sekarang zaman orang berkejar-kejar. Semua benda kena buat cepat, nanti ketinggalan. Jangan kata orang berkerjaya saja, yang duduk di rumah ni pun sama haaa; semua kena cepat. Masalah kurang tenaga ni bukan masalah satu jantina ja. Lelaki perempuan sama. Jangan ingat orang lelaki yang gagah perkasa tu tak reti penat. Walau kadang-kadang mereka control ja lebih, dengan bebanan kerja mudah juga letih dan tak bertenaga. 

Ada sesetengah orang jika terlalu penat, akan hilang fokus, badan terlalu lesu, mudah mengantuk. Satu kerja pun tak boleh nak buat. Kalau yang duduk di rumah ni boleh lah pejamkan mata sekejap kan. Yang bekerja ni, nak tak nak terpaksa lawan jugak perasaan letih tu kan. 

Hidup Kena Ada Impian

syuesalim | May 06, 2017 | 0Komen |
Di kamar daku sering bertanya,
Mana tempatku di dunia,
Tepuk dada tanyalah selera,
Jika daku ingin berjasa,
Memberikan hidupku makna,
Tepuk dada tanyalah selera.
 
Lirik lagu Erti Hidup, oleh Dayang Nurfaizah. Syue suka dengar lagu ni. Dulu. Sekarang pun masih suka. Ingat lagi, pertama kali dengar lagu ni masa jadi trainer kat PLKN dulu. Lirik dia cukup bermakna. Lagu motivasi yang cukup bagi kesan pada Syue. Apa yang tersiratnya?

Kenapa Kita Perlukan Vivix?

syuesalim | May 05, 2017 | 0Komen |
Syue tak ingat bila pertama kali Syue ambil Vivix dan untuk apa. Rasanya saja-saja kot. Masa pertama kali ambil dulu kan, masa tengah ambil dia, dah fikir...habih yang ni nanti nak berhenti lah. Mahai woii sebotoi! Cukup lah kali ni saja. Tapi yang ajaibnya, bila dah habis, sambung jugak botoi baru. Ambil lagi, fikir lagi. Dan begitulah berlaku seterusnya. Rasa menyesal tak ambil lagi banyak dari menyesal ambil ๐Ÿ˜
 
Ya..dulu kurang pengetahuan fungsi Vivix. Cuma tahu secara asas ianya diperbuat daripada apa.Tapi bila Syue dah banyak buat bahan bacaan, sungguh korang akan rasa betapa pentingnya Vivix ni; memang takkan tinggal dah. Ada madrem apa dalam Vivix ni smpai tak boleh tinggai?

Berangan Ke Destinasi Percutian Impian. Tak Salah Kan?

syuesalim | May 03, 2017 | 0Komen |
Dulu sy sgt pasif dgn 'melancong' (ke luar negara), sbb bagi sy, melancong ni membazir duit. Dan sy rasa masih ada yg berfikiran begini. Mungkin bagi mereka, banyak lagi benda boleh buat boleh beli drpd melancong ni. Dan mungkin juga ada alasan peribadi yang tak mengizinkan mereka berkelana. Yg tak dak alasan? Sebetulnya takdak duit. Hehe... Eh, tak kata kat korg. Kata kat diri sendiri ๐Ÿ˜‚.

Keluar negeri Kedah, biasa. Keluar negara Malaysia, luar biasa. Mujoq ada Qatar, kalau tak sampai bila hang tak reti naik kapai terbang Syue oiii ๐Ÿ˜‚. Duduk di Qatar, Alhamdulillah merasa la berjalan di beberapa negara, walau tak sampai 10 pun. Bila dah merasa berjalan di setiap negara ni kan, rasa macam nak merasa tempat lain.

Suplimen Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak

syuesalim | May 03, 2017 | 0Komen |
"Kanak-kanak boleh ke makan suplimen ke?" Kak, kalau kecik2 kak dah bagi makan pizza, jajan, chips, kenapa tak boleh makan suplimen pulak? Cukup berkhasiatkah makanan yg dimakan oleh anak2 kita selama ni? Kadang-kadang apa yang anak makan memang di luar kawalan kita. Macam di sekolah, makanan apa yg dilarang @ dibuat list sekalipun, kalau dah jumpa kawan2, mesti lupa punya pesanan kita tadi. Betul? Jadi apa kita boleh buat untuk topup nutrisi dalam badan anak kita? 

Keperluan Suplimen Pada Zaman Sekarang

syuesalim | May 02, 2017 | 0Komen |
Percaya atau tidak, suplimen dah jadi keperluan pada zaman teknologi kini. "Dia jual suplimen, sebab tu lah dia kata kita kena makan suplimen". Bukan semata-mata sebab tu sahaja. Sy sebolehnya nk semua orang faham yg zaman kita dah tak sama macam zaman datuk nenek kita dulu. Tak perlu makan suplimen tapi sihat hingga ke usia emas dan masih boleh bekerja. 

