Penggunaan produk penjagaan muka sangat sinonim dengan orang-orang muda hari
ini terutama sekali wanita. Kena pulak produk sebegini tumbuh mengalahkan
cendawan tumbuh lepas hujan. Ramai yang teruja dengann iklan-iklan 'PUTIH SELEPAS 5
HARI' lah, 'PUTIH SAMPAI NAMPAK URAT HIJAU' lah. Sebab apa sampai wujud
iklan macamni? Sebab si penjual tahu sekarang ni ramai orang 'malas' dan
nak kesan segera. Akibatnya, si pembeli merosakkan rupa sendiri dan memberi
kesan yang sangat teruk.
Memilih produk yang tepat untuk kulit muka
adalah satu perkara yang penting; sama penting dengan penjagaannya. Bagi
sesetengah orang, suka buat konsep 'try and error' dalam memilih produk.
Dah buat muka tu macam makmal pulak; macam-macam jenis produk diuji. Ini
bukan cara yang betul tau. Untung kalau hanya sekali uji terus serasi.
Jika tidak, terpaksa merana dengan kulit muka yang rosak sementara nak
jumpa yg serasi.
Terdapat pelbagai faktor yang perlu
dipertimbangkan sebelum memilih produk penjagaan muka tertentu. Perkara yang perlu dipertimbangkan termasuklah kesan
secara keseluruhan dan faktor berkaitan bahan-bahan dalam produk itu
sendiri:
🌸 Kenalpasti jenis kulit. Ada yang kulit kering, ada yang normal, ada yang
kulit berminyak. Salah guna produk untuk jenis kulit yg berlainan
mungkin akan menyebabkan kerengsaan kulit atau alahan.
🌸 Jangan jadikan harga sebagai isu. Set penjagaan muka yang berkualiti
kebiasaannya mahal. Lihat saja yang dah lama dalam pasaran; SKII,
Shiseido, Clarins. Bukan murah kan. Sebab apa? Sebab syarikat yang
mengeluarkan produk penjagaan muka ini biasanya mempunyai RND mereka
sendiri. Bukan sekadar bancuh belakang rumah timbang kilo boleh main
letak harga sesenang itu saja. Jangan nak pertaruhkan kulit muka kita
pada produk yang kita tidak pasti sumber dan keberkesanannya walaupun
MURAH.
🌸 Selidik bahan-bahan yang digunakan dalam produk. Banyak kosmetik
menggunakan bahan-bahan berbahaya seperti paraben, merkuri,
hydroquinone. Ada orang tak selidik bahan-bahan ini kerana mereka hanya
mahukan kesan segera. Bahan-bahan ini bukan saja bagi kesan buruk pada kulit, malah
dalam jangka masa panjang boleh bagi kesan pada kesihatan badan. Seelok-eloknya
tumpu pada produk yang semulajadi atau organik. Walau dari segi harga
tinggi, tapi ianya berbaloi.
🌸 Produk yang melalui penyelidikan. Lebih elok jika kita buat beberapa
bacaan, dapatkan info dari pelbagai sumber berkenaan dengan produk yang
kita nak pilih. Produk yang melalui RND mungkin lebih meyakinkan kita
bahawa kita membuat pilihan yang betul.
Ini sekadar tips bagi memudahkan kerja korang memilih produk penjagaan muka. Boleh la ikut 😊.
Ramai yang tidak tahu Shaklee juga ada set penjagaan kulit muka. Mungkin
kurang menyerlah peranannya sebab orang lebih nampak Shaklee ni pada
makanan tambahan. Set penjagaan kulit muka itu adalah Set Nutriwhite
Shaklee Skin Care.
Sepertimana suplimennya juga, rangkaian
produk Nutriwhite ini ternyata semulajadi, selamat dan berkesan.
Dibangunkan oleh pakar penjagaan kulit dan saintis dari Jepun dan
Amerika bagi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi.
Ia bertindak dengan 5 cara:
✔ Menghalang - melindungi kulit dari kerosakan akibat sinar UV
✔ Mengurangkan - mengurangkan penghasilan melanin yang menyebankan kulit
gelap dan kusam. Penggunaan berterusan menjadikan kulit kekal dengan
tona yang sempurna.
✔ Menyekat - menyekat pigmentasi dari muncul di lapisan kulit
✔ Mencerah - menjadikan kulit cerah berseri secara semulajadi
✔ Memperbaharui - menanggalkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru
Mereka yang mencuba rangkaian Nutriwhite ni memang akan jatuh cinta dan
takkan beralih arah dah. Muka kita ni tak ternilai. Bagaimana kita
menjaganya menentukan persepsi orang lain terhadap kita. Muka cantik,
sikap baik, badan sihat, eloklah seiring kan.
Nak cuba rangkaian Nutriwhite? Boleh!
No comments:
Post a Comment