Penjagaan Luka Bersalin Secara Pembedahan

syuesalim | May 16, 2017 | 0Komen |
Melahirkan anak adalah saat yang menyeronokkan wanita. Akhirnya dapat juga jumpa bayi yang tinggal dalam rahim selama 9 bulan kan. Proses kelahiran yang lancar adalah sesuatu yang mengembirakan. Namun ada yang mungkin sedih atau kecewa sebab kelahiran tak berjalan mengikut apa yang dirancangkan. Ada yang mengharap dapat bersalin normal tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa melalui pembedahan caesarean.


Mungkin sebab trauma, atau dengar cerita-cerita yang kurang enak berkaitan dengan C-section ni yang membuatkan wanita-wanita ini kurang seronok. Terutamanya cerita-cerita ketika berpantang. Luka bernanah, jahitan terbuka, bleeding lagi. Syue pun pernah melalui C-sect ni; anak pertama. Masa tu satu hal je yang Syue takut; takut anak kedua tak boleh normal. Tapi Alhamdulillah, untuk anak kedua dan kembar, dapat bersalin normal. Memang tak terfikir langsung bab bleeding ka, bernanah ka. Masa tu belum ada FB, belum terdedah dengan cerita yang bukan-bukan. Masa tu fikir, teknologi perubatan zaman sekarang dah canggih kan, kenapa nak takut. Lalui saja. Apa yang lebih penting, kita dan anak selamat. Ingatkan diri berkali-kali, ada hikmahnya kita kena lalui proses ini.
Berbeza dari ibu yang bersalin normal, bersalin secara pembedahan ini mungkin memerlukan masa untuk pulih, terutamanya bab penjagaan luka pembedahan. Syue senaraikan beberapa tips; boleh la guna pakai tips di bawah:

Buat pergerakan awal ~ Syue dulu kan, awal-awal selepas bersalin, mak Syue memang suruh Syue rajin bergerak. Jangan duduk berbaring sahaja. Kajian pun ada menunjukkan pergerakan selepas pembedahan besar boleh mencepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Kesakitan di tempat penjahit memang menguji kesabaran. Bersedia lah. 

Banyakkan makan makanan tinggi protein dan serat ~ Banyakkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang mengandungi vitamin, seperti sawi dan buah oren. Elakkan sayur yang memang menjadi pantang larang masyarakat kita seperti sayur yang sifatnya sejuk atau dari keluarga 'labu'.

Minum air secukupnya ~ Orang dulu-dulu memang marah betul kalau ibu berpantang minum banyak air. Syue pun tak nampak di mana logiknya tak boleh minum air banyak. Mungkin perlu fikir banyak kali berkenaan mitos 'urat kembang jika minum banyak air' kerana kurang air boleh sebabkan sembelit. Bila sembelit, organ perkumuhan akan menghadapi masalah nak berkumuh seterusnya akan bagi tekanan pada tempat luka. Nak menyusu pun susah tau. Kurang air, macam mana susu nak banyak kan.

Menyusu badan secara eksklusif ~ Seeloknya dari masa anak diserahkan di dalam wad lagi ibu-ibu perlu mula menyusu. Walau sedikit sukar disebabkan kesakitan bekas pembedahan, biasanya ibu-ibu ini akan dibantu oleh jururawat bertugas. Penyusuan akan mempercepatkan pengecutan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah, sebab itu ianya amatlah digalakkan.

Mengambil suplimen zat besi dan multivitamin ~ bersalin secara pembedahan menyebabkan anda kehilangan darah yang banyak berbanding bersalin normal. Apabila kurang darah, perjalanan oksigen ke seluruh tubuh kurang, dan menyebabkan luka lambat sembuh. Mengamalkan suplimen ini akan meningkatkan tahap hemoglobin dgn lebih cepat.

Shaklee ada set berpantang yang sangat ohsem. Rata-rata yang guna rangkaian produk dalam set ni memang berpuas hati, dan badan pulih dalam masa yang sangat cepat. Kalau ditambah dengan Vivix, lagi lah puas hati. Vivix ni membaiki ke peringkat sel, dan bayangkan bagaimana ia berfungsi terhadap luka ceasarean anda. Parut pembedahan pun cantik, badan cepat cergas, susu banyak, anak menyusu pun dapat zat yang sangat berkhasiat.

Yang masih berkira-kira nak pakai produk mana ketika berpantang, mungkin boleh mempertimbangkan menambah Vivix di samping rangkaian produk lain dalam set bersalin Shaklee. Produk terbaik utk hasil terbaik 😉 Untuk pembelian set berpantang, klik pada gambar.

Set Pantang

Walau dah habis tempoh berpantang pun, ibu-ibu boleh terus mengamalkan set ni tau. Amalkan masa anak menyusu, sampai bila-bila. Tempoh penggunaan setiap satu produk tu pun lama. Serious, sangat untung. Tak seperti produk berpantang yang lain yang mana perlu habiskan waktu berpantang saja kan. Syue pernah macamni dulu. Sayang beli ratus-ratus. Habis pantang, banyak lagi baki. Nak makan dah tak berani. Jadi, buatlah pilihan bijak naaa ibu-ibu sekalian.

Andai ada sebarang pertanyaan atau 
ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
boleh hubungi Syue di salah satu medium ini 👇

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com