Dehidrasi: Kenali Punca dan Pencegahan

syuesalim | June 23, 2015 | 0Komen |
TAHUKAH ANDA?
Tubuh badan kita terdiri daripada 2/3 air. Air beperanan penting dalam tubuh badan. Sejauh mana ianya penting? Bola mata anda bergerak, apa yang memudahkannya? Apa yang melicinkan sendi anda? Apa yang membantu sistem pencernaan anda? Apa yang mengangkut keluar bahan kumuh dari badan anda? Kulit anda lembap, sebab apa? Semuanya disebabkan AIR! 

Boleh dikatakan kita kehilangan sejumlah air dalam badan setiap hari, tanpa kita sedar. Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak akan terdedah kepada risiko kekurangan air dalam badan. Jika kita kurang pengetahuan tentang pentingnya keperluan air dalam badan, dehidrasi boleh dianggap sebagai 'pembunuh senyap'.

Dehidrasi (dehydration) adalah gangguan dalam keseimbangan cairan @ air dalam tubuh badan kita. Ianya terjadi apabila tubuh badan kita kehilangan lebih banyak air dibandingkan dengan yang diserap. Ia boleh disebabkan oleh proses psikologi normal; peluh, air mata, bernafas, air kencing atau sebab-sebab lain; faktor cuaca, pertambahan aktiviti fizikal, diet @ pola makanan. 

Kehilangan cecair badan yang banyak boleh mengganggu proses metabolisme badan. Pada keadaan jumlah normal air dalam badan berkurangan, badan akan menyerap cairan dari dalam darah atau bahagian lain jika diperlukan. Bila berlakunya dehidrasi akut, tiada lagi cairan yang tinggal bagi memudahkan darah diangkut ke organ-organ penting badan. Bila berlaku keadaan ini, boleh menjejaskan fungsi penting organ-organ tersebut dan sistem badan terganggu. Jangan ambil mudah dengan dehidrasi ini. Kehilangan cecair badan yang banyak boleh menyebabkan kematian.

Jenis dehidrasi
Dehidrasi boleh dikelaskan kepada :
1. Hypotonic @ hyponatremic (kehilangan zat natrium)
2. Hypertonic @ hypernatremic ( kehilangan air )
3. Isotonic @ isonatremic ( kehilangan air & zat natrium )

Gejala awal dehidrasi
  • Dahaga/haus
  • Sakit kepala, mual @ muntah
  • Kering tekak
  • Letih tanpa sebab/lemah badan
  • Mengantuk
Jika gejala dehidrasi ringan tidak diatasi, boleh berlaku dehidrasi akut. 
Antara gejala-gejalanya adalah:
  • Hilang keanjalan kulit
  • Mata cekung
  • Pening @ pengsan bila berdiri
  • Ketidakmampuan untuk kencing, air kencing jadi sedikit & berwarna gelap
  • Denyutan jantung boleh jadi laju @ lemah
  • Tekanan darah rendah
  • Kekejangan
  • Insomnia
Faktor penyebab
Faktor dalaman - kehilangan air secara semulajadi; peluh, bernafas, kencing
Faktor luaran:
- aktiviti fizikal yang menyebabkan peluh banyak tetapi tidak mengambil air secukupnya
- berpeluh banyak di dalam persekitaran & cuaca yang panas dan kering
- terdedah pada udara kering yang lama
- kehilangan darah akibat kemalangan
- cirit birit & muntah
- penyakit seperti diabetes
- kekuranagn bekalan air bersih

Cara Merawat Dehidrasi Ringan
  • Untuk dewasa, banyakkan minum air, jus buah-buahan dan larutan dehidrasi (minuman yang mengandungi elektrolit. Pilihan terbaik adalah Performance Drink.
  • Keluar dari kawasan yang panas, cari tempat berhawa dingin untuk meneutralkan suhu badan
  • Untuk kanak-kanak, beri minum larutan dehidrasi menggunakan sudu @ shrink. Hindari air putih kerana air putih akan mengurangkan zat mineral tubuh. 

Cara Mencegah dari Berlakunya Dehidrasi
Rawatan terbaik untuk dehidrasi adalah mencegah dari berlakunya dehidrasi. Memang ditekankan betapa pentingnya keperluan pengambilan cecair oleh badan
  • Minum air dengan 2-3 liter sehari, Boleh diselang seli dengan jus buah.
  • Jika melakukan aktiviti luar dan di dalam cuaca yang panas, pastikan ada air tambahan. Volum cecair yang hilang boleh diketahui dengan tepat dengan menimbang berat sebelum dan selepas melakukan aktiviti. 
  • Elakkan senaman  pada cuaca yang sangat panas. Lihat ramalan cuaca dan paktikan anda rancang aktiviti luaran anda pada masa cuaca tidak terlalu panas
  • Elakkan pengambilan alkohol
  • Pakai pakaian cerah dan longgar jika anda perlu berada di luar
  • Elakkan diri dari terdedah pada panas secara berpanjangan. Cari tempat berhawa dingin atau redup untuk meredakan panas badan.
Ingat pesanan ini ye :)


Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian rangkaian produk Shaklee,
hubungi Syue di sini.
 
Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com