Diet yang sihat bermula dengan
pengambilan banyak sayur dan buah, tetapi beberapa jenis sayur dan buah
kegemaran korang pasti mengandungi kuantiti racun serangga / pestisid. Kita tak
nampak pestisid tu, sebab tu kita mudah ambil saja ambil buah dan sayur
tu dan terus makan, kan? Sepanjang hidup kita, agak-agak dah berapa banyak
'racun' ni masuk dalam badan kita eh? Perkataan 'racun perosak / pestisid' itu sendiri dah buat kita rasa tak
selesa kan, apatah lagi kalau terfikirkan kita menelannya secara sengaja. Gulp! 😰
Pestisid ini merupakan sejenis bahan kimia, yang digunakan untuk melindungi tanaman dari serangga, rumpai dan jangkitan. Dan kesan toksik ini tidak berakhir setakat itu sahaja. Apabila tanaman ini membesar, ia masih menyerap pestisid dan sisa-sisanya berlegar-legar pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran korang, dan ianya kekal di sepanjang perjalanan dari ianya dipetik hinggalah ke dapur korang, walau dah basuh sekalipun.
Kajian mengesahkan racun perosak boleh membahayakan kita. Bayangkan, penanam konvesional menggunakan racun perosak sintetik yang boleh merosakkan otak dan sistem saraf, mengganggu hormon dan menyumbang kepada kanser. Kajian juga menunjukkan ibu mengandung yang terdedah pada pestisid semasa tempoh kehamilan mereka, kebiasaannya melahirkan anak lebih awal dan beratnya lebih ringan berbanding berat bayi yang normal.

Pada kanak-kanak
yang sedang membesar, pendedahan terhadap pestisid ini boleh menyumbang
kepada masalah saraf, yang boleh menjejaskan keupayaan pembelajaran,
mengingat dan tumpuan. Kanak-kanak makan lebih banyak makanan berbanding
orang dewasa, dan badan mereka yang kecil juga kurang mampu untuk
memproses bahan kimia yang masuk ke dalam badan mereka. Kedua-dua faktor
ini menjadikan mereka lebih mudah terdedah pada kesan buruk pestisid
ini.
Ada sesetengah buah dan sayur mengandungi banyak pestisid
pada kulitnya. Ada sesetengahnya pula tak lah banyak sangat pun. Menurut
kajian, buah yang biasa terdapat banyak pestisid ini adalah epal,
strawberi, anggur, seleri, tomato ceri dan sayuran berdaun hijau.
Terkejut? Ya, itu hakikatnya. Sebab tu sekarang banyak kempen kesedaran
suruh ambil makanan organik. Tapi semua sedia maklum, tiada yang murah
pada organik ni. Pada yang mampu, syukurlah. Pada yang tidak? Basuh lah
elok-elok buah dan sayur yang dibeli. Bukan basuh sekadar nak buang
kotoran saja tapi untuk buang sisa-sisa pestisid. Kalau perlu kupas,
kupas lah. Kalau nak makan dengan kulit sekali, basuh lah dengan Basic H. Tiada lagi rasa was-was nak makan buah.
Sudah pasti kita tak mahu pestisid ini berada dalam badan kita kan.
Tapi hakikatnya boleh kah kita elak daripada ia terus masuk dalam badan
kita? Kalau dah TERmasuk tu, nak buat macamana yer? Ini lah pentingnya
SUPLIMEN. Pilih suplimen yang mampu untuk detoks segala bendasing yang
tak diperlukan badan. Pilih suplimen yang boleh baiki kembali sel badan
kita yang rosak akibat pencemaran pestisid ini. Pilih suplimen yang
mampu menghalang kita dari terdedah pada penyakit yang diakibatkan oleh
pestisid ini. Pilih suplimen yang semulajadi dan bebas bahan kimia.
"Zaman atok nenek moyang dulu tak payah pun makan suplimen, sihat ja."
Tak payah nak banding sangat la dengan zaman atok kita dulu. Zaman kita
ni zaman industrial age; zaman moden yang mana segala yang dihasilkan menggunakan
teknologi. Teknologi digunakan untuk memastikan haiwan, sayur
mahupun tumbuhan dihasilkan dan dibiakkan dengan cepat bagi memenuhi
permintaan seluruh penduduk dunia. Andai digunakan cara manual seperti dahulu, nak tunggu segalanya matang mengikut masanya, Syue pasti ada yang tak cukup makan.
Makan banyak sayur dan buah
bagus; satu-satunya pilihan paling sihat dapat kita buat walaupun sangat
sedikit yang mampu buat. Tapi penting juga untuk kita tahu bagaimana
untuk mengurangkan pendedahan terhadap racun perosak ini. Jangan kata
cik Syue tak habaq naaa. Sayanglah diri sendiri dan ahli keluarga kita.
No comments:
Post a Comment