Mengapa Penting Untuk Bezakan Diet Dengan Detoks?

syuesalim | May 24, 2017 | 1Komen |


"Dah kurus ni, tak payah dok control makan, diet-diet sangat laa"

Susah sebenarnya nak ubah tanggapan orang lain, bila mana kita ini dilihat memilih untuk makan sesuatu yang luar dari kebiasaan kita sebelum ini. Ada orang yang kuat imannya; macam Syue ni 😜. Ada orang tak tahan diperli, dan kesudahannya, terbabas kembali ke sikap asal. Sikap apa tu? Sikap makan sesuka hati sesedap perut..heee.. Syue bukanlah tak makan apa yang dihidang orang ni, tapi bila masa tengah menjalani program detoks, memang Syue akan istiqamah gitu. Tak selesa betul kalau orang cakap Syue tengah diet (kesan detoks kot, sensitif nar..hekzz 😝). 

"I'm not DIET, I'm on DETOX." Haaa ngko...omputis terus...😁

Dah apa beza Diet dan Detoks ni?

DIET secara teknikalnya bermaksud menahan diri dengan cara mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil atau menghadkan pengambilan jenis makanan tertentu untuk menurunkan berat badan. Manakala DETOX, atau dari perkataan DETOXIFICATION yang bermaksud penyahtoksin, ditakrifkan sebagai mengubah tabiat makan untuk menyingkirkan toksin dari dalam badan.

"Ko nak kurus, baik diet jer. Lagi banyak berat turun"

Bila kita diet, kita menghadkan diri kita kepada jenis makanan tertentu, yang kebiasannya perlu ikut garis panduan diet atau jumlah kalori tertentu. Walau bagaimanapun, menghadkan pengambilan makanan ni, boleh buat kita rasa tak puas menikmati makanan dan biasanya keadaan begini takkan kekal. Kesudahannya? Kembali kepada cara makan yang dulu; cara makan sebelum berdiet. Benar kita akan kurus, akan hilang banyak kilo bila buat diet ni, tapi kita akan kurang bertenaga, kulit pun tak cantik tau. Mahu ka nampak kurus tapi kulit macam 10 tahun lagi tua dari usia sebenar? 

Tau dak kesan diet tak betul ni??
👉Kandungan toksin makin pekat. Badan kita akan terus membina lemak untuk menjadikan organ-organ kita 'kebal toksin'. Hasilnya, kita akan naik berat badan dalam masa yang cepat.
👉Diet tak makan merosakkan otot. Bila otot rosak, lemak akan mudah terkumpul dalam badan kerana otot dan boleh dah nak bakar lemak dengan berkesan.

Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha mewujudkan pelan pemakanan yang betul yang dapat memenuhi selera makan kita dan pada masa yang sama dapat membersihkan badan kita daripada toksin dan mengurangkan toksin daripada terus berkumpul dalam badan kita. Jika kita dapat mengamalkan makanan yang tinggi anti-oksidan, yang tinggi fiber, yang semulajadi, secara tak langsung ianya dapat menyahtoksin badan. Dalam masa yang sama, kita akan mengalami pengurangan berat badan secara semulajadi dan yang paling penting, kesihatan kita akan meningkat.

Bahasa mudahnya begini. Semasa proses detoks, kita 'pangkah' habis segala makanan yang macam-macam tu; berminyak, berlemak, berproses, manis dan sebagainya yang kurang khasiat, dan kita ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan eat clean. Andai diamalkan begitu sahaja dah berapa ribu kalori dah buang. Macam Syue lah kan, buat detoks, tipu lah kalau kata tak nak kurus kan tapi mereka yang buat detoks tak boleh elak dari jadi kurus. haha. Nampak di situ? Best kan? Jadi, mereka yang sedia asal kurus, tak boleh berdetoks? Eh, apa salahnya. Mesti kita nak badan yang sihat kan! Bagusnya berdetoks ni; turun berat badan pun dapat, badan yang bertenaga dan sihat pun dapat!
 

Jadi, nak kurus, cara terbaik adalah dengan DETOKS. Sebab detoks ni bukannya diet berlapar, tapi kita membekalkan nutrien yang SEPATUTNYA dan SECUKUPNYA kepada tubuh kita. Pada masa yang sama, ia MEMBUANG TOKSIN dari tubuh kita.

Hasilnya? Berat badan kekal, dan tabiat makan pun jadi semakin sihat! Nak makan benda-benda merepek pun tak lalu dah. Nak makan banyak pun tak risau jugak sebab berat badan takkan naik melampau-lampau punya. Sebab apa Syue kata begitu? Sebab Syue pernah buat a few diet dan pernah juga buat detoks. Beza..memang banyak sangat beza. Nanti Syue cerita bab Syue berdetox ok. Siap boleh bagi bukti lagi tau. Kita tengok hasilnya ya.



1 comment:

  1. betul..takutnya diet yoyo nie...takut nanti makin gemuk je...

    ReplyDelete

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com