Ada tak di kalangan anak-anak kita yang suka membantu di dapur? 'Membantu; dalam erti kata tolong anda memasak ya, bukan tolong menghuru-harakan. hahaha. Usia baru setahun jagung. Sudah tentu banyak perkara yang nak cuba termasuklah memasak dan menyediakan hidangan di dapur bersama anda. Untung tau ada anak-anak yang nak tolong di dapur. Namun begitu, selaku ibu dan ayah, tidak mustahil akan ada rasa ragu-ragu dengan kemampuan anak-anak kita tu kan.
Home » Archives for 2015
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Cappadocia Part 1
syuesalim | November 29, 2015 |
0Komen | Jalan-jalan
Hari ke-6 di Turki. Pagi ni, sampai ke Cappadocia. Lanskap Cappadocia memang beza sangat dengan tempat-tempat lain. Kiri kanan jalan nampak gunung-gunung berbatuan saja. Memang cantik. Kami dihantar ke hotel dulu. Hotel-hotel kat sini kebanyakan dalam gua tau. Jadi kami dihantar ke Dedeli Konak Cave Hotel. Tanggapan pertama Syue berkenaan hotel dalam gua ni kan; boleh ka duduk dalam gua. Boleh bernafas ka, boleh tidur ka..Haaa tudia sampai macamtu. Sabaq jelah Syue ni. Tapi bila dah sampai, Syue memang jatuh hati. Walau tidak la bertaraf berbintang-bintang, tapi...boleh lah habuan untuk merehatkan badan kan. Janji anak-anak pun suka.
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Pamukkale & Hierapolis
syuesalim | November 14, 2015 |
0Komen | Jalan-jalan
Hari ke-5 di Turki. Dijemput seawal 8 pagi dari hotel, selepas sarapan kami dibawa untuk tour seterusnya hari ini. Ke Pammukale. Tempat yang Syue teringin sangat nak tengok sebelum ini. Sebelum ni tengok di Internet saja. Teruja sangat nak tau tempat ni macam mana. Dari Kusadasi ke Pamukkale tak jauh mana pun. Dalam 2 jam lebih perjalanan sahaja. Subhanallah, pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik. Dari jauh pula dah nampak bukit memutih ni. Bila sampai dekat, pantulan bukit yang memutih ni menjadikan kawasan tu nampak seperti bercahaya.
7 Perkara Perlu Dipertimbang Ketika Memberi PENCUCI MULUT Kepada Anak-anak
Amacam gambar di atas? Meleleh air liur nengokkan? haha. Tu antara
contoh pencuci mulut. Pencuci mulut merupakan salah satu sajian dalam
sajian utama. Sajian pencuci mulut biasanya lebih manis dan ringan.
Boleh jadi kek, ais krim, coklat, kopi, dan ada di sesetengah tempat di
dunia umumnya mempunyai pencuci mulut tradisional mereka sendiri. Namun,
pencuci mulut bukanlah sekadar penghias ruang makan. Ia juga boleh
menjadi pelengkap hidangan untuk buah hati anda. Biasa kanak-kanak lebih
teruja dengan pencuci mulut ni kan. Tapi, banyak mana mereka boleh
ambil yer?
10 Sebab Mengapa DIET Tidak Menjadi
'Haih, sekilo pun tak bergerak ni. Macam sia-sia saja diet; pantang itu, pantang ini, tapi tak berubah jugak. Nak berhenti ke? Ker ada yang tak kena dengan diet aku ni?'
Ada yang pernah alami begini? Syue rasa ramai sangat kot begini. Bagi sesetengah orang yang betul-betul ingin kurus mungkin sedikit sebanyak akan rasa tertekan jika apa yang diamalkan selama ini tidak menjadi. Perlu ingat bahawa tahap metabolisme badan setiap orang tidak sama. Penerimaan badan seseorang terhadap diet juga berbeza. Ada yang cepat kurus walau dietnya biasa-biasa sahaja. Ada yang tidak berubah langsung walau amalkan diet gila-gila. Kebarangkalian besar juga ianya dipengaruhi oleh sebab-sebab yang lain.
7 Perubahan Kulit Ketika Hamil Yang Menakutkan Bakal Ibu
Anda mungkin pernah melihat atau sendiri mengalami perubahan kulit ketika hamil kan. Normal kah? Adakah anda seorang mengalaminya? Jangan risau. Kebanyakan wanita hamil akan berdepan situasi ini. Hanya segelintir wanita sahaja yang bernasib baik terkecuali dari menghadapi sebarang masalah kulit ini. Orang luar mungkin hanya melihat perubahan perut yang semakin membesar. Tapi wanita mengandung itu sendiri yang tahu perubahan apa yang berlaku pada dirinya.
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Kusadasi (Ephesus)
syuesalim | October 13, 2015 |
0Komen | Jalan-jalan
Kota mercu tanda Kusadasi |
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul Part 2
syuesalim | September 15, 2015 |
0Komen | Jalan-jalan
Ok. Sambung hari baru. Hari ke-3 di Istanbul. Lepas sarapan kat hotel, seperti semalam, kami dijemput untuk tour baru pulak. Bosphorus Cruise & Two Continents Tour. Dalam bahasa mudahnya, naik bot menyusuri Selat Bosphorus yang terletak antara dua benua. Syue sebelum ni, terus terang, memang tak tahu pun Istanbul ni terletak dalam dua benua; Asia dan Eropah. Bandar yang dipishakan oleh laut, biasa kot kan. haha. Bila ikuti ejen travel ni la baru clear sikit. Istanbul di sebelah Eropah ini banyak dikunjungi yang mempunyai peninggalan sejarah dan tempat kunjungan pelancong. Di sebelah Asia bangunannya lebih moden, dan banyak bangunan-bangunan pejabat di situ. Tetapi sepanjang Bosphorus, di sebelah Eropah mahupun Asia masih terdapat bangunan peninggalan zaman-zaman pemerintahan terdahulu.
