Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

Kenapa Mesti Ada Kemajuan?

syuesalim | May 03, 2018 | 0Komen |
Kenapa kita mesti ada kemajuan untuk setiap apa yang kita lakukan?

Tak kira lah apa peringkat kehidupan kita, ada keadaan kita akan rasa stuck kan. Rasa macam tak boleh ke mana-mana. Sebab tu kena ada kemajuan. Buatlah apa jua kemajuan, kecil atau besar, boleh buat kita rasa lebih bersemangat dan boleh terus jalani hidup.

Syue bagi contoh macamni lah. Bermula dari zaman kita kecik dulu hingga ke zaman sekarang, teknologi lah yang paling cepat tunjuk kemajuan kan? Lagi-lagi handphone. Dulu kita boleh hidup tanpa handphone. Masih boleh teruskan kehidupan macam biasa. Tapi zaman sekarang? Apa rasanya kalau kita masih hidup macam zaman dulu? Tak perlu pun handphone? Orang lain dah expert guna macam-macam app, kita hanya tahu jawab call & berSMS saja. Ketinggalan kan? Stuck kan? Hidup tak seiring dengan kemajuan.

Rumah Idaman Syue?

syuesalim | May 02, 2018 | 0Komen |
Gambar Hiasan

Rumah adalah tempat di mana kita dapat berlindung dari hujan, panas, ribut dll. Setiap orang mempunyai pilihan sendiri mengenai jenis rumah yang mereka rasa selesa untuk hidup, macam tu lah jugak Syue. Kalau hangpa penah tengok cerita kat channel HGTV, rumah tepi tasik, tepi laut, dalam pulau, segala bagai lah...memang buat telan ayaq lioq 😋

Kenapa Shaklee?

syuesalim | May 02, 2018 | 0Komen |

Tahu tak, 103 tahun yang lepas, Dr Forest Shaklee telah membangunkan multivitamin pertama di dunia iaitu Vitalized Mineral, yang mana sekarang ni dipanggil Vitalea. Shaklee ni juga perintis kepada suplimen yang ada dalam pasaran sekarang tau.

Shaklee adalah satu-satunya syarikat suplimen yang paling lama bertahan sehingga sekarang. Produknya diterima oleh mana-mana negara di dunia. Ia selari dengan slogannya 'semulajadi, berkesan, selamat'. Kesemua bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu produk adalah dari sumber semulajadi dan setiap satunya melalui beribu-ribu kajian saintifik bagi memastikan kualiti terjaga, selamat diamalkan dan terjamin keberkesanannya. Itu yang menjadikan Shaklee ini cukup hebat!

Apa Yang Syue Perjuangkan Dalam Shaklee

syuesalim | February 11, 2018 | 3Komen |

Bila involve dalam Shaklee ni kan, banyak yang Syue belajar, banyak yang Syue perhati. Ianya bukan semata-mata ko kena menjual barang. Ianya lebih dari itu. Ia lebih kepada perjuangan untuk mewujudkan kesedaran kepada seluruh manusia di Bumi ni betapa pentingnya kita menjaga kesihatan diri dan juga kesihatan Bumi. Kalau kita tak sihat, bagaimana kita nak teruskan kehidupan dengan sempurna. Kalau Bumi kita tak sihat, bagaimana kita nak wariskan ke anak cucu kita?

Jadi apa sebenarnya yang Syue perjuangkan dalam Shaklee ini?

Ketakutan Yang Syue Perlu Lawan

syuesalim | February 11, 2018 | 0Komen |

Kita biasa sangka yang kita boleh hadapi kehidupan kita tanpa ragu-ragu, tetapi realitinya, kita takut dengan banyak perkara. Betul tak?

Kita manusia, dan ada ketika bila datang ketakutan tu, sebolehnya kita ingin meletakkan keyakinan dan pura-pura yang kita kebal terhadap perasaan itu. Pernah ada tak perasaan macam ni? Syue tak cakap tentang ketakutan terhadap orang, serangga atau ketinggian. Syue memaksudkan ketakutan yang kita perlu tempuh dlm kehidupan.
SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com