Boleh tak makan suplimen, tapi pastikan ayam daging yang kita makan tu sumber dari yg kita bela sendiri, sayur tanam sendiri, ikan pun bela sendiri. Mampu?

Kenapa Perlu Ambil Vivix?

syuesalim | May 01, 2017 | 0Komen |
Ramai lagi yg dok tanya sy; vivix ni utk apa sebenarnya. Banyak sangat iklan dok lintas di wall fb; hg iklan boleh utk penyakit tu, penyakit ni. Vivix ni sejenis suplimen, makanan tambahan. Yg menyebabkan dia sangat sangat berbeza dengan suplimen jenama lain adalah, dia bertindak hingga ke peringkat sel. Sebab tu peranan dia lebih nampak kepada mengurangkan masalah-masalah pada penyakit tertentu. Ia tak mengubati penyakit, sebaliknya membaiki sel yg rosak dan membentuk sel-sel baru yg lebih sihat. Sbb tu yg sakit, boleh beransur sihat. Sebab sel-sel dia dah sihat. Faham kat situ? Jadi, cuba belek sikit, suplimen korang sekarang 'bertindak hingga peringkat sel' tak? ๐Ÿ˜
 
Nak ambil saja2? Boleh. Digalakkan sangat. Tapi bila disebutkan harga, "Mak oiii, mahainya! Apa yg mahal sangat ni?" Vivix ni bukan product timbang kilo atau bancuh belakang rumah yer nak murah2. Ratus2 kajian, puluh2 jurnal, juta2 dolar dah dilaburkan Shaklee dlm R&D, siap ada landmark study lagi tau. Takkan lah kita tak boleh melabur utk kesihatan sendiri? Sekurang-kurangnya kita persiapkan diri kita utk mengurangkan risiko diserang penyakit kronik. Kalau dah kena, rawatan dia lagi mahal dr kos vivix tau. Time tu baru nak menyesal tak ambil vivix? ๐Ÿ˜

"Lambat ah vivix ni. Ambil vivix ni lambat betul nak nampak kesan. Ambil beberapa botol pun belom tentu cantik". Sebab apa? Sebab ada bahagian lain dalam badan kita, berada dalam situasi yang lebih 'kronik' yg perlu dia baiki, berbanding dengan bahagian rupa kita. Dah habis dia baiki tu, lama kelamaan dia mencantikkan pulak lah. Sebab tu ada pengguna yg ambil untuk masalah kesihatan lain, tetapi bonus kulit lebih cantik, lebih halus, nampak muda.

Sebab tu kita kena faham bagaimana mekanisma vivix. Vivix ni bertindak seluruh badan; bukan satu tempat saja. Macam sy memang ambil saja2; nak lebih sihat, nak lebih bertenaga. Walau belum cukup jelita lagi ๐Ÿ˜, sy faham vivix ni tengah baiki bahagian lain dlm bdn sy. Sama mcm rangkaian Shaklee yg lain pun. Sama ja mereka bertindak. Biar lambat asal selamat. Kesihatan menyeluruh tu lebih penting. Apa perlu putih cepat, kurus cepat tapi membinasakan badan kita pada masa depan?

Tips Mudah Murah Rezeki

syuesalim | April 29, 2017 | 0Komen |
Nak kaya, murah rezeki, faktor luaran saja tak cukup. Kita juga perlu menitikberatkan faktor dalaman supaya sentiasa dimurahkan rezeki oleg Allah.
Sy kongsikan beberapa amalan murah rezeki yg saya buat supaya kita dapat amalkan bersama-sama.

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan dengan sebaiknya. Seelok-eloknya dikerjakan awal waktu. Macam saya, kadang-kadang terbabas juga ๐Ÿ˜ซ; suka juga nak melewatkan waktu solat. Tapi betul bagai di kata, andai tak buat awal waktu, memang kita rasa masa tu cepat sangat berlalu. Ada saja benda tak sempat buat. Terkejar-kejar lah, tak senang duduk. Hati pun tak tenang. Cuba solat awal waktu; rasa macam masa tu lama sangat. Percaya lah. Betapa Allah memudahkan urusan kita yg solat awal waktu.

Banyakkan berdoa. Kita sebagai hamba Allah wajib berdoa. Macam sy, satu contoh, sebelum mula post entri di FB atau di blog, doa sy supaya entri sy dapat beri manfaat pd mereka yg membacanya. Hanya dengan berdoa, segala permintaan kita didengari oleh-Nya. Kena percaya pada Allah yg memberi rezeki. InsyaAllah tetap akan tiba pada kita; cepat atau lambat sahaja.

