Hidup Kena Ada Impian

syuesalim | May 06, 2017 | 0Komen |
Di kamar daku sering bertanya,
Mana tempatku di dunia,
Tepuk dada tanyalah selera,
Jika daku ingin berjasa,
Memberikan hidupku makna,
Tepuk dada tanyalah selera.
 
Lirik lagu Erti Hidup, oleh Dayang Nurfaizah. Syue suka dengar lagu ni. Dulu. Sekarang pun masih suka. Ingat lagi, pertama kali dengar lagu ni masa jadi trainer kat PLKN dulu. Lirik dia cukup bermakna. Lagu motivasi yang cukup bagi kesan pada Syue. Apa yang tersiratnya?

Hidup kita kena ada impian, kena ada tujuan. Hidup tanpa impian seolah-olah hidup tanpa arah tuju. Semua orang yang sihat, yang normal, yang waras mempunyai impian dalam hidup. Bila hidup ada impian, kita sebenarnya jadi lebih positif, lebih yakin untuk menghadapi cabaran mendatang. Impian ni bukan angan-angan kosong atau mimpi atau ilusi atau lamunan. Impian ni lah yg menggerakkan kita untuk menyusun strategi, menyusun langkah dan mempersiapkan fizikal dan mental untuk bertindak. 

Pesan Nabi Muhammad SAW, orang yang paling bijak adalah org yang paling banyak ingat mati. Bila kita banyak ingat mati, kita akan lebih rasional tentang hidup dan sedar apa perkara penting untuk kita capai dalam kehidupan. Dan semestinya kita akan kejar apa kita nak dan buat persediaan sebelum kita mati. Allah memberikan kita akal dan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini perlu menggunakannya untuk sentiasa bergerak, berusaha untuk hidup yang lebih selesa. Bila kita dah ada kemajuan, sudah pastinya kita lebih positif untuk mencapai impian. 

Semua orang berimpian nak masuk syurga kan? Jadi apa usaha kita nak capai impian tu? Buat perkara apa yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Andai ada kekurangan dalam ibadat; solat, puasa, zakat, perlahan-lahan kita ubah menjadi ke arah lebih sempurna. Baiki diri sebaik mungkin supaya mendapat redha-Nya.


Impian Syue sebagai ibu, sudah pasti Syue mahu anak-anak Syue membesar jadi anak-anak yang soleh dan solehah, yang berjaya dunia dan akhirat. Sudah pasti Syue kena bekalkan ilmu dunia dan akhirat secukupnya untuk mereka. Berikan dorongan, ransangan positif untuk mereka lebih berjaya, lebih bercita-cita tinggi. Syue mungkin bukan ibu yang sempurna tapi Syue perlu lebih berusaha untuk baiki dan tambah nilai untuk capai impian sendiri.

Hasil pembacaan Syue, perkara yang orang berimpian ni jarang sangat buat adalah 'menulis impian'. Hmm, betul jugak kan. Impian dalam kepala boleh jadi 1001 macam impian. Kalau tidak ditulis mungkin kita tak bersungguh-sungguh. Bila dah tulis, kita ada komitmen untuk capai impian kita. Ia memotivasikan kita untuk terus usaha tanpa perlu dimotivasikan oleh orang lain.

Jadi, apa impian korang? Jom buat sama-sama. Berimpian lah setinggi mungkin. Namun, apa jua impian anda, jangan lupa bergantung kepada-Nya. Allah jua yang dapat memberi apa yang terbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com