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul Part 1
syuesalim | September 12, 2015 |
0Komen | Jalan-jalan
Haihhh...bercinta nya laaaa nak buat entry 'terobek' ni. Bukan senang nak panggil balik memori 2 tahun lepas. Tengok- tengok gambar, tenung-tenung baru teringat. Baru boleh nak kumpul nak cerita panjang-panjang.Ok jom sambung.
Sarapan di hotel. Syue masa tu memang berharap betul dapat sarapan nasi lemak. haha. Sebab sarapan dia sangat...apa nak cakap eh...sangat menyihatkan. Healthy breakfast gitu. Ada roti, telur rebus, cereal, muffin. Tu ja. haha. Hotel kecik kot kan, makan jelah apa yang orang sedia. Kena makan, kang nak jalan banyak. Tapi halaman dia cantik. Makan dalam taman.
Minggu Pertama Ke Sekolah Penggal Baru
syuesalim | September 12, 2015 |
0Komen | Anak-anakku
6 September. Hari pertama sesi persekolahan 2015/2016. Setelah hampir 2 bulan bersummer holiday, macam sikit susah nak tune balik ke mode on duty. hahaha. Tapi dalam sebulan sebelum ni pun dah suruh anak-anak masuk tidur awal, bangun awal. Walaupun bangun tak seawal masa sekolah, paling-paling pun ada la perubahan berbanding bulan puasa aritu; pukul 10-11pagi baru bangun. Kejutkan Syakir bangun solat subuh pukul 4, dia tak mau tidoq balik. Haihh, pukul 5.30 satgi baru ingat nak kejutkan dia balik. Tapi dah dia kata takmau tidoq, biaq pi lah. Last-last tengok, tidoq jugak. Memang mengantuk tuh, saja nak melawan mata.
Hari pertama, Syue bangun awai pun agak blur nak masak apa. Ini laaa masalah sejagat setiap kali anak mula sekolah balik. Padahal hari sebelum tu macam-macam fikir benda nak buat. Disebabkan Syakir ni memang pesen dia tak breakfast kat rumah, minum air coklat campur serbuk ajaib saja, makanya takdak la nak kalut sangat nak masak awal2. Dia sendiri dah kenyang minum tu saja. Sempat la rasa kenyang sehingga rehat pukul 8.30 nanti. Last-last, bakar roti letak telur goreng mata dalam tu. Letak jugak oren dan epal masing-masing setengah biji. Amboih, healthy sangat kan bekal dia. hahaha. Padahal mama tak berapa rajin. Ni masih dikira sebagai fasa warm-up. hahaha.
Dia masuk Tahun 3 untuk sesi ini. Sekolah kat sini memang sempoi. Tengok, dia pi sekolah beg kosong. Ada bekal ja tu haaa. Syue pulak yang naik susah hati tau. huhu. Tp memang biasa macamni pun. Tu yang takdak nak beli alat tulis baru. Semua dah ada kat sekolah. Bukan alat tulis kami beli; sekolah dah sediakan.
Balik sekolah memang satu ni jelah yang dia bawak balik; student planner. Dan fail untuk homework. Biasanya homework tu teacher dia dah bagi untuk seminggu. Bagi pada Ahad, Khamis baru kembalikan. 1 hari 1 kerja. Untuk 4 hari. Kadang-kadang satu hari dia dah habiskan. Hari-hari lain dia relax ja tak buat kerja sekolah. Hari Khamis biasanya dia ada Spelling Test. Bahagia nya lahhh haaiii. Banding ngan mama sekolah dulu, mau hari-hari balik hadap homework. Eh, masa tahun lepas Syakir bersekolah sekejap di kampung pun memang hari-hari ada kerja sekolah. Beg pun besar & berat nar. Dia pernah merasa, dan dia kata dia lagi suka sekolah di sini. Tak mau dah sekolah sana. Hmmm....
Seminggu berlalu dengan lancar. Mama pun dah tak blur. haha. Dah boleh terima kenyataan. Moga hari-hari mendatang akan berlalu dengan mudah. Owh yaaa..minggu depan si Syamil pulak mula sekolah. Kita tengok pulak macamana. hehehe.
Resepi Kuih Ketayap
Syue ni bukanlah chef yang mereka
resepi, tapi sebagai suri rumah memanglah hari-hari memasak kerjanya. Syue suka cuba-cuba resepi. Dan kalau
resepi yang Syue cuba tu, memang sedap dan menjadi, (di tekak Syue &
keluarga lah), Syue akan 'setia' dengan resepi tu. Dan resepi yang macamtu lah Syue akan share dalan entri
Syue selepas ini. Dulu-dulu Syue rajin tulis dalam buku, jadi sumber tu
kadang-kadang dah tak tahu dari sumber mana: boleh jadi dari internet @
dari kenalan. Sebab kadang-kadang teruja ja tulis resipi, cubanya entah
bila-bla. haha. Macam sekarang pun banyak resipi yang lintas di FB; Syue
printscreen, Syue tulis dalam buku, lepas tu delete. Sumber dari siapa,
lupa lagi. haha. Jadi, kalau berkebetulan resipi siapa2, maaf lah yer.
