Keperluan Suplimen Pada Zaman Sekarang

syuesalim | May 02, 2017 | 0Komen |
Percaya atau tidak, suplimen dah jadi keperluan pada zaman teknologi kini. "Dia jual suplimen, sebab tu lah dia kata kita kena makan suplimen". Bukan semata-mata sebab tu sahaja. Sy sebolehnya nk semua orang faham yg zaman kita dah tak sama macam zaman datuk nenek kita dulu. Tak perlu makan suplimen tapi sihat hingga ke usia emas dan masih boleh bekerja. 

Boleh tak makan suplimen, tapi pastikan ayam daging yang kita makan tu sumber dari yg kita bela sendiri, sayur tanam sendiri, ikan pun bela sendiri. Mampu?


Masyarakat sekarang, seawal usia muda sudah diserang pelbagai penyakit kronik yang pelik pelik. Sebab zaman kita dah banyak berubah. Ayam, daging dicucuk, even makanan laut pun dicucuk tau. Sayur-sayur pulak takkan terlepas dari disembur racun serangga. Tanah pun diguna berulang kali, sampai tak sempat nak pulih kembali nutrien. Bila tanah tak cukup nutrien, mana mungkin sayur & buah pun cukup nutriennya. Tak hairan lah sekarang ni padi dituai 2-3 kali setahun. 

Kita tak sedar sebab semua-semua tu bila sampai pada kita, berada dalam keadaan segar. Tu belum melalui proses masak lagi. Tak kena cara masak, habis semua nutrien hilang. Dan kesudahannya, apa yg kita makan? Hampas. 

Orang sekarang pulak terlalu sibuk, sehingga tak sempat nak jalani gaya hidup yang sihat. Duduk dalam pejabat berhawa dingin, kurang bergerak, makan luar, makan lewat malam, tak bersenam. Berbanding atuk nenek kita dulu, cara mereka buat bendang, toreh getah tu pun salah satu aktiviti menyihatkan.

Kalau bukan sebab2 di atas, sy sdri pun tak ambil suplimen. Sebab tu digalakkan makan suplimen supaya dapat mengelakkan terkena penyakit kronik. Namun dalam memilih suplimen, perlu hati-hati. Pilihlah yang selamat untuk jangka masa panjang. Tak perlulah nak kurus cepat, putih cepat, tinggi cepat. Sy tak faham lah orang-orang muda sekarang taksub betul dengan perkara yg 'cepat-cepat' ni. Iklan yg wow, dengan artis pujaan jadi duta pulak, lagi lah mudah terpengaruh. 

"Dia jual Shaklee mestilah dia promote Shaklee". Ya lah, takkan nak promote produk lain pulak. Saya berani promote sebab Shaklee satu-satunya syarikat yang berani buat landmark study terhadap rangkaian produknya. Produk-produknya telah menjalani berpuluh malah ratus kajian serta diyakini oleh sains. Bukan sekadar produk timbang kilo, yg kemudiannya dipacking atas nama jenama yang berlainan. Asal mendapat kelulusan pihak berkuasa terus dapat dipasarkan. Hmmm...

Apa jadi kalau ambil produk tangkap muat, yg tiada kajian dan backup sains ni? Masa dekat mungkin belum nampak. Nampak yg elok-elok saja. Ya lah, kulit dah putih, badan dah kurus. Masa panjang? 5-10 tahun akan datang? Tak mustahil macam2 masalah pada organ timbul yang boleh merencatkan fungsi mereka. Kandungan gula tinggi lah, tekanan darah naik lah. 

Kalau bukan Shaklee, baik tak payah lah ambil suplimen. Mungkin itu lebih selamat dari ambil suplimen yang bukan-bukan. Sebab apa? Sebab hasil dari landmark study dah membuktikan mereka yang tak ambil apa-apa, kurang risiko berbanding yang ambil suplimen lain. Tapi, yang ambil suplimen Shaklee, prestasi kesihatan mereka jauh lebih baik dari dua2 kumpulan tadi. 

Boleh lihat sendiri hasil Landmark Study di bawah. Even doktor sendiri pun kata Shaklee ni bagus.
Untuk kekal sihat di zaman yang penuh cabaran ni, jaga makan, kekal aktif dan amalkan suplimen. Andai perlahan sekalipun, biarlah semua itu berlaku secara semulajadi dan pengakhirannya berkesan.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com