Korang nak tahu tak, sekarang ni ada lebih 1.86 billion pengguna Facebook aktif di seluruh dunia 😱.
Ramai kan? Kita kena faham yang Facebook bukanlah dibangunkan untuk perniagaan pada asalnya. Facebook dibangunkan untuk menghubungkan rakan-rakan; yang dah lama tak berhubung yang kita sendiri pun tak tahu cara macam mana nak berhubung atau berkomunikasi dengan mereka kembali. Sekarang, bukan sahaja setakat kawan-kawan lama, malah sesiapa sahaja yang berkawan dengan kita, selebriti, ahli-ahli ilmuwan dapat menjadi dekat dengan kita. Realitinya, Facebook mewakili pasaran yang ada potensi besar
untuk mereka yang menggunakan media sosial. Kita kena akui bahawa akan ada peluang memasarkan perniagaan jika kena dengan caranya. Jadi tak hairan lah
Facebook dijadikan sebagai medium utama dalam mempromosikan perniagaan
online.
Dalam bisnes, terutamanya bisnes online ni, kekerapan berkongsi sangat penting. Lagi
kerap kita berkongsi lagi orang PERCAYA kita. Percaya yang buatkan
orang nak beli sebab orang nampak kita tak main-main dengan produk ini.
Dalam masa yang sama, macam Syue sendiri bila melayari Facebook, bukan nak tengok produk semata-mata. Suka tengok orang post bab makanan, jalan-jalan, cerita anak-anak; macam-macam lah. Jadi Syue sendiri pun kadang-kadang ada juga berkongsi cerita hal lain selain bisnes. Cerita yang seronok-seronok, yang baik-baik. Tulisan yang baik insyaAllah pahala untuk kita juga kan? 😊
Konsep berniaga dalam Facebook, fokus dengan bisnes kita. Kita sebar kebaikan bisnes kita, produk kita. Ada kawan-kawan bisnes dalam jaringan Facebook kita, 'LIKE' pun sudah memadai. Sokong antara satu sama lain. Tak perlu nak iri hati dengan usaha orang lain.
Facebook ni dah jadi macam 'pejabat' kita. Kita ni yang perlu konsisten berkongsi. Rakan-rakan janganla cemuih pulak naaa sebab memang itu strategi pemasaran di Facebook ni haaa; kongsi, kongsi dan kongsi. Anggap jelah perkongsian kawan-kawan yang berbisnes ni sebagai 'iklan'. Boring kan kalau sepanjang hari mengadap Facebook asyik-asyik cerita yang serious saja, ye dak? Sedangkan TV pun pun ada iklan, ni kan pula Facebook 😁.

No comments:
Post a Comment