Bukan menciplak atau mencuri. Sekadar berkongsi. Kalau memang tahu
sumber, Syue tulis.
Jangan Lakukan 6 Perkara Ini Di Depan Anak-anak Anda
syuesalim | September 05, 2015 |
0Komen | Tips & Petua
Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah. Ya, bagi sesetengah orang, tak lah sesusah mana pun tapi ianya bukan sekadar melahirkan, menjaga dan membesarkan. Watak kita sebelum berkahwin mungkin berbeza dengan watak selepas menjadi ibu bapa. Mungkin dulu kita jenis panas baran, mulut bising, kurang sabar. Bila dah berkahwin, kebiasaannya kebanyakan dari kita akan berubah menjadi lebih matang, lenih baik. Terutama sekali, selepas ada anak. Lagilah perlu berhati-hati dengan sikap dan watak kita.
Setiap perilaku atau perbuatan ibu bapa boleh ditiru dengan mudah oleh anak-anak. Secara tidak langsung boleh mempengaruhi sikap dan psikologi anak-anak. Disebabkan kecenderungan anak-anak suka untuk meniru, sebaiknya elak daripada menunjukkan sikap yang tidak elok kepada anak-anak.
Resepi Fillet Ikan Celup Tepung dengan Sos Masam Manis
Kali ni nak share resepi fillet ikan. Awai-awai dulu Syue ingat fillet ikan boleh buat fish and chips saja tau, rupanya boleh variety. Orang melayu ni kan cukup kreatif. Nak juga makan dengan nasi makanya kena lah olah bagi fillet tu jadi 'lauk' kan. Kalau di google, kebanyakan buat celup tepung. Jadi, jom try tengoklah macamana.
Kebas Kaki dan Tangan Ketika Mengandung? Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya
Untuk individu biasa, kebas adalah keadaan di mana bahagian badan seseorang mengalami kurang rasa (sensation). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh saraf periperi terhimpit. Bagi ibu mengandung pula, perkara ini sering berlaku dan kebiasaanya kebas ini berlaku pada jari tangan dan kaki. Malah ada yang rasa sakit apbila digerakkan. Dalam hal ini wanita mengandung perlu mengetahui kenapa keadaan begitu boleh berlaku.
Hamil Kembar: Beberapa Perkara Anda Perlu Ambil Tahu
Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan rumahtangga mereka dimeriahkan dengan anak-anak. Rezeki masing-masing dah ditetapkan oleh Allah; ada anak atau tidak, berapa ramai. berapa jumlah anak, bayi tunggal ataupun kembar. Sebut berkenaan kembar. Sebenarnya, tiada siapa boleh menjangka kejadian kembar ini. Mungkin ada pasangan nak sangat kembar, tapi tak dapat. Ada yang tak pernah terfikir pun nak kembar, tapi dapat. Apa-apa pun semua itu kuasa Allah. Generasi ke generasi pasti ada yang beranak kembar. Moyang-moyang tok nek kita terdahulu entah-entah ada kembar, kita mana tahu kan.
Jika anda telah disahkan hamil anak kembar, TAHNIAH! Mula lah mencari info-info berkaitan kembar. Kerana anda bakal merasai pengalaman mengandungkan 2 orang dalam kandungan anda selama beberapa bulan akan datang. Ini yang anda perlu tahu demi kesihatan anda, dan bayi-bayi dalam kandungan anda.
10 Cara Semulajadi Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Sebelum Galak Bercambah
Jerawat merupakan masalah kulit yang biasanya tumbuh di kulit muka. Berlaku disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan berlakunya benjolan kecil warna merah dan mengandungi nanah. Hampir semua orang pernah merasa; lelaki mahupun perempuan, pada semua peringkat umur. Ada ketika remaja, di mana berlakunya perubahan hormon badan, atau ketika dewasa; semasa menstruasi, atau bahasa mudahnya 'datang period'. Wanita hamil atau mereka yang dalam keadaan stress yang berlebihan juga akan mengalaminya.
Jerawat ada banyak jenis. Jerawat batu. Jerawat pasir. Acne. Blackhead. Whitehead. Dari sebiasa-biasa jerawat hinggalah yang paling serius. Apa sajalah anda nak panggil ia, semuanya menjengkelkan, kan. Dan yang paling tak best, ia 'suka' untuk muncul secara tiba-tiba. Masa nak pergi temuduga lah, masa ada majlis makan malam lah, masa nak keluar 'dating' lah. Sakit hati kan. Penderita boleh rasa rendah diri. Nak pandang orang pun malu sebab nanti mesti orang akan fokus pada jerawat nan satu nan ribu itu kan.
Makan Buah: Sebelum Atau Selepas Makan?
Siapa penggemar buah? Rata-rata suka buah kan. Tak kisahla buah-buahan tempatan; durian (sedapnya durian), cempedak, langsat, nenas...atau buah-buah level internasional; kiwi, strawberi, aprikot, plum. Yang pastinya setiap buah itu mempunyai khasiat yang rata-rata kebanyakannya SAMA. Buah merupakan kumpulan makanan paling berkhasiat yang lengkap dengan vitamin, mineral, serat dan air. Banyak manfaat kalau kita suka makan buah. Ditambah lagi jika dimakan dengan cara yang betul.
Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul
syuesalim | August 18, 2015 |
1Komen | Jalan-jalan
Fuh, nak tulis entri yang satu ni pun bercinta. Yerlah, nak refresh balik. 2tahun lepas tuh tau, hampir 3 tahun jugak lah, bukan baru!..hehe. Tgk gambar2 pun punya la banyak, jadi cam banyak plak nak cerita. haha. Melancong ke Turki ni sebenarnya bukan perancangan setahun atau 6 bulan lepas. Kalu tak salah, sebulan sebelum pergi secara spontan decide dengan suami 'Jom Jalan Turki'. Tengok tiket kapal terbang masa tu pun agak murah, kira on saja. Maka terus kami cari agensi pelancongan di Turki.
Kegemukan Selepas Bersalin? Ketahui 6 Faktor Penyebab dan Cara Mengatasinya
syuesalim | August 16, 2015 |
0Komen | Tips & Petua
Tempoh mengandung merupakan tempoh yang sangat indah bagi kebanyakan wanita. Setiap pasangan biasanya memberi perhatian terhadap setiap peringkat perkembangan anak mereka ketika dalam kandungan sehingga kadang-kadang tidak sedar kesihatan si ibu yang mengandung pula terabai. Sebenarnya adalah penting untuk setiap wanita mengandung mengikut tips-tips kesihatan dan penjagaan badan ketika mengandung kerana kesemuanya akan beri kesan selepas melahirkan anak nanti.
15 Fakta Mengenai Bayi Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Mesti anda terfikir-fikirkan, apa lah sangat dengan bayi ni. Kalau anda masih bujang, memang tak ada rasa menarik pun bayi ni selain comel. Kan..kan? Mengaku lah. Syue dulu pun begitu. haha. Tapi bila dah kahwin, dah ada anak sendiri, perasaan yang datang tu lain macam tau. Eyyy, bayi comel kot kan. Geram, rasa nak gomol-gomol 24 jam. Hakikatnya, semua bayi dilahirkan dalam keadaan cukup sempurna. Bayi mana tak comel. Comel sangat kot bila mereka senyum, menjerit, ketawa.
Semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sejak dari dilahirkan lagi. Semua ibu bapa akan fikir anak mereka bijak tapi apa yang anda tidak tahu, hakikatnya mereka SANGAT bijak. Dari aspek lain, mereka tak banyak beza pun dari kita yang dewasa ni. Mungkin secara tidak sedar, mereka ini lagi banyak 'mengajar' kita daripada apa yang kita percaya.
Tidur: Ketahui 10 Fakta Disebaliknya, Jangan Sekadar Tahu Tidur Sahaja
Apa yang anda tahu berkenaan TIDUR? Pernah ambil tahu? Atau kita sekadar tahu tidur? haha. Tidur adalah keadaan di mana badan kita betul-betul dalam keadaan rehat dari keadaan persekitaran. Ketika tidur, kebanyakan sistem dalam badan seperti sistem imun, otot, saraf dan tulang dalam keadaan membina dan membaikpulih. Dan jika anda tahu, atau baru tahu, manusia boleh bertahan sehingga 2 bulan tanpa makan tapi hanya boleh bertahan sehingga 11 hari saja jika tidak tidur. Dalam 11 hari itu pun berkemungkinan besar 'tidak normal'; orang itu mengalami masalah tidur yang kritikal. Mahu begitu?
Rawat Diabetes Sebelum Menjadi Parah
syuesalim | August 02, 2015 |
0Komen | AlfalfaDiabetesESPGLAInfo KesihatanKencing ManisSet Sugar ControlVita CVita-leaVivixZinc
1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes. Nisbah yang amat menakutkan. Mungkinkah kita tergolong dalam perkiraan itu? Kata orang, kencing manis ni penyakit keturunan. Tapi dengan keadaan dunia sekarang, walau dalam keturunan kita tiada penghidap penyakit ini, jangan fikir kita tidak terdedah dengan risiko ini.
Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit yang tinggi kandungan glukosa dalam darah, sama ada disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin atau kurangnya tindakbalas badan terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit yang mengandungi kandungan glukosa tinggi dalam badan biasanya akan megidapi gejala kerap kencing (polyuria), jadi mereka akan jadi cepat lapar (poliphagia) dan dahaga (polydipsia).
Rawat Eczema dengan Shaklee
syuesalim | July 10, 2015 |
0Komen | EczemaHerbal BlendInfo KesihatanMeal ShakesOmegaGuardSet Eczema
Tahukah anda? Sebenarnya tiada penawar untuk eczema. Hah, ayat itu saja dah cukup merisaukan ibu-ibu di luar sana. Bertenang...bertenang. Memang tiada penawar, tetapi untuk kebanyakan kes, ianya boleh dikawal. Tak perlu malu. Anda tidak keseorangan. Anak anda juga tidak keseorangan. Anda kena tahu yang ramai sangat yang ada eczema ini. Seluruh dunia. Yang membezakan adalah jenis dan tahap eczema seseorang itu sahaja.
10 Cara Berjimat Ketika Membeli-Belah / Shopping
syuesalim | July 08, 2015 |
0Komen | Tips & Petua
Dah nama pun beli-belah (shopping), kat mana nak jimat tu eh. Sebelom tu kita kena faham. Jimat berbelanja bukanlah bermaksud pandai beli barang murah. Ianya lebih kepada kita mencari cara untuk bayar harga yang terbaik untuk barangan yang kita beli. Berkeputusan untuk tidak beli SEMUA barang yang kita nak juga boleh dikatakan sebagai berjimat. Bermula dari sekecil-kecil barang seperti barang dapur yang dibeli secara mingguan sehinggalah kepada barangan besar seperti barangan elektrik dan perabot, kesemuanya perlu melalui pertimbangan akal kita supaya biarlah apa yang kita beli itu beri nilai pada wang kita. Tapi, ada kah cara nak jimat ni?
8 Tips Naikkan Berat Badan Secara Sihat
Restoran Makanan Utara Paling Sedap di Setia Alam
syuesalim | July 03, 2015 |
2Komen | Jalan-jalan
Perkara yang Syue paling suka bila balik Malaysia adalah makanan. Takdak dah istilah jaga makan ka, diet2 ka. Rugi oiii tak makan tu tak makan ni kalau balik ke tanahair tercinta. Balik pun jarang-jarang kan, apa salahnya kalau sebulan balik tu badan naik sikit @ banyak pun boleh je kot. haha. Baki 11 bulan duduk di Qatar jaga badan & diet balik lah kan. Setel. hehe.
Blog ni bukanlah blog jalan-jalan cari makan pun. Tapi seronok rupanya kalau boleh buat review pasai tempat-tempat makan ni kan. Sebelum ni pergi, makan, balik. Kalau sedap, sendiri tahu jelah. Kalau tak ada yang bertanya, tak cakap lah kan. Sekarang ni baru terfikir nak buat. Nanti-nanti lah bila Syue balik Malaysia pulak, Syue buat review pasai kedai yang Syue pergi. Kalu sedap macam orang kata, kita review ya. Jadi, untuk pertama kali ini, Syue mulakan dengan restoran ni dulu.
6 Tips Kemas Rumah Dengan Cepat dan Menjimatkan Masa
syuesalim | June 30, 2015 |
6Komen | Tips & Petua
Jika dilihat pada pengertian rumah, sangat luas. Tempat tinggal, tempat berteduh, tempat berkumpul, dan juga tempat beristirehat kepada penghuninya. Rumah menjadi tempat utama melepaskan lelah setelah seharian berada di pejabat. Namun begitu, apa rasa jika kita balik kerja penat-penat rumah pula berselerak? Lagi-lagi kepada mereka yang dah berumahtangga dan ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak kecil. Rumah jarang sangat berkemas, kan? Rumah yang ada orang gaji lain lah kan. Bagi yang tiada? Kadang-kadang mata sakit betul tengok rumah tidak berkemas tapi kalau dah kedua-dua suami isteri bekerja, balik lewat petang, mana lah nak ada mood nak mengemas rumah. Jawapannya tunggu hujung minggu lah kan. Tapi, siapa sanggup nak menghabiskan masa satu hari mengemas rumah sedangkan masa begitu boleh digunakan berekreasi bersama keluarga?
14 Tips Berkesan Kekalkan Berat Badan
Jika ditanya pada seseorang, adakah penting untuk sihat. Jawapannya semestinya YA. Rata-rata orang mahu hidup yang sihat. Tapi jika ditanya, adakah penting untuk kurus? Mungkin kita akan jumpa pelbagai respon. Bagi sesetengah orang, kurus memang penting. Dengan kurus, dia akan lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai, mudah bergerak dan mudah melakukan aktiviti luar. Bagi sesetengah yang lain mungkin tak kisah pun, kurus atau gemuk, janji sihat.
Walau bagaimanapun, bentuk badan yang kurus lebih membawa kepada imej tubuh badan yang sihat. Bagi mereka yang gemuk, pasti menginginkan badan yang kurus. Walau tidak sekurus model, tapi istilah 'kurus' bagi mereka adalah bentuk badan yang sihat yang boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dapat dilakukan ketika gemuk. Jika dah dapat berat badan ideal, macam mana pula?
Walau bagaimanapun, bentuk badan yang kurus lebih membawa kepada imej tubuh badan yang sihat. Bagi mereka yang gemuk, pasti menginginkan badan yang kurus. Walau tidak sekurus model, tapi istilah 'kurus' bagi mereka adalah bentuk badan yang sihat yang boleh melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dapat dilakukan ketika gemuk. Jika dah dapat berat badan ideal, macam mana pula?
Roti Sarang Lebah Paling Sedap dan Mudah
Cerita bab roti ni, di Malaysia, roti apa yang tak pernah makan. Kedai roti dan kek merata-rata kan. Pilih jer; roti sosej, roti keju, donut, pizza. Yang penting, murah dan sedap. Tak pernah terfikir pun macam mana orang buat roti ni kan. Pilih, bayar, makan.
Tinggal di tempat orang ni banyak mengajar diri menjadi lebih berdikari. Dari tak penah buat, jadi selalu buat. Dari tak pandai buat jadi pandai. Dari pandai sikit jadi pandai banyak. Sebab tu bila difikir balik, untung juga yer menetap di negara luar. Memang sentiasa akan ada peningkatan. Improvement orang cakap. Hehe.
Dehidrasi: Kenali Punca dan Pencegahan
TAHUKAH ANDA?
Tubuh badan kita terdiri daripada 2/3 air. Air beperanan penting dalam tubuh badan. Sejauh mana ianya penting? Bola mata anda bergerak, apa yang memudahkannya? Apa yang melicinkan sendi anda? Apa yang membantu sistem pencernaan anda? Apa yang mengangkut keluar bahan kumuh dari badan anda? Kulit anda lembap, sebab apa? Semuanya disebabkan AIR!