Amalan solat dhuha. Kita sedia maklum solat Dhuha ini adalah satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Macam dulu, sy macam sedikit sukar nak buat. Memanjang tak sempat. Tak tau kat mana tak sempatnya tu; padahal 5 minit ja pun. Perlahan-lahan paksa diri nak amalkan. Bila dah dijadikan sebagai rutin, sekali tinggal macam tak best pulak. Moga dengan solat ini, rezeki yg dipohon mudah muncul. 

Macam kat Qatar ni memang susah nak didatangi oleh org yang meminta sedekah. Atau susah nak jumpa orang susuah di sini. Tak macam kat Malaysia. Kalau kita di tempat makan pun kan, ramai yg mendatangi meja kita. Dari satu pandangan, mungkin peminta sedekah ni menyusahkan. Dari sudut pandangan lain, sy rasa org Malaysia ni mudah betul nak bersedekah. Bersedekah semampu yang boleh, disusuli dengan niat yg ikhlas. Tiada orang yg jatuh miskin dengan bersedekah. Andai tak boleh dengan wang, bersedekah dengan barang yg masih elok. Macam di Qatar ni banyak kotak2 charity untuk barang-barang diletakkan di tempat-tempat tumpuan. Andai ada pakaian, selimut, atau apa2 brg yg masih elok, orang ramai boleh letak kat dalam tu. Memang itu saja cara sy boleh bersedekah di Qatar ni. 

Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan murah rezeki ni. Sy pun masih dalam proses nak improve diri, cuba jadikan habit perkara-perkara dia atas. Yg penting tingkatkan takwa kepada Allah kerana Allah memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.
Moga sy terus istiqomah.

Ostematrix: Pil Kalsium Terbaik Kegemaran Syue

syuesalim | April 29, 2017 | 0Komen |
Sy sebelum ni pernah ja pun ambil suplimen beli kat farmasi, tapi ntah...tak konsisten pun. Habis sebotol, berenti. Pastu try yg lain. Habis sebotol lagi, berenti pulak. Kesudahannya tak ambik lgsg smpai la jumpa Shaklee ni. Dan ini lah suplimen paling lama sy ambil. Alhamdulillah masih konsisten. Shaklee ni pun asalnya beli Mealshake sebab nak bagi anak selera makan. Mama nya bajet sihat la kekunun, tak mau amek lagi. Akhirnya ambil jugak bila ada kesedaran pentingnya suplimen ni. Umoq pun koi naik oiii. Sy pun dah tak igt apa suplimen pertama sy. Sebab sy ambil banyak terus. Tamak! Tp dlm banyak2 suplimen Shaklee, sy paling suka pil kalsium dia. OSTEMATRIX.

Sebab apa suka sangat kat pil kalsium ni?

Apa Nak Dicapai Menjelang Hari Tua?

syuesalim | April 28, 2017 | 0Komen |
Dok belek album kat laptop, nak asingkan gambar masuk folder ikut tahun. Tujuan nak bagi senang view nanti2. Sedar2, dah nak habis bulan 4 tahun 2017 dah. Pejam celik ja. Rasanya macam baru lagi lepas 2016.
Ooohh maii..

Hakikatnya masa berlalu tak tunggu kita. Sama ada kita bersedia atau tidak, masa terus berlalu. Sama ada kita tekun usaha sungguh2 sampai peluh berdarah, atau kita rileks2 makan keropok, masa terus berjalan.
Dulu masa belasan tahun, rasa lambatnya laahh nak masuk 20. Dah 20 lebih, lambatnya lah nak masuk 30. Ni dah masuk 30, apsal rasa kejap sangat nak masuk 40 dah. Lagi 3 tahun haaa nak cecah 4 series ๐Ÿ˜ฑ. Kata orang, bila masuk 40, motivasi semakin down (middle age crisis). Bersediakah kita2 yg belum 40 ni? Mesti time tu rasa dah malas nak kerja kuat2; nak fokus ibadah, nak beriadah. Best kan kalau dapat buat semua ni tanpa perlu fikir 'duit tak cukup-cukup lagi ni'.
Masa belum tua ni lah nak kena pulun betoi2, paksakan diri untuk capai matlamat, kejarkan apa yang belum cukup. Takmau lah nnt bila dah tua (boleh ku letakkan 50 baru tua...40 lagi 3 tahun haa nak masuk, muda lagi rasa ni ๐Ÿ˜) baru nak menyesai tak dapat pegi ke sini ke situ (disebabkan kekangan kewangan), tak dapat dah bersenamrobik, mendaki bukit, berjalan ke hulu ke hilir (disebabkan kekangan kesihatan), tak dapat bersenang lenang buat apa yg kita suka (sebab tak buat Shaklee betul2). Biarlah jadi 'orang tua' yang proaktif, produktif dan efektif...gituuuu.
Masa berjalan, anak2 makin besar, keperluan makin banyak. Sementara masih muda ni marilah kita usaha betul-betul, jaga diri elok-elok supaya masa tua kita nanti kita tak perlu nak bergantung harap kat anak-anak dan tak menyusahkan diorang dgn penyakit-penyakit kita.
5 tahun,10 tahun tu tak lama; macam2 boleh jadi. Manfaat masa ni sebaik2...ingat 5 sebelum 5; fokus di sini, SIHAT sebelum SAKIT...MUDA sebelum TUA...

