Kebas Kaki dan Tangan Ketika Mengandung? Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya

syuesalim | August 23, 2015 | 1Komen |
Untuk individu biasa, kebas adalah keadaan di mana bahagian badan seseorang mengalami kurang rasa (sensation). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh saraf periperi terhimpit. Bagi ibu mengandung pula, perkara ini sering berlaku dan kebiasaanya kebas ini berlaku pada jari tangan dan kaki. Malah ada yang rasa sakit apbila digerakkan. Dalam hal ini wanita mengandung perlu mengetahui kenapa keadaan begitu boleh berlaku.
Apa penyebab rasa kebas kepada ibu mengandung?
Keadaan jari tangan dan kaki kebas dan boleh jadi sakit apabila digerakkan adalah disebabkan oleh penimbunan cairan tubuh yang berlebihan. Penimbunan cairan dapat dilihat menerusi bengkak pada kaki, tangan ataupun muka yang sembap. Pada trimester kedua dan ketiga, keadaan kebas akan lebih terasa.

Tidur beralaskan lengan
Ianya akan menjadi lebih teruk jika wanita hamil ini mengambil makanan yang masin atau makanan yang banyak kandungan garam. Unsur garam dalam makanan akan menyebabkan air ditahan di dalam tubuh dengan lebih banyak. Sekiranya keadaan disertakan dengan tekanan darah tingi dan adanaya protein dalam urin, ibu hamil bakal berdepan dengan pre-eclampsia. Pre-eclampsia bahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Sebab yang lain adalah ketika bangun dari tidur. Ini boleh disebabkan posisi tidur atau berlaku penekanan pada lengan atau pergelangan tangan ketika tidur. Namun ini tidaklah membahayakan ibu mahupun bayi.

Jadi, apa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya?
Wanita yang sering sangat mengalami kejang ataupun kebas ini disarankan mengambil lebih kalsium dan kalium, minum air secukupnya, jaga pemakanan terutamanya makanan yang mengandungi banyak garam. Buat senaman ringan dan pastikan anda dapat rehat yang cukup. Posisi tidur yang menyebabkan penekanan bahagian kepala atau badan ke atas tangan atau pergelangan tangan seharusnya dielakkan. Tidur beralaskan bantal sebaiknya.

Cara-cara lain yang boleh dilakukan:
Cara-cara ini boleh melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan sendi sekaligus dapat meredakan rasa kebas
 
Warm compress
- Rendam kain dalam air panas, perah lebihan air, tekapkan pada tempat yang kebas lebih kurang 5-7 minit. Ulang beberapa kali sehingga rasa kebas hilang

Urutan

- Guna sedikit minyak atau apa-apa minyak yang sesuai, urut secara membulat pada tempat yang terasa kebas dalam 5 minit sehingga reda
Senaman
- Senaman tangan yang mudah; satukan jari-jemari dalam keadaan posisi bersilang dan luruskan kedua-dua siku dan tolak kedua-dua tangan ke atas separas dengan bahu. Lakukan untuk beberapa ketika
- Angkat kedua-dua belah tangan ke atas, kemudian turunkan kedua-duanya secara perlahan-lahan. Juga lakukan beberapa ketika.

 Moga bermanfaat ;p


1 comment:

  1. Thank you for posting this awesome article.
    I'm a long time reader but I've never been compelled to leave a comment.
    I subscribed to your blog and shared this on my Twitter.
    Thanks again for a great post!

    ReplyDelete

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com