Tempoh mengandung merupakan tempoh yang sangat indah bagi kebanyakan wanita. Setiap pasangan biasanya memberi perhatian terhadap setiap peringkat perkembangan anak mereka ketika dalam kandungan sehingga kadang-kadang tidak sedar kesihatan si ibu yang mengandung pula terabai. Sebenarnya adalah penting untuk setiap wanita mengandung mengikut tips-tips kesihatan dan penjagaan badan ketika mengandung kerana kesemuanya akan beri kesan selepas melahirkan anak nanti.
Proses mengandung akan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami perubahan pada bentuk badannya, dan melahirkan anak bukanlah semudah yang disangka. Metabolisme badan juga berubah sepenuhnya. Jadi, untuk kembali kepada bentuk asal sebelum mengandung atau mengekalkan bentuk badan persis anak dara juga bukanlah mudah bagi sesetengah wanita. Disebabkan metabolisme badan berbeza dan perubahan cara hidup inilah yang menyebabkan sesetengah wanita mengalami kegemukan selepas melahirkan anak.
Mari kita lihat antara penyebab mengapa sesetengah wanita menglami kegemukan selepas bersalin dan juga penyelesaiannya.
1. Kalori Makanan
Banyak mitos mana-mana bangsa di dunia ni percaya yang ibu mengandung kena makan untuk 2 orang kan. Kiranya, apa yang dia makan tu kena 'double'. Kena ingat. Walaupun ada pendapat sebegitu, dan ada ibu-ibu yang mengikut mitos begitu, tidak bermakna ibu-ibu mengandung boleh makan sesuka hati naaa. Pastikan anda jaga jumlah kalori makanan (terutamanya makanan segera kerana makanan segerabtinggi kalori) untuk kekalkan kesihatan ketika mengandung dan mengekalkan bentuk badan selepas bersalin.
2. Diet yang Bernutrisi dan Sihat
Ibu yang mengandung disarankan untuk mengamalkan diet yang sihat semasa mengandung. Kata orang, lepas mengidam sekali sekala apa salahnya kan. Boleh, tapi jangan amalkan selalu sebab kebiasaanya mengamalkan makanan ringan yang tinggi lemak dan gula ini akan buat kita ketagih. Dah ambil sekali, nak lagi...kan? Ini akan hanya menaikkan berat badan ketika mengandung dan ini adalah antara penyebab utama wanita mengalami kegemukan selepas mengandung.
3. Tidur Yang Cukup
Ibu-ibu selepas melahirkan anak kebiasaannya tidak cukup tidur. Mana dengan nak uruskan diri lagi, anak kecil lagi, rumahtangga lagi, kan. Kalau anda nak tahu, masa tidur minimum untuk ibu selepas melahirkan anak adalah 6 jam. jadi, kurang tidur juga boleh menyebabkan wanita mengalami kegemukan selepas bersalin tau. Jadi, mana-mana ada masa terluang, masa anak anda tidur, tidur sekali. Cover tidur yang tak cukup tu naaa...
4. Elakkan Stress
Lumrah jika ibu-ibu beranak kecil terutamanya kepada yang pertama kali menjadi ibu, mengalami stress kerana tiba-tiba kehidupannya berubah sepenuhnya. Yelah kan, dari hidup seorang, kemudian berdua, kemudian bertiga pula. Walaupun anda mengikut diet yang betul, percayalah, tak guna jika anda sendiri tidak dapat tangani stress. Ini kerana, jika kita terlampau stress, sesetengah hormon stress akan dilepaskan dan bagi kesan kepada peningkatan berat badan. Jadi, apa anda perlu buat? Bertenang. Jangan stress. Ramai wanita seperti anda. Nikmati pengalaman menjadi ibu seperti orang lain.
5. Bersenam
Wanita yang mengandung disarankan menjalani senaman ringan ketika mengandung setiap hari seperti senaman regangan, dan berjalan 30 minit. Dan tahukah anda, kurangnya bersenam ketika hamil adalah antara penyebab biasa kenapa wanita bertambah berat badan ketika hamil.
6. Berat Badan Meningkat Akibat Diabetes
Wanita yang mengidap diabetes dan mengandung memerlukan penjagaan optimum dan perubatan yang rapi kerana diabetes ini kebiasaannya menyebabkan mereka sentiasa lapar. Pantauan perlu sentiasa dibuat terutamanya berkaitan dengan pengambilan makanan kerana makan dengan terlalu banyak boleh menyebabkanpelbagai komplikasi termasuklah obesiti.
Bermula dari mengandung sehinggalah melahirkan anak, tiada satu wanita pun yang mengalami pengalaman yang sama. Jadi, badan setiap dari kita berbeza. Apa yang penting, kita cuba praktikkan yang terbaik untuk tubuh badan kita. Kena ingat, badan kita nak pakai lama tau.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment