Kenapa SCP Kolagen Terbaik Dalam Pasaran?

syuesalim | May 29, 2017 | 0Komen |
Kolagen. Sangat popular pada masa sekarang. Lambakan makanan tambahan berasaskan kolagen menunjukkan bahawa semakin ramai yang mengambil berat mengenai kesihatan kulit. Tak kira lah sama ada dalam bentuk serbuk, atau pil, atau dah terkandung dalam minuman, kebanyakan mendakwa dapat mencantikkan kulit anda dari dalam dan luar. Tetapi, adakah makanan tambahan kolagen ini benar-benar berfungsi?


Kolagen adalah komponen protein semula jadi kulit yang bertindak seperti blok utama untuk sel-sel, tisu dan organ-organ. Kira-kira 1/3 daripada kandungan protein dalam badan terdiri daripada kolagen, yang terdapat dalam tulang, otot, dan tisu organ-organ. Kolagen, keratin dan elastin memberikan kulit kekuatan, keanjalan dan struktur.

Walau bagaimanapun, pengeluaran kolagen beransur-ansur berkurang seiring dengan peningkatan usia. Inilah sebabnya mengapa kulit menjadi lebih berkedut dan sendi menjadi kurang stabil. Wanita menghasilkan kolagen kurang daripada lelaki, dan kolagen ini hilang pada kadar kira-kira 1% setahun. Ini bermakna bahawa seorang wanita telah secara semula jadi kehilangan hampir separuh daripada kolagen dari kulitnya pada usia 50!

Kolagen juga boleh terjejas dengan tekanan dari alam sekitar seperti pendedahan terhadap cahaya matahari, pemakanan, kerosakan kulit, dan pendedahan kepada toksin seperti pencemaran, asap rokok dan ubat-ubatan. 

Isu nya adalah, benarkah kolagen ini benar-benar berfungsi? 

Ada pendapat menyatakan cukup sekadar kita dapatkan sumber kolagen dari pemakanan kerana kolagen dari sumber luar takkan diserap badan pun. Benar, kolagen adalah sejenis protein yang apabila dimakan, akan dipecahkan oleh sistem penghadaman menjadi asid amino yang akan digabungkan semula oleh sel-sel mengikut keperluan mereka. Itu pada kolagen yang berat yang rata-rata beratnya 300,000 Dalton. Dalton ini adalah unit ukuran yang digunakan untuk menentukan berat molekul protein, bersamaan dengan unit jisim atom. Memang kolagen berat ini sukar diserap oleh badan.

Berbeza dengan Shaklee Collagen Powder (SCP), ia merupakan suplimen kolagen yang sangat hebat yang membekalkan 4000mg ‘kolagen proprietari RSS’. Kolagen nya SANGAT RINGAN, kira-kira 1000 Dalton, dan menjadikan SCP ini jauh LEBIH MUDAH diserap ke dalam kulit dan bagi kesan yang jauh lebih baik. Andai dilihat pada graf juga, SCP ini TERBUKTI BERKESAN selepas pengambilan selama 8 minggu. Bukan overclaim ya; memang telah dibuat KAJIAN oleh mereka yang pakar. Makanan tambahan berasaskan kolagen lain ada dibuat kajian seperti ini?

Bahan utamanya adalah sisik ikan merah (red snapper). Sebab ikan ini hidup pada paras kedalaman 5000m ke dasar laut. Sisiknya tahan kepada TEKANAN AIR LAUT berbanding ikan biasa. Jadi, kolagen yang dihasilkan juga sudah pastinya tahan lasak dan berkualiti tinggi. Berbanding kolagen lain di pasaran menggunakan kolagen dari ikan salmon atau sumber lain. Di samping itu ianya mengandungi 7 bahan aktif yang lain; Ekstrak Biji Camellia Japonica, Ekstrak Pfafia, Ekstrak Kulit Kerangan Laut, Kolagen Ikan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B2 & B6.

Apa yang bagus lagi tentang SCP ni adalah, bukan mereka yang nak cantik saja tau yang boleh ambil. Mereka yang aktif yang banyak bergerak juga bagus untuk kesihatan tulang dan sendi. Yang ada masalah sakit-sakit sendi sangat digalakkan untuk ambil SCP ini. Mahal? Tak hairanlah mahal. Lihat sajalah dari mana sumber nya, peringkat kajian yang bagaimana yang dilaluinya, bagaimana kesannya.

Nak Selamat, nak semulajadi, nak berkesan, pilihlah SCP ya…

Collagen


Andai ada sebarang pertanyaan atau 
ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
boleh hubungi Syue di salah satu medium ini 👇

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com