Omega Mengawal Keradangan

syuesalim | April 19, 2017 | 0Komen |
Pernah tak rasa ibu jari bengkak, sakit, kadang-kadang rasa macam panas saja? Pelik kan kadang-kadang tiba-tiba saja ia muncul. Kalau anda nak tahu, anda mungkin mengalami keradangan. Keradangan (inflammation) adalah tindakbalas badan melindungi diri. Matlamat dia adalah untuk mengeluarkan rangsangan yang berbahaya, termasuk sel-sel rosak, iritasi atau patogen, dan memulakan proses penyembuhan. Ia digambarkan dengan ciri-ciri berikut: kemerahan, panas, bengkak, sakit dan kegagalan fungsi.



Konsep dia macam ni. Bila sesuatu yang berbahaya serang pada salah satu bahagian badan kita, terdapat satu tindak balas biologi untuk cuba mengeluarkannya. Tanda-tanda dan gejala keradangan, khususnya keradangan akut, menunjukkan badan sedang cuba untuk pulih dengan sendirinya.

Peringkat awal keradangan dipanggil kerengsaan (irritation). Selepas itu barulah keradangan. Selepas itu biasanya diikuti oleh pengeluaran nanah (suppuration). Kemudian terjadi pembentukan luka-luka kecil.
Proses keradangan ini dikelaskan sebagai acute, biasanya berakhir selepas beberapa hari.
 
Keradangan bukan lah jangkitan (infection) walaupun ada sesetengah jangkitan menyebabkan keradangan. Jangkitan disebabkan oleh bakteria, virus, atau kulat, manakala keradangan adalah tindak balas badan terhadapnya. 


Bukanlah jahat keradangan ni. Ianya sebahagian dari tindakbalas imun badan. Tanpa dia jangkitan luka tak boleh sembuh. TAPI, sekiranya keradangan ni tak dapat dikawal, ia boleh merosakkan badan. Contoh seperti rheumatoid arthritis, psoriatic arthritis dan gouty arthritis.

Dalam kes keradangan seperti arthritis, sistem pertahanan badan mencetuskan tindak balas keradangan apabila tiada penceroboh asing untuk diorang lawan. Ini dipanggil penyakit autoimun. Sistem imun yang biasanya menjadi pelindung badan, menyebabkan kerosakan kepada tisu sendiri. Badan bertindak balas terhadap tisu-tisu sihat; seolah-olah tisu sihat ini dah dijangkiti atau tak normal.

Keradangan yang berterusan dalam jangka masa panjang dipanggil keradangan kronik. Keradangan yang berterusan ini boleh menyumbang kepada berlakunya sakit jantung dan kanser.

Jadi, apa tindakan kita untuk mengatasi keradangan ni? Banyak kajian menunjukkan omega-3 dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko kepada penyakit autoimun ini. Omega 3 ditukar kepada sebatian yang 10,000 kali lebih kuat daripada asid lemak asal. Kajian mendapati laluan yang sama yang menandakan permulaan keradangan juga termasuk 'suis tutup'. Jadi, fungsi omega ini, ia akan meletakkan 'brek' pada proses aktif keradangan ini dan menyebabkan ia berhenti terus.

Apa sumber omega-3? Jenis ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin adalah antara sumber omega-3 tertinggi. Walau bagaimanapun, untuk dapatkan manfaat omega-3 ini, anda perlu makan ikan ini beberapa kali seminggu, dan perlu dimasak dengan cara yang sihat; bakar, steam.



Tak suka ikan? Boleh lah berjinak-jinak dengan suplimen minyak ikan ya. Pastikan anda pilih minyak ikan dari syarikat yang terjamin keberkesanannya. Bagi saya, semestinya Omega Guard Shaklee. Sebab apa?
✔Diekstrak dari ikan laut air sejuk yang didapati di perairan air Jepun.
✔Minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi.
✔Menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal terknologi terkini
✔Dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega yang paling tulen dan semulajadi.
✔Bukan daripada hati minyak ikan

Bukan calang-calang minyak ikan Omega Guard ni tau. Bagi yang rasa-rasa anda atau orang tersayang disekeliling anda mempunyai tanda-tanda menghidap keradangan, boleh ikhtiar dengan Omega Guard ini. Nak cuba buat pembelian sendiri? Boleh beli di sini 👇.



omega


ATAU

Andai ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan produk ini atau ingin
membuat pembelian rangkaian produk Shaklee yang lain,
boleh hubungi Syue di sini:

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com