Resepi Nasi Daging Paling Sedap di Dunia

syuesalim | October 07, 2014 | 8Komen |
Nasi daging memang sinonim dengan orang utara. Kalau dulu lah kan, tanya orang luar Kedah, mungkin tidak tahu. Tapi jangan pelik kalau ada orang Kedah pun tak tahu nasi daging ni. Mungkin sebilangan kecil sahaja. Tapi, itu dulu. 

Orang zaman sekarang, untung banyak. Boleh tanya pakcik Google ja. Jangan kata orang Kedah, orang luar Kedah pun dah pandai buat haa. Siap boleh buat menjual lagi tau. Tapi sebagaimana kita nak nasi kerabu hasil tangan orang Kelantan dan nasi dagang hasil tangan orang Terengganu, sama lah macam nasi daging ni.

Syue dulu pun memang tak tahu. Cuma ingat mak pernah buat. Tapi di zaman 'tak ambil tahu', hanya tahu makan saja. Bila dah kahwin, dah pandai masak sendiri, kena lah ambil tahu. Sesekali datang mood nak tukar selera nak makan selain dari nasi putih, apa salahnya cuba nasi daging.


Seperti nama nya lah, nasi daging adalah nasi yang dimasak dengan daging. Sepertimana usul asalnya, ia hanya diamakan dengan
air asam. Tiada lauk tambahan lain. Senang kan. Orang 'paling rajin' pun boleh buat nasi ni. hehe. Tapi nak dapat yang paling sedap, bukan senang ooo. Kalau tanya 10 orang lama yang tahu nasi daging ni, akan ada 10 macam resipi. Tak beza banyak mana pun ramuannya, tapi masing-masing ada rahsia sendiri nak bagi sedap. Jadi, kali ni Syue nak pecah salah satu rahsianya.

Tengok la gambar. Nampak sedap kan. Bukan nampak saja tapi dijamin sedap. Resepi ni Syue dapat dari kawan baik Syue masa kerja, Puan Nazriza. Dia, kalau buat rumah terbuka, nasi daging mesti ada. Trademark dia dah. Sedap nya lah haiii. Terima kasih Eja perkenalkan nasi yang sedap ni. Lap U lah! Makanya sekarang dah jadi trademark Syue pulak. Sebab kalau Syue yang buat makan-makan, nasi ni ja yang Syue pandai. hehehe. Oklah tu kan, membawa identiti Kedah tu sendiri. Bangga anak kedah baqhang!

Ok jom tengok resipi.

BAHAN-BAHAN:
(untuk 1kg beras = 1 kg daging [dipotong sebesar penumbuk])
(1 kg beras = 6 pot beras, jadi air = 7 pot [beras siam biasa])

Bahan-bahan untuk masak daging:
- 4 sdb jintan putih
- 1 sdb lada hitam
(kedua-dua bahan ini dikisar kering)

- 3 ulas bawang besar
- 5 biji bawang putih
- 1 inci halia
(campur bersama-sama bahan kering tadi, masuk sedikit air, kisar sekali)

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Tak perlu tumis bahan kisar. Masukkan sekali bahan kisar dan daging. 
2. Biarkan pada api perlahan sehingga daging masak/empuk. Perisakan dengan garam.

Bahan-bahan untuk masak nasi:
- Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
- 1 ulas bawang besar, 3 biji bawang putih, seinci halia (kesemua dihiris mayang)
- 1 sdb minyak sapi
- 2 sdb minyak masak
- 1/2 tin susu cair Ideal
- Sehelai daun pandan
- Garam secukup rasa

Cara masak:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis rempah dan bahan hirisan.
2.  Bila dah wangi, masukkan air. 
3. Kemudian masukkan susu cair dan garam. Biarkan mendidih sebentar.
4. Setelah mendidih, masukkan beras yang dah dibasuh dan ditos airnya. Kacau seketika.
5. Pindahkan ke dalam rice cooker, masak seperti biasa.

Waktu bila nak masukkan daging?
* Cara asal Puan Nazriza, daging yang dah masak tadi dimasukkan ketika nasi hampir kering
* Cara Syue, Syue masukkan daging tu awal; pada masa beras dipindah masuk ke rice cooker.

Mana-mana cara pun boleh; Syue dah cuba kedua-duanya. Bezanya jika daging dimasukkan lebih awal, nasi tu warnanya akan lebih gelap sebab ianya sebati dengan rempah pada daging tu. Bila nak hidang, ambil lah daging dari dalam nasi tu, hiris nipis-nipis. 

Nasi daging ni dimakan dengan air asam. Tak lengkap andai tiada air asam ni.
Jom lihat resepinya pula.

Bahan-bahan untuk Air Asam:
10 biji cili merah besar
15 biji cili kecil (cabai melaka kami panggil)
1/4 ketul belacan
1 sdb garam
Sedikit gula
(kisar halus kesemua bahan ini)
2 biji tomato
2 ulas bawang besar
(dimayang nipis)

Cara-cara:
- Campur kesemua bahan kisar dan hiris. Gaul sebati
- Boleh dicampur bersama-sama kerisik.

*Adjust tahap kepedasan sendiri ya. Resepi ni Syue memang ambil original dari tuan punya resipi. Pernah ikut sebiji-sebiji. Banyak dapat. haha. Kalau setakat untuk makan sekeluarga, boleh kurangkan bilangan cili tu.

SIAP!! Senang ja kan??

Konfem berpinggan-pinggan tambah. Sangat simple kan lauknya tapi memang ini jelah lauknya. Mengikut pengalaman saya, budak-budak tak pandai nak makan sebab tak ada kuah. hehe. Rasanya orang dewasa pun sama kot lagi-lagi orang luar Kedah. Boleh saja nak tambah kuah dalca. Tapi nasi kalau dah berperisa, makan nasi saja pun boleh kan.Tambah dengan papadom goreng ka, pun sedap. Yang  penting, lauk utama tu tak hilang. Cuba tau buat untuk open house; hari raya, hari tak raya, makan tengahari. Boleh ja aih makan bila-bila.

Takut kolestrol? Owh, daging kan. Jangan risau. Tiada masalah lah. Syue cadangkan ambil Set Kolestrol, gabungan Phytocol-ST & OmegaGuard Shaklee. Gabungan kedua-dua rakan baik ni boleh menghalang kolestrol jahat menempek dalam pembuluh darah & boleh juga untuk buang kolestrol sedia ada. Melancarkan pembuangan air besar juga. Anda boleh order set kolestrol dan pada masa yang sama boleh makan nasi daging tanpa perlu risau kolestrol! Untung ke tidak? hehehe.

Selamat Mencuba!




8 comments:

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com