Kata orang, memasak ni terapi untuk orang yang gemar memasak. Kalau yang tak gemar? Masalah besaq woo! 😁
Kebanyakan dari kita, orang perempuan khususnya, menghabiskan banyak masa
di dapur. Tak salah pun. Kalau kita nak sesuatu yang berkualiti untuk
keluarga apa salahnya sekali sekala duduk lama sikit. Tapi kan, Syue rasa
'bertapa di dapur' tak perlu sampai jadi full-time job kot; 5-6 jam di
dapur, setiap hari habuan sedia makanan saja?(kecualikan mereka yang
berniaga). Hishh...tak efisyen kot. Lagi-lagi pada mereka yang menjalankan
bisnes dari rumah, ada anak-anak kecil, mana boleh menghabiskan masa di
dapur sahaja 😂.
By the way, cantik kan dapur ni? Dapur sebegini cantik memang Syue tak tolak nak duduk berjam-jam kat sini..hehehe
By the way, cantik kan dapur ni? Dapur sebegini cantik memang Syue tak tolak nak duduk berjam-jam kat sini..hehehe
Meh nak bagi beberapa tips yang praktikal yang boleh korang jimatkan
masa berada di dapur. Syue tak mau bagi tips sedia bahan awal-awal; siang,
blend, defrost semua tu sbb Syue rasa ramai semua dah tau. Syue nak cerita
bab 'cepat' ja. Haha.
Syue bukan lah tukang masak professional. Jauh skali nak dapat title tu 😄.
Masak untuk keluarga tu, boleh lah. Tp Syue ada seorang kenalan yang
berniaga. Satu perkara yang mengagumkan Syue adalah kerja beliau di dapur
sangat cepat. Kita tolong pun takkan cepat macam dia buat kerja sorang.
Haha. Jadi kalau kita lebih concern bab masa ni, KENA BELAJAR BUAT CEPAT; tiada kompromi.
SEDIAKAN MENU. Buat ja menu untuk seminggu; tak jadi itu cerita lain.
Haha. Bila ada menu ni kan, kita cenderung untuk fokus menyediakan
barang untuk menu tu sahaja; dari membeli hinggalah penyediaan sebelum
masak. Takdak la nak meleret-leret nak tambah barang yang bukan-bukan kan. Takdak
lah setiap kali masuk dapur, termenung dulu 'nak masak apa harini eh?'.
Tak kata kat hangpa, cheq sendiri pun biasa buat...hahaha... Jadi lepas
ni, nak cepat jom kita cuba praktikkan sedia menu awal-awal naaa.
Syue suka berangan kat dapur 🙊.
Ka memang lumrah orang perempuan suka berangan? Sebetulnya bukan
berangan; lebih kepada perancangan. Banyak kerja dah list dalam kepala.
Even masa basuh pinggan tu pun dah macam-macam benda fikir; nak buat tu nak
buat ni selepas ni. Fly ke Iceland, nak beli butik LV..oppss..tu
selingan saja. Haha. Tengah buat kerja di dapur pun, boleh pergi basuh
baju, lepas tu nampak anak sepah mainan; kemas pulak mainan. Kerja kat
dapur tadi tak habis-habis. Apa nak buat andai ada perangai macam ni? Belajar
FOKUS. Setelkan kerja di dapur dari mula masuk sampai keluar. Pejam mata sekejap pada hal-hal lain yang menyelit tu. Kurang
berangan, kuraang gangguan, kuranglah masa terbuang.
PRACTICE makes perfect. Haaa,
pepatah omputih yang kita selalu guna. Jika kita selalu buat perkara yang
sama, bukan saja kita akan jadi lebih baik, lebih yakin malah jadi lebih
cepat. Contohlah, jumpa satu resipi. First time masak mungkin ambil masa
30-45 minit, sambil tengok resipi pulak tu kan. Bila dah jadi favourite
dish, kita selalu masak, mungkin tak payah tengok resipi dah dan masa
masak mungkin dah berkurang ke 10-15 minit. Jimat masa kan.
CABAR KEPANTASAN diri sendiri. Haaa, macamana tuh. Cuba tengok macamana
kita potong daun, kupas bawang, siang ayam ikan. Berapa lama kita ambil
masa nak buat semua tu? Kalau berminit-minit hingga ke berjam-jam, apa kata
cabar diri upgrade skill cuba buat masa lagi kurang dari tu. Mungkin
perlu belajar skill kupas bawang 10 saat, atau siang ayam ikan 5 minit.
Tu contoh, tapi mana tau boleh kan 😁.
Contoh perkakasan dapur moden |
Secara keseluruhan, bukan resipi yang
khusus yang menjimatkan masa anda di dapur, tetapi teknik, kepantasan dan
kecekapan yang wujud dari latihan dan kemahiran yang betul. Tips Syue
bagi ini nak bagi mereka rasa kurang stress berada di dapur. Belajar
sedikit-sedikit, lama-lama cekap lah. Kalau rasa stress nak kena siap meal dalam
masa 10 minit, relaks. Kita bukan tukang masak profesional; takkan kena
pecat punya kalau makan malam lewat 10 minit pun kan 😁.
No comments:
Post a Comment