Kita PERLU Suplimen Kerana Ianya Bukan Lagi Pilihan

syuesalim | April 20, 2017 | 0Komen |
Mungkin korang ada pernah baca percanggahan pendapat berkaitan suplimen kan. Percanggahan berkenaan perlu atau tidak makan suplimen. Makanan yang semakin macam-macam. Kena pulak dengan bermacam-macam multivitamin, mineral dan makanan tambahan yang ada dalam pasaran sekarang ni, tak hairan lah ramai orang boleh konfius. Kenapa Syue menekankan sangat bab suplimen? Syue dulu tak ambil peduli pun bab suplimen ni. Bila dah terlibat dengan Shaklee, syukur didedahkan dengan ilmu dan kesedaran tentang perlunya ambil suplimen ni.

Tahu tak korang, kita dah semakin sukar untuk mendapat makanan yang padat dengan nutrisi yang berkualiti, seperti dalam daging atau sayur-sayuran. Sumber makanan kita tak macam dahulu; masih padat dengan nutrisi, masih cukup khasiat walau makan sepinggan. Walau kita mengikuti diet yang tinggi protein dan sayur-sayuran, kita dah tak boleh bergantung sepenuhnya pada makanan tersebut. Sebab apa? Sebab makanan kita tu sendiri dah kurang nutrisi! Apa yang berlaku bila kita kekurangan nutrien? Kekurangan nutrien boleh menjejaskan prestasi kita, menyebabkan kerosakan DNA, membuat kita semakin cepat tua, dan menyumbang kepada penyakit kronik.

Tak cukup yakin kenapa kena ambil suplimen?

'Makanan harian dah cukup lengkap. Tak perlu suplimen.'
Yakin makanan kita lengkap? Kita tahu tak bagaimana proses sebelum makanan tu sampai kat kita? Amalan pertanian sekarang mengurangkan nutrien penting dalam tanah. Apabila tumbuhan ini ditanam di atas tanah yang sama, tanah kehilangan vitamin, mineral, dan mikrob lebih cepat. Dari masa ke masa, tumbuh-tumbuhan mempunyai kurang nutrien untuk membesar. Baja pula hanya mengandungi nutrisi yang cukup untuk terus hidup sehingga penuaian, tetapi tidak cukup untuk menyokong kesihatan manusia. Itu belum lagi ditambah dengan penyemburan racun perosak. Mesti ada untuk memastikan tanaman ini tidak dirosakkan dan segar hingga ianya dituai.


Selain itu, kebanyakan tumbuh-tumbuhan tidak dituai segar. Selepas dituai, duduk pula di atas trak, selepas tu rak kedai, dan kaunter. Berapa tempat dia singgah sebelum sampai ke kita untuk makan. Proses tu saja dah menyebabkan kehilangan pertausan kandungan nutrien tumbuh-tumbuhan yang besar. Sampai pada kita, sikit saja nutrien yang tinggal. Itu pada buah-buahan dah sayur-sayuran. Bagaimana dengan produk daging pula? Apabila tumbuhan mengandungi kurang nutrien, haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan ini juga kekurangan zat makanan. Mana mungkin pengeluar nak jual haiwan yang kurus keding kan. Dah dicucuk pulak nak bagi cepat matang, cepat terjual.

Dari situasi di atas, tidakkah timbul kerisauan di hati korang dengan makanan yang korang makan selama ni?

"Saya dah sihat. Tak perlu suplimen"
Haaa...jangan cakap besar sangat. Nikmat sihat ni bila-bila saja boleh ditarik balik andai kita leka. Jangan fikir selagi tak terlantar di katil hospital kita masih sihat. Andai kita seorang yang  tak pandai atau tak peduli nak kawal cara makan, malas bersenam, asyik makan di luar, order makanan tinggi kandungan MSG, diet tak tersusun, merokok, tidur lewat, mungkin anda kena buat pertimbangan semula. Tahu kan itu semua gaya hidup yang tak sihat. Bila ada gaya hidup macamni, lagi lah kita kena ambil suplimen.
 
"Orang sakit lagi la tak payah suplimen"
Betul. Orang sakit tak payah suplimen; dia kena kena ambil ubat. Tapi ada manusia ni jenis nya; dah la sakit, makan ubat pun takmau. Dah apa yang dia nak sebenarnya? Berbaring dengan harapan esok bangun pagi sakit tu hilang terus. Seeloknya, nak elak bagi kena sakit, amalkan makan suplimen. Suplimen ni kita kena faham konsep dia. Melengkapkan nutrisi yang tak cukup dalam badan. Kalau nak kena juga sakit tu, mungkin risiko kena penyakit tu tak seteruk berbanding mereka yang tak ambil langsung.

Suplimen bukan lagi pilihan; ianya KEPERLUAN! Tapi tapi tapi, nak ambil suplimen tu, tolonglah selidik betul-betul. Janganlah ambil suplimen tangkap muat; sebab dia paling laris dalam pasaran atau sebab dutanya artis kegemaran. Janganlah ambil suplimen yang tak tahu dari mana puncanya. Jangan lah nak dengar kata-kata penjual suplimen yang pujuk nak suruh ambil produk mereka yang katanya boleh merawat macam-macam penyakit. Akhirnya yang merana adalah yang mengambilnya tu. Sihat tak dapat, siap bertambah melarat pula.

Jika tanya Syue? Syue amat yakin dengan suplimen pilihan Syue.
Always Safe
Always Work
Always Green

Badan kita, amanah dari Tuhan. Tanggungjawab kita. Jaga la elok-elok.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com