Tips Mudah Murah Rezeki

syuesalim | April 29, 2017 | 0Komen |
Nak kaya, murah rezeki, faktor luaran saja tak cukup. Kita juga perlu menitikberatkan faktor dalaman supaya sentiasa dimurahkan rezeki oleg Allah.
Sy kongsikan beberapa amalan murah rezeki yg saya buat supaya kita dapat amalkan bersama-sama.

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan dengan sebaiknya. Seelok-eloknya dikerjakan awal waktu. Macam saya, kadang-kadang terbabas juga 😫; suka juga nak melewatkan waktu solat. Tapi betul bagai di kata, andai tak buat awal waktu, memang kita rasa masa tu cepat sangat berlalu. Ada saja benda tak sempat buat. Terkejar-kejar lah, tak senang duduk. Hati pun tak tenang. Cuba solat awal waktu; rasa macam masa tu lama sangat. Percaya lah. Betapa Allah memudahkan urusan kita yg solat awal waktu.

Banyakkan berdoa. Kita sebagai hamba Allah wajib berdoa. Macam sy, satu contoh, sebelum mula post entri di FB atau di blog, doa sy supaya entri sy dapat beri manfaat pd mereka yg membacanya. Hanya dengan berdoa, segala permintaan kita didengari oleh-Nya. Kena percaya pada Allah yg memberi rezeki. InsyaAllah tetap akan tiba pada kita; cepat atau lambat sahaja.

Amalan solat dhuha. Kita sedia maklum solat Dhuha ini adalah satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Macam dulu, sy macam sedikit sukar nak buat. Memanjang tak sempat. Tak tau kat mana tak sempatnya tu; padahal 5 minit ja pun. Perlahan-lahan paksa diri nak amalkan. Bila dah dijadikan sebagai rutin, sekali tinggal macam tak best pulak. Moga dengan solat ini, rezeki yg dipohon mudah muncul. 

Macam kat Qatar ni memang susah nak didatangi oleh org yang meminta sedekah. Atau susah nak jumpa orang susuah di sini. Tak macam kat Malaysia. Kalau kita di tempat makan pun kan, ramai yg mendatangi meja kita. Dari satu pandangan, mungkin peminta sedekah ni menyusahkan. Dari sudut pandangan lain, sy rasa org Malaysia ni mudah betul nak bersedekah. Bersedekah semampu yang boleh, disusuli dengan niat yg ikhlas. Tiada orang yg jatuh miskin dengan bersedekah. Andai tak boleh dengan wang, bersedekah dengan barang yg masih elok. Macam di Qatar ni banyak kotak2 charity untuk barang-barang diletakkan di tempat-tempat tumpuan. Andai ada pakaian, selimut, atau apa2 brg yg masih elok, orang ramai boleh letak kat dalam tu. Memang itu saja cara sy boleh bersedekah di Qatar ni. 

Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan murah rezeki ni. Sy pun masih dalam proses nak improve diri, cuba jadikan habit perkara-perkara dia atas. Yg penting tingkatkan takwa kepada Allah kerana Allah memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.
Moga sy terus istiqomah.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com