Pertimbangkan Perkara-perkara Ini Sebelum Membeli Produk Penjagaan Muka

syuesalim | April 27, 2017 | 0Komen |
Penggunaan produk penjagaan muka sangat sinonim dengan orang-orang muda hari ini terutama sekali wanita. Kena pulak produk sebegini tumbuh mengalahkan cendawan tumbuh lepas hujan. Ramai yang teruja dengann iklan-iklan 'PUTIH SELEPAS 5 HARI' lah, 'PUTIH SAMPAI NAMPAK URAT HIJAU' lah. Sebab apa sampai wujud iklan macamni? Sebab si penjual tahu sekarang ni ramai orang 'malas' dan nak kesan segera. Akibatnya, si pembeli merosakkan rupa sendiri dan memberi kesan yang sangat teruk. 

Resveratarol Mencegah Penyakit Alzheimer?

syuesalim | April 26, 2017 | 0Komen |

Bila kita kata otak bekerja, sebenarnya 'kerja' tu berlaku dalam sel. Otak seorang dewasa mengandungi kira-kira 100 billion sel saraf (neuron) yg kemudiannya berhubung dengan 100 trillion points (synapses). Keadaan ini dipanggil 'neuron forest'. Isyarat yang 'berjalan' dalam 'neuron forest' ini lah yang membentuk memori, perasaan, pemikiran dan perancangan.
Salah satu penyakit yg bagi kesan kepada fungsi otak ini adalah Alzheimer atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai 'nyanyuk'. Alzheimer ini lah yg menyebabkan kerosakan pada 'neuron forest', yg mana boleh sebabkan kematian sel dan kehilangan tisu. Mungkin ramai fikir Alzheimer ni sekadar penyakit lupa tetapi sebenarnya ia turut menjejaskan fungsi-fungsi otak yg lain juga; seperti percakapan, tindak balas, deria rasa.

vivx dan neuroregeneration

syuesalim | April 26, 2017 | 0Komen |
Jadi tua adalah perkara yg tak dapat dielakkan. Bila semakin tua, beberapa gejala mungkin kita tak dapat elak; rambut beruban, rambut menipis, kurangnya kemampuan mendengar dan melihat, kurang tahap kesuburan, tulang lemah, dan penurunan fungsi otak. Mengapa ini semua berlaku?

Semakin tua, sel-sel kita juga tua, sakit dan mati. Radikal bebas, toksin juga memainkan peranan dalam merosakkan sel-sel kita. Mcm sy pernah post seminggu yg lepas berkenaan oxidative-stress; perkara begini lah yang menggalakkan berlakunya penuaan otak dan penyakit2 neurodegeneration.

Bagaimana Mengajar Asas Kewangan Kepada Anak-anak?

syuesalim | April 26, 2017 | 0Komen |



Malaysia cuti sekolah kan? Qatar tak cuti time ni. Nnt bulan April baru ada cuti sekolah. Jadi anak2 buat apa cuti sekolah ni? Bawak melancong? Alhamdulillah. Rezeki mereka dapat kenal tempat2 baru. Dah yang tak ke mana-mana? Takkan bagi anak2 mengadap PS3, tab 24 jam kot kan...mana tau, balas dendam time sekolah tak boleh main kan.

Dulu kan, sy jeles tgk kawan2 yg mak ayah dia meniaga kuih, nasik lemak ke. Seronok time cuti sekolah mesti mereka tolong meniaga sama. Sy tak penah pandang rendah kat orang berniaga kecil2 ni. Lagipun anak2 yang menolong mak ayah berniaga ni, bagus tau...secara tak langsung mereka tahu nak urus duit.

Kalau tak ke mana2 kan, apa kata buat pendekatan baru; ajar anak2 berkenaan dengan kewangan. Anak2 ni kan, kalau diajar dari kecil bab kemahiran kewangan, mereka akan lebih bersedia untuk hadapi cabaran kewangan bila mereka dewasa nanti. Dedahkan mereka dgn perkara asas & perkara2 berkaitan dengan wang; bagaimana untuk bajet, berbelanja dan berjimat, penting utk wujudkan tabiat urus wang dan pembangunan peribadi mereka.

