Kebaikan Bisnes Shaklee Dari Pandangan Diri Sendiri

syuesalim | April 24, 2017 | 0Komen |
Apa perkara yang kita boleh buat; pendapatan pun dapat, masa dengan anak-anak pun dapat, hidup bersosial pun dapat, kepuasan pun dapat? Berniaga dari rumah! Satu-satunya peluang yang boleh buat kita wanita ni jadi terbaik dalam segala-galanya. Kita lah bos, kita lah pekerja, kita lah ibu, kita lah cikgu, kita semua lah. Tak best ka? Tinggal di rumah dengan anak-anak pada masa yang sama ada duit masuk. Gila tak best 😄.



Bagi Syue, dalam banyak-banyak bisnes MLM yang Syue tahu, buat bisnes Shaklee ni lah paling mudah. Paling mudah nak kaya harta dan pahala. Bagaimana tu? Kaya harta; ramai SID berjaya smpai ke peringkat Master Coordinator dengan 'gaji tahunan' RM600 ribu setahun. Mereka ini bukan yang dah berumur tau. Kebanyakannya yang ada anak-anak kecil yang berderet-deret. Eh, tak tahu pun Shaklee ada sekaya itu eh. Tak tahu lah sebab diorang ni bukan jenis tayang banglo, kereta, duit berkepuk-kepuk. Tak perlu pun. Yang nampak hanya komited mereka terhadap bisnes Shaklee ni sahaja. Kaya pahala; produk berkualiti, selamat dan berkesan. Apabila kebaikannya dikongsi dengan orang lain, orang lain pun rasa kebaikan dia. Bukankah tersebar pahala tu? Sebab tu Syue kata mudah. Semua dari rumah saja!

Syue makan, Syue rasa kesan dia, Syue kongsi kebaikan dia; melalui FB, IG, blog; dalam masa yang sama masih lagi boleh handle kerja-kerja rumah. Multi-tasking sangat kan. Maklumlah, memang itu kelebihan orang pompuan kan . Yang penting, jadual mesti buat, to-do-list kena ikut, hubungan dengan Tuhan kena jaga. InsyaAllah segala dipermudahkan.

Satu saja prinsip yang Syue pegang. Jika kita buat kerja yang tak sesuai dengan kita, kerja itu hanya akan meletihkan kita dan kita akan suka berlengah-lengah. Jika kita buat kerja yang kita suka, automatik kita akan efisyen/cekap. Dedikasikan diri sepenuhnya pada perniagaan di rumah dan pada masa yg sama tidak abaikan masa bersama keluarga.

Nak cuba berbisnes macam Syue juga? 😊


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com