Elemen Penting dalam Perniagaan: KEJUJURAN

syuesalim | April 21, 2017 | 0Komen |

Dunia hari ini sedang berkembang maju dengan kemajuan teknologi. Setiap aktiviti kehidupan kita secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh teknologi; termasuklah perniagaan. Perniagaan yang tidak merasakan kepentingan teknologi dalam operasinya biasanya akan ketinggalan. Namun begitu, teknologi ni tak ada apa-apa jika bukan manusia yang menggunakannya. Betul kan? Jadi, pendapat saya, faktor manusia, atau secara khususnya, sifat tingkah laku manusia adalah paling utama menentukan organisasi tu ke arah kejayaan atau kegagalan.

Tingkah laku yang baik boleh membawa kepada kejayaan perniagaan. Keikhlasan dan kejujuran adalah perkara yang mendominasi tingkah laku yang baik dalam perniagaan. Jika kita mengamalkan sikap ikhlas dan jujur, kita akan sentiasa rasa puas hati dengan perniagaan kita, dan dengan kehidupan peribadi anda juga.

Sebagai seorang peniaga, apa perlu kita buat:
Sentiasa jujur dalam urusan perniagaan. Elak buat janji-janji palsu.
Ikut prinsip kejujuran dalam perniagaan. Kalau sendiri tak puas hati dengan produk, jangan tawarkan kepada pelanggan.
Jangan sesekali menipu pelanggan. Andai pelanggan tak puas hati atau ada komplen berkaitan produk, terima pendapat dengan hati terbuka. Cuba bagi penerangan sebaik mungkin, bantu mereka.
Jangan amal simpan stok banyak-banyak dengan harapan satu hari nanti bila org tercari-cari, inilah masanya untuk naikkan harga. Perkara ni boleh jejaskan reputasi anda.
Sentiasa rendah diri dengan pelanggan.


Objektif setiap perniagaan adalah untuk mewujudkan pelanggan, meramaikan jumlah mereka dan memastikan jualan mampu berkembang. Pertumbuhan perniagaan kita bergantung kepada bagaimana pelanggan menilai kita. Pelanggan yang berpuas hati adalah alat yang paling berkesan untuk mempromosikan perniagaan anda, tanpa kos promosi. Jika kita berjaya untuk mendapatkan keyakinan, kepercayaan, dan kegembiraan pelanggan kita, kita akan mendapat semua yang kita inginkan; keuntungan, perkembangan perniagaan, mendapat tempat dalam industri, reputasi, nama baik, dan apa sahaja yang kita inginkan.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com