Macamana nak ajar? Pendekatan paling mudah, dedahkan mereka dengan situasi sebenar dan akan bantu mereka lebih faham dari mana duit datang dan bagaimana ia diperolehi. Ada beberapa contoh kita boleh cuba.

ATM adalah tempat yang seauai untuk mula ajar anak-anak mengenai wang. Kita boleh explain pada anak- anda bahawa ATM ni memegang wang yang telah kita dapat dari kerjaya kita dan kita menyimpannya di bank. Betulkan tanggapan mereka yg ATM bukan sekadar kotak mejik yg boleh keluarkan wang bila2 masa sj. Tapi nak ajar anak ni, pastikan jgn buat masa orang beratur panjang. Mengundang kemarahan ja nanti. Atau pergi ke ATM waktu sunyi. Keselamatan kena diutamakan.

Bila beli barang di pasar raya, kita boleh explain kepada anak-anak anda bagaimana barang-barang ni diletakkan harga. Tunjukkan perbezaan harga; mungkin dari segi jenama, kualiti. Tunjukkan juga bagaimana nak bandingkan harga. Ini juga merupakan peluang untuk membincangkan bagaimana kita boleh membeli-belah dgn harga yang terbaik.

Jika kita nak bayar bil, tak kira lah di kaunter atau secara online, ambil peluang untuk educate mereka juga, yang segala perbelanjaan rumah memerlukan wang. Apa kaitan penggunaan air, elektrik, internet dengan wang. Macamana susah payahnya kita kerja untuk tidak terlepas dari bayar utiliti ini setiap bulan. Ia juga mungkin membuat mereka berfikir dua kali berkenaan sikap suka membiarkan lampu dan peralatan elektrik terbuka.

Libatkan anak-anak dalam perbincangan tentang bajet keluarga. Jangan lah yang complicated sgt. Mereka pun susah nak faham, nak hadam. Ambil cara mudah sahaja. Dedahkan yang asas tentang anggaran berapa yg kita ada, berapa yg perlu dibelanjakan, untuk tujuan apa, untuk setiap minggu atau bulan. Sekadar memberi gambaran agar anak2 lebih memahami kos kehidupan keluarga. Konsep tabungan paling mudah. Ada kan sy pernah kongsi Sistem Jar sebelum ini.

Bincangkan perbezaan antara keperluan dan kehendak dan galakkan anak-anak untuk berfikir tentang perkara ini sebelum berbelanja. Jelaskan kpd mereka perlunya mengelak pembelian spontan dan beli mengikut apa yang dah ditulis sahaja.

Mengajar anak-anak mengenai wang adalah satu kemahiran yang penting. Kemahiran menguruskan kewangan perlu dipupuk dari usia muda hinggalah dewasa. Andai anak-anak mahir dengan ilmu kewangan, mereka pasti dapat membuat keputusan perbelanjaan dengan bijak di sepanjang kehidupan mereka.

Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku

syuesalim | April 25, 2017 | 0Komen |

Kalau baca buku, sy jarang repeat. Habis tu, habis lah. Tapi buku ni, tak pernah2 habis pun baca. Sebab best baca. Boleh buat sebagai rujukan juga, di saat badan memerlukan perhatian.

Zaman sekarang ni macam2 penyakit muncul. Yang tak pernah dengar pun ada, yg dulu2 pernah ada kemudian hilang, muncul kembali. Mungkin kita tak sedar yg semua2 ni berlaku disebabkan oleh
kegagalan manusia tadbir dunia macamana yg Allah suruh dan membelakangkan Al-Quran. 

Penyakit ni bukan sekadar yg kita nampak saja. Penyakit ni adalah sesuatu yg mendatangkan masalah pada jasmani dan rohani. Secara umumnya, penyakit jasmani ni lebih berkaitan dengan pemakanan. Penyakit rohani pula berkaitan dengan kekurangan pengisian jiwa dengan ilmu. Setiap penyakit ada ubatnya. Kena yakin, Allah jua yang menyembuhkan dan kaedah perubatan & ubat hanyalah perantara nya saja.


Buku ni bagus tau sebab ia mengajak kita faham dalam mengkaji penyembuhan melalui al-Quran. Ada penjelasan berkenaan nikmat sihat yang seringkali dilupakan, keimanan dan kebersihan. Juga ada pandangan ulama tentang pengubatan, kaedah perubatan yang dianjurkan Rasulullah SAW, perubatan berasaskan al-Quran dah hadis, doa & petua, serta makanan-makanan petunjuk dari wahyu.
Paling utama keseluruhan buku ini banyak memberi motivasi dan pengahayatan terhadap perawatan hati & penyembuhan rohani supaya kita mudah mendapat pertolongan dan kemuliaan di sisi Allah.
Carilah satu buku ni. Best tau. Moga bermanfaat.

