Tips Menghilangkan Batuk Berkahak

syuesalim | May 13, 2017 | 0Komen |
Batuk, selesema, biasa menyerang tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Seringkali kita kaitkan penyakit ini dengan perubahan cuaca. Bila ianya menyerang, memang tak selesa kan. Batuk memang sinonim sangat dengan kahak. Mesti diri sendiri atau anak-anak pernah alami. Dalam Bahasa Inggeris dipanggil phlegm. Tahu tak kita apa itu kahak? Terfikir tak mana datangnya hingus dan kahak ni? Bagaimana ianya terjadi?


Badan kita ni selalu hasilkan lendir (mukus), tapi kita hanya perasan kewujudannya bila ada perubahan disebabkan oleh jangkitan pernafasan (seperti selesema), jangkitan sinus, atau alahan. Penghasilan lendir oleh badan adalah normal, walaupun kita sihat dan ianya untuk tujuan tertentu. Antaranya adalah ia melindungi tisu yang melapisi paru-paru, mata, tekak dan hidung, dan juga saluran sinus, daripada menjadi kering. Ia juga berfungsi untuk memerangkap bakteria yang tak diingini dan alergen (habuk @ debunga), menghalang mereka ini daripada merebak ke seluruh tubuh badan. Dan percaya atau tidak, mukus turut mengandungi antibodi yang dicipta untuk membunuh atau meneutralkan bahan-bahan berbahaya ini. 


Berbeza pula dengan kahak. Kahak dihasilkan oleh paru-paru dan sistem pernafasan. Ia merupakan rembesan dalam saluran pernafasan semasa penyakit dan keradangan. Kahak biasanya mengandungi lendir dengan virus, bakteria, dan lain-lain penyebab. 

Bagaimana cara nak melegakan kahak ni? Ada beberapa cara Syue nak cadangkan.
Sedut wap dari air panas untuk melonggarkan lendir dalam tekak dan saluran sinus
Banyakkan minum air ~ minum minimum 8 gelas sehari
Minum minuman panas untuk melembapkan saluran pernafasan dan memecahkan lendir
Berkumur dengan air garam suam
Bagi yg merokok, berhenti merokok
Hadkan pendedahan terhadap bau pencuci rumah, bau cat, atau asap rokok
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menambah pengeluaran mukus seperti produk tenusu, makanan bergoreng
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran seperti bawang putih, seleri, oren, brokoli, fatty fish, salmon, tuna. 

Untung Shaklee ada produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah batuk berkahak ni. Produk yang sangat sinonim dengan masalah selsema, batuk berkahak ini adalah Garlic Complex dan Omega Guard.
Fungsinya:
Garlic Complex - bertindak sebagai antibodi semulajadi, mengelakkan dan melegakan selesema & batuk, menghalang elergi
Omega Guard - fungsi DHA & EPA bertindak sebagai anti-radang. Turut bertindak mencairkan kahak. Pengambilan secara konsisten dapat mengelak berlakunya athma.
Konsisten ambil dua produk ini InsyaAllah boleh melegakan masalah kahak. Orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh ambil dua produk ini. Yang pastinya ianya semulajadi, selamat dan berkesan.

Untuk dapatkan 2 produk ini, boleh buat pembelian di sini.

Batuk Kahak

Andai ada sebarang pertanyaan atau 
ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,

boleh hubungi Syue di salah satu medium ini 👇

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com