Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) yang menggunakan ketinggian dan berat bagi menentukan paras lemak dalam badan, dapat menentukan sama ada kita memiliki kurang berat badan, berat badan ideal & berat badan. Jika BMI anda berada di bawah 18.5, ini bermakna anda termasuk dalam kategori kurang berat badan.
Apa masalah yang mungkin timbul jika terlalu kurus/ kurang berat badan?
- Pertumbuhan dan perkembangan terbantut
- Biasanya terjadi pada kanak-kanak dan remaja yang mana badan mereka pada tahap ini memerlukan nutrisi yang tinggi untuk membesar dan kekal sihat
- Tulang cepat mereput
- Berat badan kurang di samping kurangnya vitamin D & kalsium boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan terdedah kepada risiko osteoporosis
- Sistem imun menjadi lemah
- Bila badan tak dapat nutrien yang mencukupi, badan tidak dapat menyimpan tenaga dan sukar melawan penyakit. Juga menyukarkan sistem imun untuk mengembalikan kekuatan badan selepas jatuh sakit.
- Anemia
- Keadaan ini boleh disebabkan oleh kurangnya zat besi, folat dan vitamin B12 yang boleh menyebabkan pening, loya dan sakit kepala.
- Kesuburan
- Keguguran rambut
- Kurangnya berat badan bermaksud kurangnya nutrisi dalam badan, secara tidak langsung akan menyebabkan rambut menipis dan mudah gugur. Juga beri kesan pada kulit dan gigi.
Faktor menyumbang berat badan berkurang
- Faktor genetik
- Jika anda memang kurus dari zaman sekolah lagi, dan ahli keluarga anda pun memang kurus-kurus belaka, bermakna tahap metabolisme badan anda tinggi daripada individu biasa. Anda juga mungkin kurang selera makan.
- Aktiviti fizikal berskala tinggi
- Jika anda seorang ahli sukan, anda mesti tahu aktiviti mana yang boleh bagi kesan pada berat badan anda. Aktiviti fizikal ini juga boleh wujud dari seseorang yang sangat aktif dan energetik dalam melakukan kerja. Jika selalu sangat aktif, anda membakar lebih kalori berbanding mereka yang tidak aktif
- Penyakit
- Apabila jatuh sakit, anda akan hilang selera makan dan badan akan hilang keupayaan untuk menyimpan nutrisi makanan. Tapi, perlu diberi perhatian. Jika anda hilang berat badan secara tiba-tiba, ianya mungkin salah satu tanda anda menghidapi penyakit tertentu seperti masalah tiroid, diabetes, penyakit berkaitan penghadaman atau boleh jadi kanser. Pastikan anda dapat pengesahan dari doktor jika ini berlaku.
- Ubat-ubatan
- Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan kehilangan berat badan. Ada juga rawatan tertentu seperti kimoterapi, boleh sebabkan hilangnya selera makan dan juga hilang berat badan yang terlampau.
- Masalah Psikologi
- Faktor stres dan tekanan boleh mengganggu tabiat pemakanan seseorang. Ketakutan kepada tubuh badan sendiri (cth: anorexia) juga boleh menjejaskan tabiat pengambilan makanan.
Jadi, bagaimana hendak naikkan berat badan dengan cara yang lebih sihat?
- Buat diari makanan
- Membuat catatan tentang bila dan apa yang dimakan setiap hari dapat mengenalpasti tabiat pemakanan dan memahirkan anda berkenaan dengan pengiraan jumlah kalori makanan. Dengan cara ini, dapat lah anda tahu makanan apa @ pada waktu bila kalori boleh ditambah.
- Tambah kalori yang berkhasiat
- Tak perlu tukar diet anda. Kekalkan, cuma buat penambahan sahaja. Tambah jumlah kalori 200+ untuk setiap hidangan.
- Fokus pada kualiti, bukan kuantiti
- Usaha untuk menaikkan berat badan tidak bermakna anda makan burger, kentang goreng atau mana-mana makanan segera setiap hari tanpa henti. Memang tak elok untuk badan pun. Apa kata anda fokus kepada makanan yang kaya dengan nutrisi. Boleh cuba daging yang berprotein tinggi yang mana dapat membantu membina otot badan. Atau karbohidrat yang bernutrisi seperti beras perang dan bijian penuh lain.
- Snek yang sihat
- Nikmati snek yang mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi. Kekacang, keju, buah-buahan kering, roti bijirin penuh, protein bars atau hummus boleh membantu. \
- Minuman berkalori
- Pilih minuman berkalori tinggi seperti smoothies atau minuman berprotein tinggi. Minuman ini juga dapat membantu.
- Makan lebih kerap
- Jika anda menghadapi masalah kurang berat badan disebabkan oleh faktor perubatan atau masalah psikologi, mungkin makan dengan banyak sekaligus untuk satu waktu adalah suatu perkara yang susah sangat. Apa kata ambil makanan dalam saiz yang lebih kecil tapi diambil secara kerap untuk sepanjang hari.
- Bulk up
- Ini mungkin lebih sesuai kepada orang lelaki yang sangat kurus. Naikkan berat badan dengan melakukan aktiviti yang membina dan menyihatkan otot. Jika di pusat gym itu sendiri ada disediakan aktiviti khusus untuk mereka yang ingin menambah berat badan.
- Tetapkan matlamat
- Apa yang anda perlukan adalah SABAR. Menambah berat badan juga satu proses yang sangat perlahan dan boleh mengambil masa yang lama. Ianya bergantung kepada sejauh mana matlamat yang anda hendak capai dan juga status kesihatan semasa. Tanda-tanda anda dah capai berat badan ideal adalah, anda rasa lebih bertenaga, dapat kenalpasti corak pemakanan, kawalan rasa lapar dan kenyang, serta kesihatan keseluruhan yang lebih baik.
Sebelum anda memulakan sebarang jenis program untuk menambah berat badan, pastikan anda minta pendapat doktor atau pakar kesihatan berkenaan situasi sebenar 'kurus terlampau' anda. Kurangnya berat badan mungkin lebih berkaitan dengan isu kesihatan. Berbeza dengan usaha menguruskan badan, ianya pasti tidak boleh diperbaiki dengan hanya mengubah diet. Jika kena cara dan tahu puncanya, anda boleh mendapatkan kembali berat badan ideal dengan cara yang lebih sihat.
No comments:
Post a Comment