Kenapa Nak Pilih Juga Krim Kilo?

syuesalim | May 13, 2017 | 0Komen |
Kebelakangan ni kecoh berkenaan dengan produk penjagaan muka terlarang yang diharamkan oleh KKM. Ada produk yang jujurnya Syue tak pernah kenal pun, tak pernah dengar nama, tak pernah tahu pun kewujudannya, tapi ada orang guna. Hairan. Macam mana produk begini boleh ada dalam pasaran?


Sebab utama adalah sebab ada permintaan. Apabila ada sebahagian dari masyarakat kita yang taksub untuk putih cepat, maka ada lah produk begini yang muncul untuk memenuhi ketaksuban mereka tu. Apa yang Syue perhatikan, yang suka sangat nak guna produk begini adalah remaja-remaja. Kenapa ya? Tak trendy ka kalau tak putih? Takut tak laku, takut takde boyfriend ke? Alahaiiii 🤦.

Cuba cari di Instagram; #krimkilo. Menakutkan! Dalam masa orang kecoh bahayanya krim kilo ni, masih ada yang menjual, yang menawarkan mereka di luar sana untuk jadi founder barang kecantikan. Lihat betapa mudah tak mudahnya nak jadi founder kecantikan barang sendiri yang mana sumber dari mana pun kita tak tahu.

Bayangkan krim-krim ni dijual dalam bentuk kilo, macam marjerin kilo tu, kemudiannya di pek mengikut packaging yang kita nak. Senang oiii, boleh buat kat dapoq umah ja. Cedok pakai apa? Pakai sudu ja kot! Kemudian, letak la jenama sendiri. Lepas tu guna nama yang canggih, iklan kasi gempak, testimoni kasi wow, ambil artis sebagai duta walau tak pakai pun, maka berduyun-duyun lah orang beli. Dalam masa terdekat, kalau bernasib baik, muka customer cantik mulus. Jangka masa panjang? Dah rosak baru nak tular di facebook, kat tv.

Ada yang beli sebab kata murah walau ada set lengkap; pencuci, krim siang dan malam. Memang la murah, cedok dari plastik ja kot 😁. Kesan pun cepat. Yang bagi kesan cepat ni, kita pernah tahu tak apa kandungan sebenar dalam produk tu? Yakin bebas merkuri, bebas hidroquinone? Benda yang cepat bertindak, mesti ada sesuatu. Tak payah dok claim lah 100% bahan semulajadi, 100% melalui kajian pakar. Yang semulajadi, yang melalui pakar, bukan murah tau! Sumber pun tak murah, apatah lagi hasilnya.

Syue sendiri pun pernah guna produk-produk tempatan ni. Bukan satu dua. Banyak jenama Syue dah cuba. Boleh kata kalau nak bukak stokis barang kecantikan pun boleh sangat lah. Apa yang Syue tak cuba. Dari masa bujang sehinggalah dah berkahwin. Ya lah...tengok kawan  pakai yang tu, muka dia cantik, Syue pun nak cuba yang dia pakai. Tengok muka kawan lain pulak, nak cuba yang dia pulak lah. Senang terpengaruh tau Syue ni. Syue memang pernah mengalami fasa muka gelap, terbakar, bersisik tapi tak pernah serik. Habih satu, beli jenis lain pulak. Bila fikir balik, kesian kat kulit sendiri jadi bahan eksperimen. Sehingga terfikir, aku dok cuba yang pelik-pelik ni, takut pulak nanti jadi kanser ke, nauzubillah 😖.

Bila dah berumur, dah ada kesedaran ni, Syue sendiri pun dah beralih pada yang lebih semulajadi, yang selamat, yang berkesan. Biar lah lambat pun, janji tak beri kesan buruk pada masa akan datang. Nak putih sangat-sangat pun buatpa daaahhhh...anak 4 dah haaa 😄. Syue pakai yang Shaklee sekarang ni. Shaklee pun ada produk penjagaan muka tau. Ramai yang tak tahu. Ye lah, Shaklee lebih sinonim dengan vitamin kan. Produk penjagaan muka dia adalah Nutriwhite. Eh, ada gak nama white-white eh...untuk memutihkan gak ke?

Nutriwhite ni melibatkan campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan kulit yang lebih putih dan lebih cerah secara semulajadi. Kalau kulit sendiri tu ala-ala kulit Tyra Banks takkan lah dia nak tukar jadi kulit Taylor Swift kan. 😄 Fikir logik lah sayang-sayangku. Nutriwhite ni dibangunkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat. Ambil masa 3 tahun tau nak bangunkan produk. "Takde bahan kimia eh?" Amboi, yang Shaklee bukan main korang tanya eh. Yang produk cedok kat dapoq idok pulak korang tanya 😒. Marah ke Syue? Eh, tak marah, habaq! 😄 Terjamin bebas paraben, bebas mercuri, bebas hidroquinone.

Eh, best tau Nutriwhite ni. Mahai? Tak payah la nak beli satu set. Memang la mahai. Boleh beli yang loose dulu. Biasa yang menjadi pilihan adalah cleanser dengan overnight cream. Dua ni pun ok dah. Pencuci dia tahan dekat setahun tau. Ya, SETAHUN! Boring gila nak tunggu habis. Hahaha. Overnight krim dia pun best. Boleh tengok testimoni akak ni. Apa yang akak ni rasa sama cam Syue rasa. Tak tau lah berapa bulan pulak nak habih. Berbaloi2 oiii..

Yang pakai produk tahapahapa tahmanamana sumber tu, bertukar la pada yang lebih selamat. Pada penjual, tolonglah ada rasa tanggungjawab. Tergamakkah anda jual produk yang boleh bagi untung pada anda tapi memudaratkan pembeli? Kepada pembeli, banyakkan ilmu, banyakkan mengkaji. Jangan pakai produk tangkap muat saja. Kulit kita ni satu ja, takde ganti.

Nak cuba dua produk Nutriwhite ni? Boleh ja. Nak buat pembelian sendiri, boleh buat di sini.

produk Nutriwhite


ATAU
Andai ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan produk ini atau ingin
membuat pembelian rangkaian produk Shaklee yang lain,
boleh hubungi Syue di sini:


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com