Bagaimana ESP Meningkatkan Sensitiviti Sel Terhadap Insulin

syuesalim | April 17, 2017 | 0Komen |
KORANG TAHU TAK. Kajian telah dibuat pada tahun 2015, mendapati seramai 3.5juta penduduk Malaysia menghidapi penyakit kencing manis/diabetes. Antara TERTINGGI di Asia Tenggara dan statistik ini meletakkan malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap kencing manis TERAMAI. Menakutkan! Tapi, jika dilihat gaya hidup orang Malaysia, terutamanya bab makanan, tak hairan tau Malaysia boleh masuk list. Dengan manisnya, berlemak, berminyak, hipster situ, viral sini, huiii...amal selalu memang boleh potong kaki


Kencing manis/diabetes ni adalah penyakit yang menjejaskan cara badan tukarkan gula jadi tenaga. Makanan kita terdiri daripada  3 unsur; karbohidrat, protein, lemak. Bagi seseorang yang sihat, bila dia makan, badan akan menukarkan ketiga-tiga unsur ini jadi gula. Gula ni disebut 'glukosa'. Dari usus kecil, glukosa ini akan serap masuk dalam darah, seterusnya ke dalam sel. Glukosa ni boleh kita kata sebagai makanan/tenaga kepada sel-sel badan untuk buat kerja dia. 

Dekat dengan perut kita ni, ada satu organ. Pankreas namanya. Fungsinya merembeskan sejenis hormon iaitu insulin. Untuk orang yang sihat tadi, bila dia makan, paras gula dalam darah akan naik. Jadi, pankreas akan rembes lebih insulin. Insulin ni yang akan kawal dan tolong salurkan gula ini ke sel-sel. Sel-sel ini akan guna gula utk tenaga atau simpan untukk dia guna kemudian.

Bagi pesakit diabetes pula, badan dia bermasalah sama ada tak dapat hasilkan insulin secukupnya atau insulin dia tak berfungsi dengan betul. Bila ini berlaku, gula kekal dalam darah. Sel tak dapat makanan dia. Bila sel tak dapat makanan, dia takdak tenaga nak buat kerja, seterusnya melemahkan badan. Kandungan gula berlebihan dalam darah sangat membahayakan. Jika dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan saluran darah dan membawa kepada penyakit tipikal seperti strok dan sakit jantung.

Diabetes ada 2 jenis.
Diabetes Type 1 ~ pankreas langsung tak hasilkan insulin. Gula langsung tak sampai ke sel. Jadi gula akan sentiasa tinggi dalam darah. Kebiasaannya kanak-kanak dan orang muda kena jenis ini.
Diabetes Type 2 ~ pankreas masih hasilkan insulin. Tapi insulin tak berfungsi dengan baik. Jenis ini paling kerap dihidapi oleh orang tua. Sensitiviti sel terhadap insulin semakin berkurang seiring dengan usia.

Nak fokus di sini berkaitan dengan sensitiviti sel terhadap insulin. Ada kajian menunjukkan suplimen yang ada ASID AMINO dapat beri kesan positif yang ketara terhadap rintangan dan sensitiviti insulin. Memang digalakkan kepada penghidap Diabetes Type 2. Apa suplimen yang ada asid amino ini? ESP!
 
Satu kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa asid amino Arginine dapat meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin. Arginine adalah sejenis asid amino yang sangat penting untuk penyerapan insulin. Ia juga dapat melebarkan saluran darah dan membolehkan tekanan darah pesakit turun.

Soya merupakan salah satu makanan yang kaya sumber asid amino Arginine. Soya dalam ESP pula adalah soya non-gmo, maknanya soya yang tidak diubahsuai secara genetik. Kacang soya memang dipantau dengan teliti dari saat menanam hinggalah diproses menjadi ESP.

Ada asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi kita kena ambil melalui pemakanan dan ESP ini ADA 9 asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh badan. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap. Jadi, ESP ini memang cukup syarat sebagai satu hidangan protein lengkap.

ESP juga rendah karbohidrat dan gula. ESP juga merupakan kumpulan minuman yang rendah Indeks Glisemik. Indeks Glisemik ni menggambarkan kadar kecepatan gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan. Memang sangat disyorkan kepada pesakit diabetes.

Ingat ya. ESP bukan lah untuk mengganti rawatan sedia ada. Bukan juga bermakna boleh makan tanpa kawalan. Pesakit masih perlu meneruskan rawatan untuk kawal diabetes ini di samping mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Ambil sebagai pilihan tambahan untuk kawal penyakit ini. Jangan kita biarkan ianya semakin melarat.




No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com