Bagaimana untuk Meningkatkan Motivasi

syuesalim | April 25, 2017 | 0Komen |
Pernah tak alami situasi begini:
Ada matlamat....tapi berlengah-lengah.
Buat to-do-list...tapi tak ikut pun.
Dan benda ni berlaku lagi dan lagi dan lagi.

Pernah tak terfikir; kenapa kita hebat betul bab merancang nak buat itu, nak buat ini, tapi rasa macam masalah besar bila nak membuatnya?

Sebetul-betulnya, apa masalahnya ni???

Apa Ada Pada Bonus

syuesalim | April 24, 2017 | 0Komen |
Bonus. Sejumlah wang tambahan kepada gaji yang diberikan mengikut musim, dan diserikan atas ganjaran prestasi kerja yang baik. Sebut bonus ni kan, ada ker yang tak mahu bonus? Kurang waras agaknya org yang takmau tu ๐Ÿ˜. Cuba kita lihat pada perbentangan bajet. Memang kebanyakan dari kita menunggu kerajaan mengumumkan pemberian bonus. Betul kan? Tipu lah kalau kata tak pernah mengharapkan bonus. Bagi yang bekerja hakiki nak tunggu gaji hujung bulan, pasti ada perkara-perkara yang terpaksa tahan tak dapat beli, tak dapat buat kan? Nak makan luar? Nanti-nantilah dulu, tunggu gaji. Nak beli tudung baru, baju baru? Pakai la apa yang ada dulu, tinggu gaji. Nak travel? Tak payah la. Gaji yang ada pun cukup-cukup saja nak penuhi keperluan yang ada. Pernah hadapi situasi begini? Syue pernah, jadi Syue tahu bagaimana rasanya.

Kebaikan Bisnes Shaklee Dari Pandangan Diri Sendiri

syuesalim | April 24, 2017 | 0Komen |
Apa perkara yang kita boleh buat; pendapatan pun dapat, masa dengan anak-anak pun dapat, hidup bersosial pun dapat, kepuasan pun dapat? Berniaga dari rumah! Satu-satunya peluang yang boleh buat kita wanita ni jadi terbaik dalam segala-galanya. Kita lah bos, kita lah pekerja, kita lah ibu, kita lah cikgu, kita semua lah. Tak best ka? Tinggal di rumah dengan anak-anak pada masa yang sama ada duit masuk. Gila tak best ๐Ÿ˜„.


Selidik Suplimen Yang kita Ambil

syuesalim | April 23, 2017 | 0Komen |
Terlalu banyak lambakan suplimen dan makanan kesihatan sekarang kan. Di farmasi, di iklan-iklan televisyen, di toko-toko jamu. Sampai orang pun dah konfius; mana satu yang elok ni. Apa yang Syue perhatikan, trend orang kita ni pilih produk yang nak hasil cepat. Cepat putih, cepat kurus, cepat ramping; cepat segalanya lah, tanpa fikir sejauh mana produk-produk tu boleh 'cepat' bagi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 


Biji Labu Dalam Nutriferon

syuesalim | April 23, 2017 | 0Komen |
Siapa minat kuaci biji labu? Tak kenal? Yang kuaci kecil-kecil runcing kulit hitam-putih tu, isi warna putih tu, kuaci biji bunga matahari. Biji labu, kulitnya putih. Isinya hijau. Syue suka makan ja, tapi taklah tegar; sebab malas kopek kulit ๐Ÿ™Š. Dulu kecil-kecil boleh la abah tolong kopek. Mai tua-tua ni kita nak kena kopek ke anak haaa...Tapi untung sekarang dah banyak jual yang siap kopek. Buka mulut tuang ja. Tapi orang cakap, makan yang ada kulit tu lagi feel. Ye ke?

Berubah Menjadi Insan Yang Lebih Baik

syuesalim | April 22, 2017 | 0Komen |
Berubah menjadi BAIK. Ada orang kata, susah nak berubah ni. Sebenarnya, nak berubah ni semua orang mampu. Yang susahnya adalah NAK dengan TAKNAK saja. Bila kita NAK berubah ke arah lebih baik, Allah akan bukakan jalan, diberi kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan kita. Kalau dah TAKNAK, kita tetap akan mencari jalan atau alasan untuk taknak berubah. Kan?
Jika kita nak berubah, kita kena bersedia untuk melalui proses. Orang yang baik, yang hebat biasanya dah melalui proses hidup yang sangat mencabar. Bukan lahir terus jadi baik, jadi hebat. Sedangkan orang alim pun melalui proses menimba ilmu agama dalam masa yang cukup lama. Inikan pula kita yang baru nak berubah. Perubahan tak semestinya dibuat secara besar-besaran. Perubahan yang kecil tapi konsisten itu lebih baik. 

