Berubah menjadi BAIK. Ada orang kata, susah nak berubah ni.
Sebenarnya, nak berubah ni semua orang mampu. Yang susahnya adalah NAK
dengan TAKNAK saja. Bila kita NAK berubah ke arah lebih baik, Allah akan
bukakan jalan, diberi kekuatan dan kemudahan dalam segala urusan kita.
Kalau dah TAKNAK, kita tetap akan mencari jalan atau alasan untuk taknak
berubah. Kan?
Jika kita nak berubah, kita kena bersedia untuk melalui proses. Orang yang baik, yang hebat biasanya dah melalui proses
hidup yang sangat mencabar. Bukan lahir terus jadi baik, jadi hebat.
Sedangkan orang alim pun melalui proses menimba ilmu agama dalam masa
yang cukup lama. Inikan pula kita yang baru nak berubah. Perubahan tak
semestinya dibuat secara besar-besaran. Perubahan yang kecil tapi
konsisten itu lebih baik.
Bagaimana?
💕 Matlamat kena JELAS. Jika nak jadi baik, tanya pada diri sendiri, baik yang macam mana? Jika nak hebat dalam perniagaan, sehingga tahap mana? Bila nak capai? Bila kita ada matlamat yang jelas, kita akan paksa diri untuk berusaha ke arah itu.
💕 Nak berubah tapi hanya NAK. Buatnya
tidak. Sebab apa? Sebab tak ada TEKAD. Tak ada tekad memang tak ke mana.
Keinginan yang kuat + tekad yang kuat akan menghasilkan perubahan yang
luar biasa. Proses perubahan akan melalui pelbagai rintangan dan dugaan.
Tekad yang kuat saja dapat bantu keinginan kita supaya tak berhenti di tengah
jalan.
💕 Penghalang perubahan ada pada HATI kita, maka bersihkanlah
jika ingin berubah. Bersihkan hati dari dosa, dari perasaan negatif,
dari berburuk sangka, lemah, takut, ragu, dan berbagai-bagai penyakit
hati lain. Jika hati dapat dibetulkan, kita akan berubah menjadi
seseorang yang jauh lebih optimis, semangat, dan memiliki energi yang
tinggi untuk berubah.
💕 KONSISTEN. Macam mudah tapi tak semudah
yang kita bayangkan. Berapa orang yang kata nak kurus tapi makan pun tak
jaga, senaman pun tidak. Semangat kena kuat supaya kita terus
konsisten. Untuk terus konsisten, motivasi kena kuat. Jangan sampai
berhenti di tengah jalan; sampai bila-bila pun takkan berubah.
💕 Kadang-kadang perubahan ini memerlukan masa yang lama. Sebab itu
perlunya sikap OPTIMIS, iaitu yakin yang kita boleh berubah, walaupun
kita telah melalui masa yang panjang tapi belum nampak hasilnya. Jaga
keyakinan itu sebab suatu masa nanti perubahan itu akan tiba juga.
Apa yang dinyatakan di atas, pesanan untuk diri sendiri juga. Bagaimana
untuk kuat dalam membuat perubahan. Mengubah hidup menjadi lebih baik
tak bermakna kita harus menyesal dengan kehidupan kita yang sekarang.
Kena banyak berdoa pada Allah supaya kita diberi kemudahan untuk kita
semua.
No comments:
Post a Comment