Kali ni nak share resepi fillet ikan. Awai-awai dulu Syue ingat fillet ikan boleh buat fish and chips saja tau, rupanya boleh variety. Orang melayu ni kan cukup kreatif. Nak juga makan dengan nasi makanya kena lah olah bagi fillet tu jadi 'lauk' kan. Kalau di google, kebanyakan buat celup tepung. Jadi, jom try tengoklah macamana.
Sebenarnya ni 1st time Syue masak guna fillet ikan ni. Punca boleh terbeli ikan ini sebab anak Syue si Syamil tu dok mintak nak 'ikan sedap'. Hanya Syue yang tahu 'ikan sedap' tu ikan apa. haha. Alkesahnya, ada sekali haritu kami berbuka puasa di Holiday Villa Doha. Ada menu BBQ. Jadi, Syue ambillah ayam, daging, udang, lambchop, termasuklah fillet ikan. Si Syamil ni dah tak layan makanan dah...kenyang kot tapi sebab mama dia ambil, dia nak tumpang rasa sikit. Dia memang tak layan ayam daging sebab dia tak makan (sebab dia malas mengunyah...haha). Jadi Syue bagi udang dengan ikan. Sekali bagi ikan, punyalah laju sampai tak tinggal langsung kat mama. Ai, kata nak rasa sikit. Siap suruh ambil lain. Syamil ni memilih makan ikan. Dia layan ikan tenggiri dan salmon ja. Eksyen betul kan. haha. Jadi, bila tengok dia makan ikan ni Syue seronok pulak. Memang berazam kena cari lah.
Memang tak boleh agak ikan apa (takkan nak tanya hotel pulak kan). Jadi Syue cuba google lah fillet ikan. Kebanyakan resepi tunjuk guna ikan dori. Tapi rupa macam ada ala-ala fillet hotel tu, boleh lah. Try cari dulu kat Lulu yang kat tempat frozen tu. Takdak pun ikan dori, tapi jumpa yang macam ni.
White Fish. Ikan putih kot eh. hehe. Kebetulan 3pek QR20, 1 pek ada 3 keping besar-besar, lagi huntung, so sambar yang ni ja. Tak main dah sepaket. haha. Janji fillet.
Sebelum buat resepi ini, Syue try dulu grill bodo 1 keping. Alah, tabur garam dengan lada sulah. Bila makan, yessss. Ini la ikan dia. Rasa lembut lembik tuh. Bagi ke Syamil, dia skali hadap, khalassss. Suka betul dia makan. Makanya di hari lain, takkan nak grill bodo lagi. Nak makan style lain pulak. Maka Syue Google lagi, banyak Syue tengok ikan ni dibuat celup tepung & dituang kuah atasnya. Untuk bancuhan tepung, Syue tengok beberapa resepi sama saja. Sos masam manis pulak Syue ambil dari buku resipi chef Hanieliza. Nak belasah aje pun boleh tapi awai-awai percubaan mana boleh derhaka. Lama-lama dah pandai bolehlah sikit-sikit derhaka. hehe. Jom cuba.
Untuk bancuhan tepung:
4 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
1 biji telur
Garam. lada sulah, air
~ Kesemua bahan ni, bancuh pekat tau, baru rangup
~ Macam Syue, Syue guna 2 keping fillet, jadi Syue doublekan bancuhan
Cara-cara:
- Ikan defrost dulu tau (keras tak boleh potong..hehe)
- Kemudian dipotong kiub (Bila potong saiz kiub, 2 keping fillet dapat banyak giler..haha)
- Perap dulu dengan garam dan lada sulah.
- Kemudian celupkan ikan dalam bancuhan tepung tadi, goreng dalam minyak yang panas.
- Maka jadi lah macamni
Macam cucoq cempedak..haha
Sementara tunggu goreng tadi, boleh lah sedia bahan untuk buat sos. Syue ambil sos/kuah masam manis ni dari resipi ikan masam manis buku chef Hanieliza.
Bahan untuk sos:
5 biji bawang merah (Syue gantikan dengan 2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
1/2 cawan air
1 biji tomato (Syue tak letak)
Sayur campuran/Mix vege (Syue tambah)
Daun bawang dan daun sup
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Tumiskan bawang2 dan halia sehingga kekuningan dan wangi
- Selepas itu masukkan sos2 dan air, masak sehingga agak pekat
- Perisakan dengan garam dan gula (jika perlu)
- Tuang pada ikan yang dah digoreng tadi dan bolehlah dihidang
~ Sedap kalau dihidang panas-panas
Amacam? Lulus kan? |
Ikan dahla banyak, tapi kuah tak double kan pulak. Bijak betul Syue. Nampak tak cukup kuah lah ikan Syue ni. haha. Tapi si Syamil tak gemar ada kuah gini rupanya walaupun abah dengan abang dia hadap macam tak pernah jumpa. Dengan kembar pun sekali join. haha. Syamil suka yang celup tepung tu saja. Mana taknya, awai tadi dah berapa banyak dia belasah. Asal angkat dari kuali saja, dia makan dulu. Mama pun join sama. haha. Takpa, tau dah lepas-lepas ni ikan ni nak dimasak apa. Syamil punya pasal, mama takdak hal.☺
Tapi tak rugi cuba. Sedap dan senang. Sesekali nak kelainan kan, apa salahnya. Cuba jangan tak cuba!
Tq syuhada.. akak dh try, sedap sgt. Tepung dia rangup. Akk buat 2 bahagian, satu curah kuah, satu tanpa kuah. Anak mmg suka la yg xdak kuah tu
ReplyDeleteTelur tu campur sekali ke dengan adunan tepung?
ReplyDeleteTAK SALAH MENCUBA.Kita mesti ade ideatersendiri untuk memasak kan?..
ReplyDelete