Bagaimana?

Bagaimana Oxidative Stress Bagi Kesan Pada Kesihatan Kita

syuesalim | April 22, 2017 | 0Komen |
Pernah tak ada masalah sebegini?
๐Ÿค’ Keletihan
๐Ÿค’ Hilang ingatan
๐Ÿค’ Sakit otot atau sendi
๐Ÿค’ Kedut dan uban
๐Ÿค’ Kurang penglihatan
๐Ÿค’ Sakit kepala dan sensitif pada bunyi
๐Ÿค’ Mudah dapat jangkitan

Ini adalah tanda-tanda anda mengalami oxidative-stress. Apakah oxidative-stress ini?

Elemen Penting dalam Perniagaan: KEJUJURAN

syuesalim | April 21, 2017 | 0Komen |

Dunia hari ini sedang berkembang maju dengan kemajuan teknologi. Setiap aktiviti kehidupan kita secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh teknologi; termasuklah perniagaan. Perniagaan yang tidak merasakan kepentingan teknologi dalam operasinya biasanya akan ketinggalan. Namun begitu, teknologi ni tak ada apa-apa jika bukan manusia yang menggunakannya. Betul kan? Jadi, pendapat saya, faktor manusia, atau secara khususnya, sifat tingkah laku manusia adalah paling utama menentukan organisasi tu ke arah kejayaan atau kegagalan.

Kita PERLU Suplimen Kerana Ianya Bukan Lagi Pilihan

syuesalim | April 20, 2017 | 0Komen |
Mungkin korang ada pernah baca percanggahan pendapat berkaitan suplimen kan. Percanggahan berkenaan perlu atau tidak makan suplimen. Makanan yang semakin macam-macam. Kena pulak dengan bermacam-macam multivitamin, mineral dan makanan tambahan yang ada dalam pasaran sekarang ni, tak hairan lah ramai orang boleh konfius. Kenapa Syue menekankan sangat bab suplimen? Syue dulu tak ambil peduli pun bab suplimen ni. Bila dah terlibat dengan Shaklee, syukur didedahkan dengan ilmu dan kesedaran tentang perlunya ambil suplimen ni.

Bagaimana Facebook Membantu Dalam Perniagaan

syuesalim | April 19, 2017 | 0Komen |
Korang nak tahu tak, sekarang ni ada lebih 1.86 billion pengguna Facebook aktif di seluruh dunia ๐Ÿ˜ฑ. Ramai kan? Kita kena faham yang Facebook bukanlah dibangunkan untuk perniagaan pada asalnya. Facebook dibangunkan untuk menghubungkan rakan-rakan; yang dah lama tak berhubung yang kita sendiri pun tak tahu cara macam mana nak berhubung atau berkomunikasi dengan mereka kembali. Sekarang, bukan sahaja setakat kawan-kawan lama, malah sesiapa sahaja yang berkawan dengan kita, selebriti, ahli-ahli ilmuwan dapat menjadi dekat dengan kita. Realitinya, Facebook mewakili pasaran yang ada potensi besar untuk mereka yang menggunakan media sosial. Kita kena akui bahawa akan ada peluang memasarkan perniagaan jika kena dengan caranya. Jadi tak hairan lah Facebook dijadikan sebagai medium utama dalam mempromosikan perniagaan online. 


Omega Mengawal Keradangan

syuesalim | April 19, 2017 | 0Komen |
Pernah tak rasa ibu jari bengkak, sakit, kadang-kadang rasa macam panas saja? Pelik kan kadang-kadang tiba-tiba saja ia muncul. Kalau anda nak tahu, anda mungkin mengalami keradangan. Keradangan (inflammation) adalah tindakbalas badan melindungi diri. Matlamat dia adalah untuk mengeluarkan rangsangan yang berbahaya, termasuk sel-sel rosak, iritasi atau patogen, dan memulakan proses penyembuhan. Ia digambarkan dengan ciri-ciri berikut: kemerahan, panas, bengkak, sakit dan kegagalan fungsi.



