Bagaimana Mengajar Asas Kewangan Kepada Anak-anak?

syuesalim | April 26, 2017 | 0Komen |



Malaysia cuti sekolah kan? Qatar tak cuti time ni. Nnt bulan April baru ada cuti sekolah. Jadi anak2 buat apa cuti sekolah ni? Bawak melancong? Alhamdulillah. Rezeki mereka dapat kenal tempat2 baru. Dah yang tak ke mana-mana? Takkan bagi anak2 mengadap PS3, tab 24 jam kot kan...mana tau, balas dendam time sekolah tak boleh main kan.

Dulu kan, sy jeles tgk kawan2 yg mak ayah dia meniaga kuih, nasik lemak ke. Seronok time cuti sekolah mesti mereka tolong meniaga sama. Sy tak penah pandang rendah kat orang berniaga kecil2 ni. Lagipun anak2 yang menolong mak ayah berniaga ni, bagus tau...secara tak langsung mereka tahu nak urus duit.

Kalau tak ke mana2 kan, apa kata buat pendekatan baru; ajar anak2 berkenaan dengan kewangan. Anak2 ni kan, kalau diajar dari kecil bab kemahiran kewangan, mereka akan lebih bersedia untuk hadapi cabaran kewangan bila mereka dewasa nanti. Dedahkan mereka dgn perkara asas & perkara2 berkaitan dengan wang; bagaimana untuk bajet, berbelanja dan berjimat, penting utk wujudkan tabiat urus wang dan pembangunan peribadi mereka.

Macamana nak ajar? Pendekatan paling mudah, dedahkan mereka dengan situasi sebenar dan akan bantu mereka lebih faham dari mana duit datang dan bagaimana ia diperolehi. Ada beberapa contoh kita boleh cuba.

ATM adalah tempat yang seauai untuk mula ajar anak-anak mengenai wang. Kita boleh explain pada anak- anda bahawa ATM ni memegang wang yang telah kita dapat dari kerjaya kita dan kita menyimpannya di bank. Betulkan tanggapan mereka yg ATM bukan sekadar kotak mejik yg boleh keluarkan wang bila2 masa sj. Tapi nak ajar anak ni, pastikan jgn buat masa orang beratur panjang. Mengundang kemarahan ja nanti. Atau pergi ke ATM waktu sunyi. Keselamatan kena diutamakan.

Bila beli barang di pasar raya, kita boleh explain kepada anak-anak anda bagaimana barang-barang ni diletakkan harga. Tunjukkan perbezaan harga; mungkin dari segi jenama, kualiti. Tunjukkan juga bagaimana nak bandingkan harga. Ini juga merupakan peluang untuk membincangkan bagaimana kita boleh membeli-belah dgn harga yang terbaik.

Jika kita nak bayar bil, tak kira lah di kaunter atau secara online, ambil peluang untuk educate mereka juga, yang segala perbelanjaan rumah memerlukan wang. Apa kaitan penggunaan air, elektrik, internet dengan wang. Macamana susah payahnya kita kerja untuk tidak terlepas dari bayar utiliti ini setiap bulan. Ia juga mungkin membuat mereka berfikir dua kali berkenaan sikap suka membiarkan lampu dan peralatan elektrik terbuka.

Libatkan anak-anak dalam perbincangan tentang bajet keluarga. Jangan lah yang complicated sgt. Mereka pun susah nak faham, nak hadam. Ambil cara mudah sahaja. Dedahkan yang asas tentang anggaran berapa yg kita ada, berapa yg perlu dibelanjakan, untuk tujuan apa, untuk setiap minggu atau bulan. Sekadar memberi gambaran agar anak2 lebih memahami kos kehidupan keluarga. Konsep tabungan paling mudah. Ada kan sy pernah kongsi Sistem Jar sebelum ini.

Bincangkan perbezaan antara keperluan dan kehendak dan galakkan anak-anak untuk berfikir tentang perkara ini sebelum berbelanja. Jelaskan kpd mereka perlunya mengelak pembelian spontan dan beli mengikut apa yang dah ditulis sahaja.

Mengajar anak-anak mengenai wang adalah satu kemahiran yang penting. Kemahiran menguruskan kewangan perlu dipupuk dari usia muda hinggalah dewasa. Andai anak-anak mahir dengan ilmu kewangan, mereka pasti dapat membuat keputusan perbelanjaan dengan bijak di sepanjang kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com