Makanan Tak Cukup Nutrien: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 21, 2017 | 0Komen |
Hujah BIASA di kalangan orang yang tak ambil suplimen ini adalah; mereka dah dapat, dah cukup semua nutrien yang diperlukan oleh badan mereka melalui makanan. Tak perlu dah suplimen ni. Dan ada tambahan lagi; mengutamakan suplimen berbanding makanan bukanlah cara diet yang sihat.


Ada dua hal di sini. Pertama, dengan menganggap badan kita boleh dapat nutrien yang cukup HANYA DARIPADA MAKANAN sahaja adalah tanggapan KURANG BIJAK. Syue tak kata sebab Syue jual suplimen, tapi memang ada kajian dah dibuat. Zaman sekarang ni, kita dah tak boleh bergantung kepada makanan semata-mata untuk cukupkan nutrisi, sebab percayalah; memang takkan cukup.

Kedua, suplimen BUKAN PENGGANTI makanan. Kita masih perlu makan cuma suplimen ini berperanan untuk back-up nutrien yang tak cukup yang diperlukan badan. Ada yang jenis tak makan sayur, atau tak gemar makan ikan, tak makan buah. Ada yang makan, tapi sikit-sikit. Jadi, macam mana nak cukupkan nutrien yang asalnya ada dalam makanan ini kalau bukan dari suplimen?


Cuba lihat perbandingan nutrisi yang diperlukan badan jika kesemuanya kita hanya ambil dari makanan sahaja. Ambil contoh oren saja lah. Kita sedia maklum oren adalah sumber vitamin C. Selalu kita biasa ambil, berapa ya? Sebiji? Kalau yang kurang gemar, sepotong. Keperluan vitamin sepatutnya? Vitamin C diperlukan badan sehari seperti kita ambil 150biji oren sehari! Mampu?? Uii, Syue awal-awal cakap tak mampu. hehehe. 

Apa berlaku kalau badan kurang nutrien? DNA mudah rosak, buat kita tua lebih cepat dan menyumbang kepada penyakit kronik tau. Jangan main-main. 

Masih tak yakin kenapa kita perlu mengambil kira suplimen dalam diet harian kita? Meh sini nak cerita.

1. Penyusutan Nutrien Tanah
Amalan penanaman sekarang kebanyakannya mengurangkan nutrien tanah. Apabila tanaman ditanam berulang kali di atas tanah yang sama, tanah kehilangan vitamin, mineral dan mikrob lebih cepat. Dari masa ke masa, tanaman yang kurang nutrien ini akan membesar. Walau diberi baja, baja membekalkan nutrien yang hanya cukup untuk tanaman itu membesar, tetapi masih tak cukup untuk membekalkan nutrien kepada badan manusia. 

2. Penyusutan Mineral dalam Air
Haaa..jangan tak percaya air pun boleh kurang nutrien. Jangan dibanding dengan air zaman tok nenek kita dulu. Air sungai, air tasik pun leh cedok minum begitu saja tanpa was-was. Sebab air yang bersih, yang segar tanpa filter adalah sumber magnesium utama dalam badan manusia. Sekarang? Selagi tak ditapis, selagi tak dimasak, kita pun takut nak minum kan. Tapi kebanyakan penapis air menapis keluar mineral penting ini menyebabkan kita minum air yang tiada nutrien. Jika tak ditapis pula, air kita dah dicemari dengan klorin dan florida. Hmmm...

3. Kadar Penyerapan Nutrien Menurun Seiring Usia
Kajian menunjukkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak nutrien untuk menyokong pertumbuhan mereka, manakala orang yang lebih tua memerlukan lebih banyak nutrien disebabkan malabsortion. Malabsortion ini adalah terma untuk keadaan di mana nutrien atau mineral tak dapat diserap dengan betul oleh usus dalam badan. Dalam umur kita ni kan, asid hidroklorik dan pengeluaran enzim pencernaan akan menurun secara semulajadi, menjadikan usus kita semakin sukar untuk menyerap nutrien dari makanan. 

4. Nutrien yang Memang Tak Pernah Cukup/ Tak Dihasilkan Dalam Badan
Potassium, kalsium, fiber, vitamin D, vitamin C dan zat besi. Inilah nutrien yang tidak dihasilkan badan, atau mudah hilang dari badan; memang takkan cukup lah berbanding yang diperlukan badan. Walhal mereka ini adalah antara nutrien yang sangat penting yang diperlukan badan; di samping menjaga badan kita dari dijangkiti penyakit-penyakit tertentu, ia turut mengekalkan kesihatan badan kita. Dan nutrien-nutrien ini biasanya hilang disebabkan faktor pemakanan, faktor umur, faktor jantina. Jadi apa kena buat nak topup nutrien-nutrien ni? Suplimen lah.


Sebenarnya banyak lagi sebab-sebabnya kenapa kita perlu ambil suplimen. Ini baru sebahagian. Mereka yang ada kesedaran tentang pentingnya suplimen untuk kesihatan tak perlu banyak sebab untuk ambil, lagi-lagi kalau suplimen tu dari syarikat yang boleh dipercayai, yang diiktiraf produknya, diyakini kualitinya macam Shaklee 👍. Mereka ini akan ambil dan makan saja. Enjoy ja vitamin macam makan makanan lain. Kalau yang tak mau makan tu, kita bagi lah 1000 sebab pun dia takkan makan jugak. Kan..kan..kan...? 😁

Tepuk dada tanya minda.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com