Bagaimana ESP Meningkatkan Sensitiviti Sel Terhadap Insulin

syuesalim | April 17, 2017 | 0Komen |
KORANG TAHU TAK. Kajian telah dibuat pada tahun 2015, mendapati seramai 3.5juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit kencing manis/diabetes. Antara TERTINGGI di Asia Tenggara dan statistik ini meletakkan malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap kencing manis TERAMAI. Menakutkan! Tapi, jika dilihat gaya hidup orang Malaysia, terutamanya bab makanan, tak hairan tau Malaysia boleh masuk list. Dengan manisnya, berlemak, berminyak, hipster situ, viral sini, huiii...amal selalu memang boleh potong kaki

Elak Kemurungan Selepas Bersalin dengan Set Postnatal Terbaik

syuesalim | April 14, 2017 | 0Komen |
Awal Februari lalu, seluruh negara terkejut dengan kejadian di Kota Bharu apabila seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri sehingga mati. Ramai yang cukup marah dan mencemuh ibu tersebut. Mesti masing-masing fikir, bagaimana seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri?


Pernah dengar 'gila meroyan'? Istilah perubatannya; 'Postpartum Psychosis'. Penyakit kemurungan yang dihadapi oleh wanita selepas bersalin akibat tekanan. Pelbagai faktor yang boleh menjadi punca kepada terjadinya tekanan, stress atau gangguan emosi ini. Ianya boleh disebabkan oleh perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan faktor lain seperti terlalu memikirkan urusan hal rumahtangga atau kena berpantang sendiri.

Jatuh Cinta Dengan Pil Kalsium Shaklee

syuesalim | April 04, 2017 | 0Komen |
Syue sebelum ni pernah ja pun ambil suplimen beli kat farmasi, tapi ntah...tak konsisten pun. Habis sebotol, berhenti. Selepas tu try yang lain. Habis sebotol lagi, berhenti pulak. Kesudahannya tak ambil langsung sehingga la jumpa Shaklee ni. Walau Shaklee ni terkenal di Malaysia, di Qatar juga Syue jumpa ia. Dan suprisingly, ini lah suplimen paling lama Syue ambil setakat ini. Alhamdulillah masih konsisten. 

Shaklee ni pun pada asalnya beli Mealshake sebab nak bagi anak selera makan. Kisah ke anak saja. Mama nya bajet sihat la kekunun, tak mau ambil lagi. Akhirnya serender jugak. Bukan serender sebab tak tahan godaan (tak tahan godaan pakaian lain la jugak; godaan suplimen? ๐Ÿ˜…) Tapi ambil bila sendiri ada kesedaran pentingnya suplimen ni. Umoq pun koi naik oiii. Syue pun dah tak ingat apa suplimen pertama Syue sebab Syue ambil banyak terus. Tamak! ๐Ÿ˜ Semua nak makan hokey. Tapi dalam banyak-banyak suplimen Shaklee, Syue paling suka pil kalsium dia. OSTEMATRIX.

Sel Mati Secara Abnormal / Bukan Semulajadi?

syuesalim | April 04, 2017 | 0Komen |
Setiap yang hidup pasti akan MATI; satu perkara yang sesiapa pun tak boleh elak. 

Mana-mana manusia mengharapkan dapat hidup lama, kehidupan yang sihat dan mati pada usia tua. Melalui fasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah ke peringkat orang tua. Namun, sepanjang tempoh perjalanan hidup manusia ni, macam-macam boleh berlaku yang boleh sebabkan kematian pada usia muda; kemalangan, serangan penyakit. Betul? Hakikatnya, takkan semua dapat sampai ke usia tua tu kan.

Sama juga macam sel. Sel ni sepanjang hayatnya, dia hidup, buat kerja dia, dan kemudian mati. Ini adalah kitaran hidup yang normal/semulajadi. Proses ini dipanggil APOPTOSIS. Tapi kadang-kadang ada perkara luar jangka berlaku yang boleh sebabkan kematian awal pada sel ini. Kematian yang bukan secara normal. Ini dipanggil NECROSIS. Ayat senangnya; apoptosis jadi bila sel dah tua, necrosis jadi sebab sel tu cedera. Boleh faham setakat ini?

Cara Mudah Bagaimana Menyeimbangkan Bisnes dan Rumahtangga

syuesalim | April 03, 2017 | 0Komen |
Kelebihan bekerja di rumah memang ketara pada semua orang; tak perlu ikut peraturan pejabat, anak-anak ada di depan mata, tak perlu bersesak dengan kesesakan lalu lintas. Dan berapa ramai juga wanita berkerjaya yang cemburu dengan masa wanita yang bekerja di rumah. Kajian terkini juga mendapati wanita sekarang lebih suka memilih untuk bekerja sendiri atas faktor keluarga berbanding lelaki yang lebih menjurus kepada memperolehi pendapatan. Memang tak mustahil jumlah wanita yang memilih untuk bekerja dari rumah semakin bertambah dari sehari ke sehari.

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com