Boleh dikatakan kita kehilangan sejumlah air dalam badan setiap hari, tanpa kita sedar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak akan terdedah kepada risiko kekurangan air dalam badan. Jika kita kurang pengetahuan tentang pentingnya keperluan air dalam badan, dehidrasi boleh dianggap sebagai 'pembunuh senyap'.
6 Cara Mendidik Anak-anak Berpuasa Dengan Seronok dan Tanpa Paksaan
Puasa merupakan salah satu dari rukun Islam yang diwajibkan kepada umat Islam. Puasa bererti menahan diri dari lapar dah dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, bermula dari terbitnya fajar dan terbenamnya matahari, beserta niat di awal hari. Puasa ini diwajibkan dalam bulan Ramadhan, setahun sekali mengikut kalendar Islam.
Kita diperintahkan oleh Allah untuk mengajar anak solat seawal usia 7 tahun. Betul. Itu yang wajib dan itu yang paling penting. Dan kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan puasa. Kadang-kadang ibu bapa ini terlalu ghairah untuk menyuruh anak-anak berpuasa tanpa mempertimbangkan kemampuan anak-anak itu sendiri. Jika masih muda, belum mampu berpuasa, perlukah dipaksa?
Kita diperintahkan oleh Allah untuk mengajar anak solat seawal usia 7 tahun. Betul. Itu yang wajib dan itu yang paling penting. Dan kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan puasa. Kadang-kadang ibu bapa ini terlalu ghairah untuk menyuruh anak-anak berpuasa tanpa mempertimbangkan kemampuan anak-anak itu sendiri. Jika masih muda, belum mampu berpuasa, perlukah dipaksa?
Kuruskan Badan Dengan Cinch Shake Mix
Mengapa kebanyakan diet gagal?
Kebanyakan diet untuk menurunkan berat badan akan menyebabkan anda kehilangan lemak dan otot (ataupun salah satu di antaranya). Apabila anda kehilangan otot, metabolisma tubuh akan menurun dan tubuh anda akan hilang keupayaan untuk membakar lemak. Apabila anda tidak lagi berdiet, tubuh anda tidak mampu membakar kalori seperti sebelum anda mula berdiet. Jadi berat badan anda akan naik secara mendadak. Bila anda ulangi diet sekali lagi maka terjadilah kesan diet yo-yo.
Jadi bagaimana hendak kurus dalam masa yang sama mengekalkan keadaan otot supaya tidak menggelebeh? Memperkenalkan Cinch Shake Mix. dalam 3 perisa; Vanila, Coklat & Cafe Latte.
Cinch Shake Mix merupakan minuman yang bukan sekadar lazat malah mampu membantu anda dalam usaha menguruskan badan dan dalam masa yang sama masih memelihara otot penting dari menggelebeh.
BEZA CINCH SHAKE MIX
- Rasa seakan pemanis mulut dengan kahsiat penuh satu hidangan
- Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot pada masa mengurangkan berat badan
- Mengandungi 24gram protein dala setiap hidangan untuk memberi rasa puas dan kenyang
- Mengandungi kandungan serat 6gram dalam setiap sajian
- Nilai glisemik yang rendah untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah dan mengekalkan tenaga
- Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting
- Mengandungi soya yang tidak diubahsuai genetiknya (bukan GMO)
- Tiada pewarna, perisa atau pemanis tiruan
Rumusan Proprietari Shaklee diperkaya dengan Leucine yang merupakan asid amino yang memberi signal pada badan untuk memelihara otot semasa proses pengurangan badan. Leucine juga mengekalkan kekuatan otot kita walaupun kita berlapar, berdiet, bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti lain. Secara mudahnya, Cinch memang direka khas untuk mereka yang berhajat untuk menguruskan badan.
Lihat testimoni di bawah.
Anda salah seorang yang berhajat untuk kurus? Tepat sekali pilihan anda jika mahu memilih Cinch Shake Mix. Pilih mana-mana perisa kegemaran anda dan alami proses kurus secara semulajadi dan sihat.
Untuk pembelian sendiri Cinch Shake Mix, klik di sini.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25%
bagi pembelian mana-mana produk SHAKLEE
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
Manfaat Bawang Putih Kebanggaan Shaklee
Bawang putih mudah sangat didapati di rumah. Ianya adalah salah satu bahan penyedap makanan. Namun ramai yang tidak tahu bawang putih adalah salah satu sumber antibiotik yang sangat berkesan bagi membunuh bakteria. Dan banyak kajian yang dibuat menunjukkan bawang putih berkesan untuk memastikan kesihatan secara kesuluruhan.
Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Kajian makmal menunjukkan Allicin, sebatian yang terdapat dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam membantu:
- mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol normal- menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- memelihara tahap kesihatan mikro-organisma penting
Tak ramai yang suka telan bawang putih secara mentah. Sedangkan bawang putih dalam masakan yang agak layu pun tak boleh terima apatah lagi yang mentah. Kiranya tergigit bawang putih saja boleh potong selera makan. Saya dulu memang tak boleh gigit bawang putih ni. Tapi sekarang suka pula. Kalau masak, ada orang suka hancurkan terus biar tak nampak rupa bawang putih tu. Tertelan pun tak rasa. Tapi saya lebih suka pecahkan sedikit sahaja. masih dalam bentuk asal. Jadi kalu terjumpa saya ambil yang tu dulu. Sedap tau. hehe.
Bagi yang tidak gemar dengan bau atau rasa bawang putih itu sendiri tetapi masih mahu menikmati kebaikan bawang putih, Shaklee memperkenalkan Garlic Complex. Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk Alisin. Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary. Setiap 2 biji tablet Garlic Complex membekalkan 1000mg ekstrak bawang putih tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.
