10 Cara Berjimat Ketika Membeli-Belah / Shopping

syuesalim | July 08, 2015 | 0Komen |
Dah nama pun beli-belah (shopping), kat mana nak jimat tu eh. Sebelom tu kita kena faham. Jimat berbelanja bukanlah bermaksud pandai beli barang murah. Ianya lebih kepada kita mencari cara untuk bayar harga yang terbaik untuk barangan yang kita beli. Berkeputusan untuk tidak beli SEMUA barang yang kita nak juga boleh dikatakan sebagai berjimat. Bermula dari sekecil-kecil barang seperti barang dapur yang dibeli secara mingguan sehinggalah kepada barangan besar seperti barangan elektrik dan perabot, kesemuanya perlu melalui pertimbangan akal kita supaya biarlah apa yang kita beli itu beri nilai pada wang kita. Tapi, ada kah cara nak jimat ni?

Jika anda jenis yang tak kisah membelanjakan wang, beli saja produk yang anda memang kenal dan memang percaya. Apa guna beli barang murah tapi kualiti tak sehebat mana kan. Panduan yang Syue kongsi ini adalah kepada mereka yang ingin membeli-belah dan pada masa yang sama masih sayangkan duit mereka.

Jadi, mari kita lihat 10 tips bagaimana anda boleh berjimat ketika membeli belah dan jadi pembeli yang bijak.

1. Kajian dan Maklumbalas (research & reviews)
Wahhh, nak pegi shopping nak kena buat kajian bagai jugak ka. hehe. Tapi penting tau. Dengan cara ni, kita mesti nak tahu kan barang yang kita nak beli tu berbaloi atau tidak dengan duit yang kita nak belanjakan tu. Omputih kata 'value for money' gitu. 

Sebagai contoh, katakanlah kita nak beli TV baru. Kita cuba cari pengguna lain yang ada jenama TV yang sama seperti yang kita hendak beli. Lihat juga jenama lain yang mempunyai ciri-ciri @ keistimewaan yang sama tapi mungkin pada harga yang lebih murah. Kita sendri boleh tahu pilihan kita nanti bagaimana.

2. Catat Perbelanjaan
Sebolehnya, catat perbelanjaan. Mungkin catatan secara klasik debit kredit di buku nota atau secara moden di tab atau smartphone. Aplikasi telefon berkenaan catatan perbelanjaan pun ada tau. Contoh 'Spending Tracker', 'Daily Expenses'. Mudah sangat dah sekarang ni. Rajin dengan tak je kan. Tapi dengan cara mencatat apa yang kita belanja, kita boleh nampak ke mana duit kita belanjakan, secara berhemah atau tidak, atau dibelanjakan pada barang yang perlu atau tidak. Takdelah asal hujung bulan tertanya-tanya 'mana pegi duit aku ah, rasa cam banyak lagi'. Kan? Cuba sebulan. anda mesti boleh rasa perbezaannya. 

3. Perbandingan Harga
Jangan beli terus barang dengan andaian harga itu dah ok. Cuba banding dengan kedai-kedai terdekat yang jual barang yang sama. Mana tahu ada kedai lain menawarkan harga yang lebih murah. Memang ambil masa, tapi sangat berbaloi. Boleh juga membandingkan harga secara belian atas talian (online). Kebiasaanya membeli secara online lebih murah dan lebih senang nak buat perbandingan harga. Bezanya kita tak dapat cuba barang tersebut. Kena juga pertimbangkan kos penghantaran dan pembungkusan. Mana tahu bila dicampur semua ianya lebih mahal jika dibeli di kedai.

4. Senarai Beli-Belah
Sebelum keluar, buat senarai terlebih dahulu apa benda yang hendak dibeli. Dengan cara ini, anda
tahu apa yang anda nak beli dan elak dari beli barang-barang lain yang tiada dalam senarai. Ingat, beli yang dalam senarai SAHAJA. Kalau senarai beli pun tak boleh patuh, tak guna lah kita merancang perbelanjaan kan.


5. Elak Guna Troli
Kalau setakat nak beli 5 barang, tak payah lah guna troli. Ambil raga sahaja. Kalau dah guna troli tu, percayalah...anda mesti cenderung nak letak lebih dari 5 barang. haha.

6. Barang pengganti
Jika ada barang yang kita hendak beli itu melangkaui bajet kita, cuba cari barang yang seakan-akan sama dengan barang yang kita nak itu tapi pada harga yang jauh lebih murah. Biasanya banyak jenama yang kita boleh cari sebagai barang pengganti.

7. Promosi
'Tawaran Istimewa' atau 'Jualan Hebat' boleh jadi salah satu cara nak jimat tapi jika salah guna boleh terbabas juga tau. hehe. Ada sesetengah orang, memang pantang tengok promosi. Hasilnya, dia akan beli barang yang tak perlu disebabkan promosi sebegini. Jangan mudah terpengaruh. Murah atau tidak, tak guna kita berbelanja pada barang yang tak perlu. Kalau rasa nak beli jugak-jugak, pastikan harga barang yang hendak dibeli itu memang murah dari harga harian sebelum promosi. 

8. Bawa Duit Secukupnya
Elakkan bershopping dengan dompet yang penuh wang tunai di dalamnya. Anda sendiri tahu akibatnya kan. Nanti seronok ja sambar tu, sambar ni, masa bayar pun tak sedar kan. Mana boleh habiskan semua tu dalam satu hari! No no no. Jadi, sebolehnya, ELAKKAN. Bawa duit cukup-cukup sahaja. Kalau duit dah habis, maka habislah masa beli-belah anda pada hari itu.

9. Beli-Belah Tanpa Tujuan
Membeli belah sepatutnya dengan tujuan; untuk mendapatkan barang yang kita nak. Tak sepatutnya dijadikan sebagai hobi atau memenuhi masa lapang. Ada orang cakap, 'alah, window shopping ja pun'. Window shopping pun, lagi bahaya tau. Tak kuat iman silap-silap tershopping jugak kang. haha. Sebolehnya, ELAKKAN membeli-belah tanpa tujuan. Kalau rasa bosan, jgn jadikan pusat beli-belah sebagai tempat melepaskan kebosanan. Kalau sekadar nak jalan-jalan cuci mata, lebih baik cari taman-taman tengok alam kan.

10. Rakan shopping
Haaa, ini faktor yang paling kuat kalau kita nak beli-belah. Bukan semua kawan kita mempunyai perangai yang sama. Sesetengah orang mmg ada sifat shopaholic secara semulajadi & suka tengok kita bershopping, seolah-olah dia yang berhopping. Semua benda kita tanya, 'cantik. sesuai sangat dengan ko. Baik ko beli. Kalau tak nanti mesti ko menyesal'. Bahaya tak bahaya kawan macam ni? huhu. Bukanlah nak suruh jangan berkawan dengan orang ini. Tapi kalau bab bershopping, elakkan ajak orang seperti ini. Ada baiknya jika kita keluar dengan kawan yang boleh bagi pendapat secara jujur, tak pengaruh kita mmbeli dan tak beri tekanan untuk kita memilih barangan,

Mampu ikut mana-mana cadangan di atas? Tak susah mana pun kan. Kalu kita disiplinkan perkara-perkara di atas, kita tak perlu takut dah untuk keluar membeli-belah selepas ini. Barang pun dapat, duit pun dijimatkan.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com