Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Cappadocia Part 1

syuesalim | November 29, 2015 | 0Komen |

Hari ke-6 di Turki. Pagi ni, sampai ke Cappadocia. Lanskap Cappadocia memang beza sangat dengan tempat-tempat lain. Kiri kanan jalan nampak gunung-gunung berbatuan saja. Memang cantik. Kami dihantar ke hotel dulu. Hotel-hotel kat sini kebanyakan dalam gua tau. Jadi kami dihantar ke Dedeli Konak Cave Hotel. Tanggapan pertama Syue berkenaan hotel dalam gua ni kan; boleh ka duduk dalam gua. Boleh bernafas ka, boleh tidur ka..Haaa tudia sampai macamtu. Sabaq jelah Syue ni. Tapi bila dah sampai, Syue memang jatuh hati. Walau tidak la bertaraf berbintang-bintang, tapi...boleh lah habuan untuk merehatkan badan kan. Janji anak-anak pun suka.
Gambar wajib ada kalau melawat valley di Cappadocia
Di Cappadocia ni banyak sangat gambar kami ambil. Sebab tempat dia cantik, unik. Macam dalam gambar, tapi tak sangka semua ni depan mata. Ok..tour kami di Cappadocia ni banyak kepada melawat lembah (valley). Sebab Cappadocia itu sendiri terdiri daripada banyak sangat lembah-lembah. Kebanyakan pelancong yang datang ke sini memang akan dibawa melawat lembah-lembah ini. Jadi, tour kami harini bermula dengan melawat Red & Rose Valley. Kami ingat sekadar tengok tempat-tempat tu je tau. Sekali kena jalan menusuri lembah tu tau tak! Haish, pakaian kami anak beranak tak kena kot. Itenerari asal memang dah beritahu ada 'hike' tapi mana nak expect begini. Haiyaaa, patut Google dulu tengok macamana. Takpa lah, redah saja. 5km tau kami berjalan. Sangka tak sangka. huhu.
Antara gambar-gambar sepanjang turun naik lembah..haha...

Gambar atas & bawah: Cavusin Village

Penutup perjalanan kami berakhir di Cavusin Village. Setel 5km ditanya kami mahu naik ke atas tak Cavusin Village tu. Panjat lagi? Oh tak dah kot. Syamil sampai tertidur dah. Tourist guide tu pun tahu tahap kepenatan kami, tergambar di muka kot. Makanya dia cakap, saya ambil gambar kamu sekeluarga berlatarbelakang kampung itu. Itu sebaiknya. haha. Seterusnya kami dibawa ke Pigeon Village untuk lunch. Sebelum itu, singgah ke satu tempat, jual banyak souvenir kat sini; megnet, key chain, lampu. Port yang cantik juga untuk ambil gambar keseluruhan lembah. Subhanallah. Cantik sangat. Rugi kalau siapa datang Cappadocia tak dapat view macamni tau.

Nikmati panorama view katanya....
Tourist guide kami..lupa sudah nama dia..hehe
Selesai lunch, kami dibawa ke Kaymakli Underground City. Dan yang bestnya apa tau, satu keping gambar pun takde ambil! Even entrance masuk city ni pun takdak. Apa lah yang kami fikir masa tu eh. Husb dengan kamera besar, Syue pun pegang kamera poket tu, dengan masing-masing ada kamera telefon jugak, dah macamana sekeping pun tak ambil. Adeh. Macamana orang nak pecaya kami masuk? huhu. Tapi memang kami masuk sungguh tau.

Sebelum masuk tu, pakcik baju merah kat atas ni dah cakap siapa yang ada athma, atau masalah susah bernafas tak digalakkan masuk. Debor dah Syue. haha. Rupanya memang tempat kat bawah tu kecik sangat. Nak hubungkan antara satu ruang ke satu ruang tu, nak jalan kena membongkok. Kiranya Syamil seorang saja boleh berjalan tegak dalam tu. hahaha. Makin lama makin ke bawah, makin banyak ruang, makin besar. Hui, terfikir macamana orang dulu boleh buat bandar macamni. Syue boleh bagi gambar ehsan Google jelah. Menggambarkan keadaan dalam tu.

Ehsan Google. Nampak ruang bulat-bulat tu? Tu lah ruang jalan..hehe
Maka, berakhirlah trip waktu siangnya. Waktu malamnya pulak, kami pergi tengok persembahan Turkish Night. Ada tarian tradisional Turki, belly-dancing (fuhhhh semangat), dan beberapa persembahan lain. Sekali dengan makan semua lah. Budak-budak ni tak layan sangat persembahan, siap boleh tidur lagik. Letih jalan banyak siang tadi. Balik masing-masing kena tidur terus, esok kena bangun awal nak naik belon panas. Yeay!!





No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com