MANFAAT GARLIC COMPLEX SHAKLEE
- Mengandungi spearmint yang meningkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
- Antibiotik semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun badan yang boleh mengelakkan badan dari terkena penyakit berjangkit seperti selesema, batuk
- Membantu masalah elergi dan meningkatkan sistem imun badan terhadap penyakit elergi seperti resdung, sinus, selesema dan athma
- Boleh membantu dalam mengurangkan masalah kembung perut, ulser perut, gastrik
- Menstabilkan tekanan darah
- Melindungi sel-sel daripada musnah akibat kehadiran logam dalam badan, menghalang kerosakan hati yang boleh berpunca dari bahan kimia
- Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang terjadinya strok
- Membantu merawat kanser,membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kanser (nitrosamine)
- Menstabilkan glukosa dalam darah
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
- Mampu melawan bakteria dan semua jangkitan pada kerongkong, telinga, cirit birit, luka-luka
Terlalu banyak kebaikan Garlic Complex sebenarnya, sehingga tak tersenarai.
Dapatkan segera produk in dah jadikan pengambilan bawang putih ini sebagai amalan pada setiap hari. Untuk pembelian sendiri,boleh klik di sini.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai ahli SHAKLEE
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25%
bagi pembelian mana-mana produk SHAKLEE
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
CoQHealth Untuk Jantung Lebih Sihat Bertenaga
TAHUKAH ANDA?
Jantung mengepam hampir 2,000 gelen darah dalam tubuh kita setiap hari. Disebabkan jantung kita merupakan salah satu organ yang sangat rajin dan sebagai pusat utama sistem peredaran darah, jantung memerlukan tenaga yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna. Tenaga ini dijana dengan bantuan nutrien yang dipanggil coenzymeQ10 (CoQ10). CoQ10 ini dihasilkan secara semulajadi oleh badan dan wujud di dalam semua sel-sel badan. Amalan diet yang seimbang mampu mengekalkan kandungan CoQ10. Walau bagaimanapun, jumlah CoQ10 dari makanan kebiasaannya kurang dari 10mg sehari. Ditambah pula dengan amalan diet yang tidak seimbang, faktor penuaan dan terdedah kepada radikal bebas setiap hari hanya akan membuatkan jumlah nutrien ini semakin menyusut.
Shaklee memperkenalkan CoQHealth Plus khusus untuk kesihatan jantung. CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. Ia juga dapat membantu pengekalan nutrien CoQ10 dalam badan.
Apa yang buat COQHealth Plus berbeza adalah ianya mengandungi gabungan CoQ10 dan resveratrol, bahan yang membantu menghasilkan tenaga untuk menguatkan jantung.
CoQHealth terbukti dapat:
- menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
- menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
- membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
- meningkatkan peredaran darah
Jika ada ibu bapa atau saudara mara yang ada masalah jantung, produk ini sesuai untuk mereka.
Atau anda sendiri yang mementingkan kesihatan jantung dan kesihatan kesluruhan, pastikan CoQHealth dari Shaklee menjadi pilihan anda.
Untuk pembelian sendiri, boleh klik di sini.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
untuk mennikmati PENJIMATAN 15%-25%
bagi pembelian mana-mana produk SHAKLEE
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi
Syue di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
**Produk ini tidak bertujuan untuk
mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Manfaat Peppermint-Ginger Terhadap Masalah Angin Dalam Badan
Masalah angin mungkin masalah yang kerap kita dengar. Mungkin kita tidak sedar dari mana 'angin' itu datang, kerana tiba-tiba kita rasa sebu perut, loya, nak muntah, lenguh-lenguh badan. Kebanyakan kita hanya sedar ianya mungkin berpunca dari pemakanan. Jadi, bagaimana anda singkirkan angin dari badan anda? Biarkan ianya keluar secara semulajadi? Mungkin mengambil masa yang lama. Mau tak jadi kerja satu hari kalau badan banyak angin kan.
Dari Shaklee, ada satu produk yang dapat membantu individu yang 'berangin' ini.
Peppermint Ginger ini diperbuat daripada bahan semulajadi yang telah diuji secara klinikal dapat membantu masalah senak pert akibat angin, Mengandungi formulasi empat herba unik yang dihasilkan di bawah prosedur standard melalui penggunaan sains dan teknologi terkini.
Pudina (Peppermint)
- Melegakan otot perut
- Membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati, cirit birit
- Meransang pengeluaran peluh, jadi boleh menyekat demam bagi pengidap selsema
- Melegakan rasa muntah dan hilang selera makan
Halia (Ginger)
- Meransang enzim Slavia untuk pencernaan makanan
- Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid, loya dan muntah ketika mengandung, kehadiran angin dalam badan selepas melahirkan anak
- Sesuai kepada pengembara yang ada masalah perut ketika dalam perjalanan jauh
Bunga Lawang (Anise)
- Melegakan masalah pencernaan dan simptom haid
- Melancarkan rembesan jus gastrik untuk penghadaman
- Menyekat penghasilan kulat yang boleh menyebabkan penyakit kulit biasa
- Melegakan haba tinggi dalam cuaca panas sejuk
- Membekalkan tenaga pada badan dan melembutkan perut
Jintan Manis (Fennel)
- Memudahkan penyerapan dan melegakan senak perut
- Membantu masalah elergi dalam usus
- Melegakan gejala flu
Dapat lihat khasiat herba semulajadi yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee ni kan.
Yang pastimya, ianya tiada pewarna atau perasa tiruan.
Dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.
Dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.
Untuk pembelian sendiri, klik di sini.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25%
bagi pembelian mana-mana produk SHAKLEE
Manfaat Si Sirap Merah VIVIX
Memperkenalkan satu-satunya produk VIP oleh Shaklee iaitu si sirap manis VIVIX.
Kenapa saya kata VIP? Tapi, sebelum itu, mari kita kenal dulu dengan VIVIX ni.
APA ITU VIVIX?
Minuman campuran botani yang merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat anti-oksidan dan sel anti-penuaan.
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang mana kesemua tumbuhan ini kaya dengan polifenol.
Membaiki DNA - setiap hari berlaku kerosakan DNA dalam tubuh yang boleh menyebabkan berlakunya proses penuaan sebelum usia. Salah satunya mungkin disebabkan oleh radikal bebas seperti pencemaran. Maka, VIVIX berperanan melindungi DNA dan melambatkan proses tersebut.
Membaiki Sel - semakin tubuh terdedah kepada penuaan semakn cepat sel tubuh kehilangan tenaga dan secara tidak langsung menjejaskan fungsi sel. VIVIX boleh membantu menguatkan sel.
Itu adalah antara manfaat UTAMA VIVIX. Manfaat-manfaat lain adalah:
- Awet muda - menggalakkan penuaan yang sihat
- Membantu mengelakkan kanser - merencat sel kanser dari merebak
- Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan insiden nyanyuk / Alzheimer
- Mengawal kolestrol dalam badan
- Membantu dalam proses pengurangan berat badan
- Menyokong kesihatan mata
- Membantu perokok berhenti merokok
Kenapa tadi saya kata VIVIX produk VIP? Kerana VIVIX adalah antara yang paling power dan harganya yang paling mahal. Tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesihatan dan kualiti hidup terbaik kan. Adalah lebih baik melabur sekarang untuk kesihatan daripada dah sakit yang memerlukan rawatan yang mungkin boleh mencecah puluhan ribu. Jika anda lihat kepada testimoni VIVIX, terlalu ramai dah mereka-mereka di luar sana mampu tersenyum apabila sudah bebas dari masalah-masalah kesihatan.
Sekali cuba, anda pasti tidak akan berkira lagi untuk meneruskan mengamalkan VIVIX.
Jadikan ia stok 'mesti ada' di rumah anda. Klik di sini untuk pembelian sendiri.
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
untuk menikmati PENJIMATAN 15%-25%
mana-mana pembelian produk SHAKLEE
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi
saya di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan saya ya!
**Produk ini tidak bertujuan untuk
mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Vita-E Complex
TAHUKAH ANDA?
Vitamin E merupakan vitamin yang bersifat larut lemak. Ianya banyak terkandung dalam makanan seperti minyak tumbuhan, daging, kekacang, dan lain-lain makanan seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Namun begitu, makanan semata-mata tidak mampu membekalkan vitamin E secukupnya yang diperlukan oleh tubuh badan. Di dalam situasi ini suplimen boleh membantu.
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Ianya juga baik untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan sistem imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan sistem imun pada warga tua.
BEZA VITAMIN E SHAKLEE
Satu kapsul gel lembut membekalkan:
- 400IU sumber asli vitamin E
- 65 mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E
- 39.4 mg Ekstrak Biji Anggur (vitis vinifera)
Vitamin E Shaklee merupakan vitamin semulajadi. Adalah penting untuk kita pastikan bahawa kita mengambil vitamin E yang semulajadi kerana vitamin E semulajadi lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan vitamin E sintetik. Vitamin E sintetik merupakan vitamin buatan yang dihasilkan dengan campuran bahan kimia. Jadi, pastikan anda memilih Vitamin E Shaklee yang telah terbukti semulajadi.
KHASIAT LAIN VITAMIN E SHAKLEE
- Bersifat anti-penuaan yang membantu menghilangkan kedut dan garis penuaan di muka, menghilangkan parut, mengekalkan kecantikan kulit
- Membaiki peredaran darah & sel tisu badan
- Menyingkirkan radikal bebas
- Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
- Mengurangkan radang
- Meningkatkan daya ketahanan badan
Jadikan vitamin E sebagai stok mesti ada di rumah anda. Seuai untuk lelaki dan wanita,
Yang pasti semulajadi, selamat dan berkesan.
Untuk pembelian sendiri Vitamin E Shaklee
Belum menjadi AHLI?
Daftar segera sebagai AHLI SHAKLEE
untuk menikmati penjimatan 15%-25%
bagi pembelian rangkaian produk SHAKLEE
Sebarang
pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
CARIAN MENGIKUT PRODUK
CARIAN MENGIKUT TAJUK: A-K
- Angin Badan
- Anti-Penuaan
- Antioksidan
- Awet Muda
- Bawang Putih
- Biji Labu
- Bisnes
- Ceasarean
- Darah Tinggi
- Dehidrasi
- Demam
- Demam Campak
- Detox
- Diabetes
- Diet
- Eczema
- Gastrik
- Hati
- Hidung
- Imunisasi
- Info Kesihatan
- Jantung
- Jerawat
- Kalsium
- Kanak-kanak
- Kanser
- Kebas
- Kehamilan
- Kembar
- Kembung Perut
- Kemurungan
- Kencing Manis
- Keputihan
- Keradangan
- Kolestrol
- Krim Kilo
- Kurus