Pendedahan Terhadap Toksin: Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Suplimen

syuesalim | May 20, 2017 | 0Komen |

Setiap hari, kita dikelilingi oleh bahan beracun. Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah dengannya sejak kita dilahirkan tau 😱. Bahan beracun ini dipanggil TOKSIN. Kesihatan kita sebenarnya terjejas lebih banyak dari apa yang kita tahu, bergantung kepada berapa banyak kita terdedah kepada toksin secara tetap. 

Penting untuk kita tahu bahawa toksin ini boleh didapati dari luar badan atau wujud dari dalam badan.
Contoh toksin luaran: pencemaran, asap rokok pasif, racun perosak, pewangi, bahan pencuci
Contoh toksik dalaman: bakteria jahat, jangkitan virus, stress, anxiety, berfikiran negatif
Kesemua toksik luaran dan dalaman ini menyumbang kepada 'beban toksin'. 

Kajian menunjukkan kebanyakan dari kita mempunyai antara 400-800 sisa kimia yang disimpan dalam sel-sel badan kita 😱. Terkejut lagi. Huhu. Bahan kimia yang tak dapat dikumuhkan dari tubuh, akan ke organ hati, dan kemudiannya berubah kepada sel lemak dan disimpan dalam organ-organ seluruh badan. Bila toksin tadi melebihi had daripada yang sepatutnya dikumuhkan oleh badan, ianya akan terus kekal dalam badan. Bahan kimia dan logam berat inilah yang akan membentuk 'beban toksin' dalam badan kita. Ia boleh menjejaskan kesihatan fisiologi dan psikologi kita dan mencetus kepada penyakit kronik. 

Bahan kimia yang tersimpan dalam badan kita ini akan mengubah metabolisme kita, menyebabkan enzim kurang berfungsi, ketidakseimbangan hormon, kerosakan otak dan penyebab kanser. Disebabkan bahan kimia ini terkumpul di bahagian yang berlainan dalam badan pada kadar yang berbeza dan pada kombinasi yang berbeza, dikhuatiri ianya akan mencetus pelbagai jenis penyakit kronik. 

Bayangkan berapa banyak toksin yang dah terkumpul sejak lahir, dan bayangkan andai kuantiti toksin yang terkumpul dalam badan kita ni cukup untuk bagi kesan ke atas kesihatan kita. Setiap orang mungkin berbeza tapi kesan toksin ni boleh macam-macam; dari seringan-ringan penyakit sehinggalah ke penyakit kronik seperti sakit jantung atau kanser sehingga boleh menyebabkan kematian. Nauzubillahi minzalik.

Tanda-tanda awal badan kita mengandungi toksin termasuklah sakit kepala, masalah kulit, keradangan, keletihan kronik, penyakit autoimun dan banyak lagi. Jelas toksin wujud dalam badan dan hanya dengan detox sahaja kita boleh singkirkan toksin dari dalam badan kita. 

Shaklee sangat mengambil berat berkenaan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan manusia ini dah sebab itulah terhasilnya gabungan produk detox untuk Program Detox Shaklee yang diyakini dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Andai kita rasa tanggungjawab untuk bebaskan diri kita dari toksin, kita sendiri yang kena bertindak.

Apabila kita mengurangkan pendedahan badan kita terhadap toksin, badan kita akan rasa lebih baik lebih ringan kerana kita dah buang satu beban besar yang ditanggung oleh hati dan organ-organ lain. Detox menjadikan kita lebih efisyen.

Berminat nak ikuti program detoks bersama Syue? Hubungi Syue di sini 👇. Syue boleh guide anda satu persatu. Ambil masa untuk kenal detox. Pilih cara hidup yang lebih baik.
 

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com