Cara Mudah Bagaimana Menyeimbangkan Bisnes dan Rumahtangga

syuesalim | April 03, 2017 | 0Komen |
Kelebihan bekerja di rumah memang ketara pada semua orang; tak perlu ikut peraturan pejabat, anak-anak ada di depan mata, tak perlu bersesak dengan kesesakan lalu lintas. Dan berapa ramai juga wanita berkerjaya yang cemburu dengan masa wanita yang bekerja di rumah. Kajian terkini juga mendapati wanita sekarang lebih suka memilih untuk bekerja sendiri atas faktor keluarga berbanding lelaki yang lebih menjurus kepada memperolehi pendapatan. Memang tak mustahil jumlah wanita yang memilih untuk bekerja dari rumah semakin bertambah dari sehari ke sehari.


Bagaimana pun, menyeimbangkan antara bekerja di rumah dengan kerja hakiki boleh menjadi suatu yang sangat mencabar. Jadi, bagaimana nak kendalikan cabaran ini?

Mengagih dan mengautomasikan kerja
Lihat pada senarai harian jika ada tugas yang memerlukan kita guna bantuan 'orang lain'. Contohnya lah; kita tak boleh hadap FB 24 jam kan. Mungkin ada keadaan kita tak dapat nak post apa yang kita nak post pada masa yang kita nak. Jadi, application seperti 'Buffer' sangat membantu untuk skedul kan post kita untuk satu hari. Sama juga dengan keluarga. Mungkin ada masa kita perlu fokus lebih pada urusan bisnes, jadi kerja-kerja di rumah kita boleh upah orang untuk tolong cuci atau andai suami ada di rumah, mungkin beliau boleh beri bantuan

Sentiasalah ikut jadual
Setiap hari pasti berbeza tapi jadual tetap kena buat, tetap kena ikut. Kita tahu masa bila kita betul-betul lapang; biasanya masa anak-anak pergi sekolah. Mungkin masa tu kita boleh fokus pada kerja-kerja bisnes. Bila anak dah balik sekolah mungkin masa itu kita boleh tetapkan jadual kita masa itu adalah urusan dengan keluarga pula. Kita saja yang boleh atur jadual kita sendiri.

Bagi masa untuk diri sendiri
Walaupun nampak macam tak ada masa rehat antara buat bisnes di rumah dengan buat kerja hakiki di rumah, kena juga bagi masa untuk diri sendiri. Jangan risikokan diri sendiri untuk buat dua kerja tanpa henti. Jadualkan diri sendiri untuk pergi ke gym, atau keluar dengan kawan-kawan, berurut atau spa; sesuatu yang luar dari komitmen kerja. Orang kata; 'me time'. Bila badan cukup rehat, cukup tenaga, kurang stress, lebih menjadikan kita lebih produktif untuk kerja dan urus keluarga.

Ini sekadar tips ringkas dari Syue. Bukan kata mesti ikut, tapi ikut kemampuan lah. Setiap orang ada caranya sendiri bagaimana nak handle. Betul...tak mudah; kerja di rumah, atau kerja di pejabat, ada cabarannya sendiri, namun setiap perkara pasti ada caranya, kan? 





No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com