Apa Ada Pada Bonus

syuesalim | April 24, 2017 | 0Komen |
Bonus. Sejumlah wang tambahan kepada gaji yang diberikan mengikut musim, dan diserikan atas ganjaran prestasi kerja yang baik. Sebut bonus ni kan, ada ker yang tak mahu bonus? Kurang waras agaknya org yang takmau tu 😁. Cuba kita lihat pada perbentangan bajet. Memang kebanyakan dari kita menunggu kerajaan mengumumkan pemberian bonus. Betul kan? Tipu lah kalau kata tak pernah mengharapkan bonus. Bagi yang bekerja hakiki nak tunggu gaji hujung bulan, pasti ada perkara-perkara yang terpaksa tahan tak dapat beli, tak dapat buat kan? Nak makan luar? Nanti-nantilah dulu, tunggu gaji. Nak beli tudung baru, baju baru? Pakai la apa yang ada dulu, tinggu gaji. Nak travel? Tak payah la. Gaji yang ada pun cukup-cukup saja nak penuhi keperluan yang ada. Pernah hadapi situasi begini? Syue pernah, jadi Syue tahu bagaimana rasanya.
 
Dalam keadaan sekarang, walau bonus tu sebanyak RM50 pun dah besar rahmat tau. Sebut pasai bonus, nak cakap pasai bonus Shaklee. Awa-awal dulu kan, masa mula-mula beli produk Shaklee untuk makan saja, memang tak sangka tau boleh dapat cash. Masa tu ingat lagi; RM38. Gelak RM38?? Syukur la dapat jugak; dari asalnya tak tahu pun sebenarnya boleh dapat 😁.
 
Setiap bulan memang Shaklee tak pernah miss bagi 'gaji' a.k.a bonus. Dia bagi pula tengah-tengah bulan; di saat yang kebanyakan orang memang 'sesak'. Ada bonus ni la dapat sikit nak menampung apa yang tak dapat buat pada awal bulan kan. Bila tiap-tiap bulan dapat kan, macam seronok pulak nak tambah dan tambah dan tambah. Bonus ni pula bukti kerja keras Syue, komited Syue terhadap bisnes ini. Tiada bonus yang bertambah hasil dari goyang kaki atau doa mintak diturunkan dari langit. Syue pulun lebih, lebih la bonus. Rehat lebih, sikit lah bonus.

Macam Syue kata tadi, bila ada bonus, macam-macam benda boleh buat. Setiap bulan, impian Syue memang nak besarkan bonus. Nak besarkan bonus, kena lah usaha lebih. Kena banyak memberi, banyak bersedekah. Lagi banyak dapat, lagi banyak kena memberi. Tak perlu nak tunggu kaya baru nak mula memberi. Kan? Mula dari sekarang. Mana tahu satu hari dapat jadi jutawan dermawan.

Rezeki Allah luas. Takkan disia-siakan hamba-Nya yg berusaha.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com