Tips Kurangkan Sakitan Akibat Slipped Disc

syuesalim | May 29, 2017 | 0Komen |
Pergi dapatkan pemeriksaan andai anda anda masalah sebegini:

👉 Sakit di bahagian belakang
👉 Rasa kebas pada bahagian bahu, belakang, lengan, tangan atau kaki
👉 Masalah membongkok atau meluruskan bahagian belakang badan
👉 Sakit di bahagian punggung, pinggul dan kaki
👉 Sakit leher
👉 Lemah otot

Ini adalah antara simptom-simptom slipped disk. Walau bagaimanapun, tak semua slipped disc menyebabkan simptom-simptom begini. Kadang-kadang sakit ini boleh disebabkan oleh terseliuh atau ketegangan. Sakit belakang jarang disebabkan oleh sesuatu yang serius pun. Sebab tu ramai yang tak tahu mereka ada masalah slipped disc sebab mereka pandang ringan dengan simptom sebegini. Jadi, bagaimana situasi sebenar slipped disc ini?

Disc yang sihat duduknya di antara setiap tulang bermula dari bahagian leher, tulang belakang hinggalah ke bahagian bawah. Dalam pergerakan normal dan semulajadi, disc ni hanya bonjol sedikit disebabkan tekanan yang berbeza, tapi masih berada dalam kedudukannya dan tidak memberi sebarang tekanan terhadap saraf sekitarnya. 


Andai anda ada masalah slipped disc, ia bukan lah bermaksud disc itu tergelincir keluar dari tempatnya. Situasi sebenarnya adalah, salah satu dari disc tadi tu telah rosak. Bila disc ni rosak, pad dalaman seperti gel lembut dalam disc ni akan ditekan keluar melalui bahagian luar yg lemah, dan menyebabkan bonjol atau herniate (pecah) yg biasanya memberi tekanan pada saraf tunjang berdekatan. 

Slipped disc ni sangat menyakitkan bagi mereka yg mengalaminya. Dalam kebanyakan kes, ia boleh baik dengan sendirinya; mungkin mengambil masa enam hingga lapan minggu. Dan ada di antaranya mengambil masa lebih lama lagi. Oleh itu, bagi mereka yang ada masalah slipped disc ini, perlu mempertimbangkan beberapa perkara yang BOLEH BUAT atau ELAK bagi mencepatkan proses penyembuhan anda.

JANGAN berehat berlebihan dan elak terus sebarang aktiviti. Kajian menunjukkan bahawa adalah penting bagi seseorang yg ada masalah slipped disc ni untuk kekal aktif dan kekalkan aktiviti biasa sebanyak mungkin. Cuma perlu ingat supaya tidak menjalankan aktiviti yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti membongkok, mengangkat barang berat atau berpusing cepat. Elak juga aktiviti berimpak tinggi seperti aerobik dan berlari.
Senaman dengan kerap boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi disc akibat penuaan. Ia juga membantu menjaga otot di bahagian belakang lebih kuat dan lembut. Pastikan anda memanaskan dan menyejukkan badan dengan betul sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman dan sukan.
Jika duduk untuk jangka masa yang lama (spt memandu), pastikan tempat duduk anda selesa dan menyokong badan anda. Kalau boleh, berhenti seketika dari memandu untuk regangkan badan.
Duduk dalam keadaan yang selesa dengan ruang yang cukup untuk anda bergerak. Jika kerja anda melibatkan komputer, berehatlah dengan kerap dari skrin komputer.
Sentiasa cuba untuk duduk atau berdiri dengan postur yang betul.
Tidur di atas katil yang tilamnya menyokong bentuk semulajadi tulang belakang kita. Elakkan duduk pada perabot yang empuk dan rendah, kerana ianya sukar untuk kembali berdiri.
Selain daripada tips di atas, pengambilan suplemen secara konsisten dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat slipped disc ini. Antara suplemen Shaklee yang membantu mengurangkan gejala slipped disc adalah;

🌸 Vivix
Kandungan polifenol dan resveratrol sangat bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan dan bagus unuk memelihara keanjalan struktur disc tulang belakang.
🌸 Ostematrix
Kegemaran saya. Suplimen kalsium yang lengkap dengan mineral lain bagi mengoptimumkan penyerapan kalsium pada tulang agar tulang kuat bagi menyokong tubuh.
🌸 Omegaguard
Minyak ikan ini bersifat anti inflamasi/keradangan. Anti inflamasi sangat diperlukan bagi membantu mengurangkan keradangan yang berlaku di bahagian tertentu.
🌸 Shaklee Collagen Powder (SCP)
Kolagen ini mudah diserap dan mengandungi glukosamin dari ekstrak kerang bagi membekalkan pelincir kepada sendi. Juga mengandungi vitamin C yang membantu dalam penghasilan kolagen yang juga menyokong kesihatan tulang.

Mencegah lagi baik dari mengubati. Jaga elok-elok tulang kita; jangan sampai berlaku masalah ini. Ambil mudah, sendiri merana.

Untuk pembelian produk-produk yang disebut di atas, bolehlah beli di sini.

Slipped Disc

Andai ada sebarang pertanyaan atau 
ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,

boleh hubungi Syue di salah satu medium ini 👇

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com