1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes. Nisbah yang amat menakutkan. Mungkinkah kita tergolong dalam perkiraan itu? Kata orang, kencing manis ni penyakit keturunan. Tapi dengan keadaan dunia sekarang, walau dalam keturunan kita tiada penghidap penyakit ini, jangan fikir kita tidak terdedah dengan risiko ini.
Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit yang tinggi kandungan glukosa dalam darah, sama ada disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin atau kurangnya tindakbalas badan terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit yang mengandungi kandungan glukosa tinggi dalam badan biasanya akan megidapi gejala kerap kencing (polyuria), jadi mereka akan jadi cepat lapar (poliphagia) dan dahaga (polydipsia).
APA ITU INSULIN?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Ia memastikan sel badan menyerap glukosa untuk digunakan sebagai tenaga. Insulin membantu mengekalkan paras gula dalam darah supaya tidak terlalu tinggi (hyperglycemia) dan tidak terlalu rendah (hypoglycemia).
Beta Cells melepaskan insulin dari pankreas ke dalam pembuluh darah |
Sel memerlukan gula (glukosa) untuk tenaga tetapi sel tak boleh serap gula secara terus. Apabila kita makan dan kandungan gula dalam darah meningkat, sel dalam pankreas (beta cells) akan dapat signal untuk melepaskan insulin dalam saluran darah. Jadi, insulin ini akan membenarkan sel-sel badan menerima glukosa. Apabila tubuh badan menerima glukosa lebih dari yang diperlukan, dengan bantuan insulin, glukosa ini akan disimpan di dalam hati dan otot sebagai glikogen dan melepaskannya apabila paras gula kurang dalam darah. Bermakna, insulin ini mengawal keluar masuk kandungan glukosa dan menyeimbangkan paras glukosa dalam darah.
Apabila kandungan insulin sangat sedikit atau tiada langsung dalam darah, sel-sel badan tidak dapat serap glukosa, inilah yang berlaku kepada pesakit diabetes. Pesakit diabetes yang menghadapi situasi glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel. Makanya, glukosa kekal dalam darah dan menyebabkan kenaikan paras glukosa.
JENIS-JENIS DIABETES
Ada 3 Jenis Diabetes:
1) Diabetes Jenis 1
Ada 3 Jenis Diabetes:
1) Diabetes Jenis 1
- Badan langsung tidak menghasilkan insulin disebabkan beta cells dalam pankreas rosak atau musnah
- Biasanya penghidap jenis ini akan mula mengalami simptom semasa kanak-kanak/remaja
- Disebabkan kegagalan penghasilan insulin secara semulajadi, biasanya penghidap memerlukan suntikan insulin dari luar, untuk sepanjang hidupnya
- Pesakit yang mengidap diabetes jenis ini perlu menjalani rutin pemeriksaan darah dan mengikuti diet tertentu.
2) Diabetes Jenis 2
- Kurang penghasilan insulin atau sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin.
- Hampir 90% kes diabetes di seluruh dunia terdiri daripada diabetes jenis ini
- Orang dewasa biasa mendapat diabetes jenis ini, tetapi dengan masalah kegemukan di dunia, kanak-kanak pun boleh mendapat diabetes jenis ini.
- Risiko untuk mendapat diabetes jenis ini: Berat badan berlebihan, tidak aktif/ kurang bersenam dan makan sesuka hati (tidak berkhasiat)
- Risiko semakin meningkat seiring dengan penigkatan usia
- Suntikan insulin hanya diperlukan dalam keadaan tertentu; sekiranya pengambilan ubat secara makan tidak berkesan @ beri kesan yang lebih serius kepada pesakit.
Kedua-dua jenis diabetes ini akan menjadi serius sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
3) Diabetes Ketika Hamil
3) Diabetes Ketika Hamil
- Berlaku kepada wanita ketika hamil
- Sesetengah wanita mempunyai kandungan glukosa yang sangat tinggi dalam darah, dan tubuh badannya tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi
- Kebanyakan wanita hamil yang menghidapi diabetes ini boleh mengawal melalui pengamalan diet & senaman. Sekitar 10%-20% yang perlu mengambil ubat mengawal glukosa
- Diabetes ketika hamil yang tidak dirawat akan meningkatkan risiko komplikasi ketika bersalin. Saiz anak dalam kandungan mungkin besar dari saiz sepatutnya
Tanda-tanda umum anda mengidap diabetes
- Paras gula dalam darah tinggi
- Kerap dahaga dan kerap kencing malam
- apabila glukos tinggi dalam darah, buah pinggang akan dipaksa untuk bekerja keras menyingkirkan glukos tadi. Itu yang menyebabkan individu tersebut kerap kencing. Apabila banyak hilang air, akan cepat dahaga
- Sentiasa rasa lapar
- apabila insulin tidak berfungsi dengan baik, dan sel-sel tidak mendapat tenaga, badan akan beri reaksi ianya memerlukan tenaga iaitu dengan makan.
- Kenaikan berat badan - disebabkan faktor di atas
- Hilang berat badan secara tiba-tiba
- Biasa dihidapi oleh pesakit diabetis Jenis 1. Oleh sebab insulin tidak membekalkan glukosa ke dalam sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga, badan akan anggap ia kelaparan, maka ia akan menguraikan lemak pada otot sebagai tenaga alternatif.
- Luka lambat sembuh
- Gusi kemerahan dan berdarah
- Keletihan dan cepat marah
- Terdedah kepada jangkitan kulat
- Penglihatan menjadi kabur
- Rasa kebas-kebas pada tangan dan kaki
- Kerengsaan kulit
Komplikasi sekiranya diabetes tidak dikawal:
Bagaimana mengurus diabetes?
- Mata - katarak, glaucoma, kebutaan
- Kulit - luka lambat sembuh, jangkitan kulit berulang; spt bisul
- Jantung - serangan jantung / angin ahmar
- Tekanan Darah Tinggi
- Gastroparesis - keadaan di mana otot perut berhenti berfungsi dengan baik
- Nephropathy - tekanan darah yang tidak terkawal boleh sebabkan kegagalan ginjal
- Kegagalan ereksi - mati pucuk di kalangan lelaki
- Gangrene
- Strok
Bagaimana mengurus diabetes?
- Seimbangkan pengambilan insulin dengan jumlah makanan yang diambil, dan aktiviti harian.
- Sentiasa memeriksa tahap glukosa
- Pastikan sentiasa menjaga kesihatan badan, sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang
- Memastikan berat badan dalam kawalan
- Berhenti merokok
Dikatakan penyakit kencing manis ini adalah penyakit yang kekal seumur hidup. Ianya mungkin tidak dapat sembuh tetapi ianya boleh DIKAWAL dan DIRAWAT . Pesakit boleh jalani kehidupan yang normal dengan syarat kawal dengan betul.
- Jaga pengambilan makanan
- Kerap bersenam
- Ubat-ubatan
Bagi pihak Shaklee, set Sugar Control dicadangkan kepada pengidap diabetes sebagai nutrisi lengkap bagi meningkatkan kesihatan.
Peranan setiap produk dalam set ini:
ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah dan tidak berkanji. Isoflovin dalam protein membantu mengurangkan risiko diabetes.
Alfalfa Complex mengandungi mineral yang membantu mengurangkan gula dalam darah.
GLA Complex membantu memngurangkan simptom kesakitan saraf pesakit diabetes.
Vitalea mempunyai formulasi istimewa dengan 28 jenis vitamin dan mineral termasuk 'chromium'.
SR Vitamin C dan Zinc merupakan nutrisi asas untuk mempercepatkan proses pemulihan luka
Peranan setiap produk dalam set ini:
ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah dan tidak berkanji. Isoflovin dalam protein membantu mengurangkan risiko diabetes.
Alfalfa Complex mengandungi mineral yang membantu mengurangkan gula dalam darah.
GLA Complex membantu memngurangkan simptom kesakitan saraf pesakit diabetes.
Vitalea mempunyai formulasi istimewa dengan 28 jenis vitamin dan mineral termasuk 'chromium'.
SR Vitamin C dan Zinc merupakan nutrisi asas untuk mempercepatkan proses pemulihan luka
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh tambah VIVIX dalam set ini.
Atau mengambil VIVIX sahaja juga boleh membantu merawat diabetes.
VIVIX mengandungi resveratrol yang mempu memperbaiki sensitiviti insulin dan mengurangkan tekanan oksidatif.
Walau tidak mampu untuk hilangkan terus, mungkin kita mampu mengawal. Jangan berputus asa dalam memastikan diri kita atau insan tersayang mendapat kualiti kesihatan yang terbaik.
Boleh membuat pembelian sendiri dengan KLIK ikon di bawah.
atau
Sebarang
pertanyaan berkenaan set ini atau ingin membuat
pembelian
rangkaian produk Shaklee yang lain,
hubungi
Syue di sini.
Konsultasi
dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!
**Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis
penyakit
No comments:
Post a Comment