Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Pamukkale & Hierapolis

syuesalim | November 14, 2015 | 0Komen |

Hari ke-5 di Turki. Dijemput seawal 8 pagi dari hotel, selepas sarapan kami dibawa untuk tour seterusnya hari ini. Ke Pammukale. Tempat yang Syue teringin sangat nak tengok sebelum ini. Sebelum ni tengok di Internet saja. Teruja sangat nak tau tempat ni macam mana. Dari Kusadasi ke Pamukkale tak jauh mana pun. Dalam 2 jam lebih perjalanan sahaja. Subhanallah, pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik. Dari jauh pula dah nampak bukit memutih ni. Bila sampai dekat, pantulan bukit yang memutih ni menjadikan kawasan tu nampak seperti bercahaya.

Ehsan Google. Tak terfikir nak ambil gambar dari sudut ini.
Sebelum dibawa naik ke atas bukit tu, kami dibawa makan tengahari dulu. Agak awal lah makan tengahari kami hari ini. Kena makan kenyang-kenyang. Jauh dan tinggi nak berjalan nanti haaa. Nak naik ke atas tu, kena naik bas tau. Dah sampai kat atas tu, kena beli tiket, kena melalui bandar arkeologi Hierapolis. Kejap lagi Syue cerita sikit pasai Hierapolis ni. Sebab apabila melalui tapak tinggalan Hierapolis ni ada satu sudut di mana kita boleh lihat panorama teres batu memutih ni jer.

Cantik kan tempat ni? Betul-betul di puncak atas Pamukkale.
Sekali tengok tempat ni, serious mata Syue tak boleh beralih dari memerhati keseluruhan tempat ini. Subhanallah. Cantik sangat. Betullah maksud Pamukkale dalam bahasa Turki yang bermaksud 'istana kapas'. Putih sangat batu-batuan ni. Calcite-laden water yang berpunca dari mata air panas yang bermula dari bandar Hierapolis ini yang membentuk muka bumi Pamukkale ni. Air yang bermineral ini membentuk beberapa siri air terjun, stalaktit serta kolam yang berteres dan bertingkat-tingkat. Unsur kalsium karbonat yang menjadikan stryktur muka bumi ini berwarna putih. Memang nampak bersinar-sinar tau. Tenggelam menjadi gelita kami anak beranak. hahaha.

Syue terfikir tempat yang cantik ini mengapa tidak dibina hotel. Rupanya, tempat kami mengambil gambar ini dahulunya adalah tapak hotel. Ianya diruntuhkan kerana aktiviti perhotelan di situ dikhuatiri boleh merosakkan teres-teres batuan yang ada. Tempat ini kemudiannya menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kisahnyaaa... Tapi, berbaloi oiii jalan panas-panas jauh-jauh dengan anak-anak dah mengamuk tak nak jalan, bila dapat tengok tempat cantik macamni. haha.


Hierapolis-Pamukkale ni besar sangat. Tak terjangkau dek akal. Bila jalan ke depan lagi kan, ada satu tempat kat situ namanya Antique Pool. Tempat ini suatu masa dulu menjadi tempat tumpuan orang mandi untuk berubat. Air di kolam-kolam ini dikatakan mampu mengubat penyakit-penyakit tertentu. Waktu tu pun memang ada pengunjung yang mandi, cuma kami tak join mandi lah. Kawasan ni besar sangat. Kalau ke depan lagi dari Antique Pool ni, ada Muzium Peninggalan Hierapolis. Si Syakir dah tak larat jalan, jadi kami pun serender nak jalan. Jadi kami masuk ke Antique Pool ni lepak dalam tu.

Lihatlah betapa letihnya Syue. Tunggu ais krim ni.
Bila dah hilang letih, kami dah nak turun. Rupa-rupanya, kalau nak turun kawasan Pamukkale-Hierapolis ini, kami kena melalui teres-teres kolam tuh. Syue takmau turun ikut situ sebenarnya, tapi dah semua lalu situ. Dah tak ada jalan lain, melainkan jalan mula-mula datang tadi. Hish, boring kot jalan awal-awal tadi. Jadi, mau tak mau kena lalu juga situ. Terpaksa beli extra beg habuan nak letak kasut kami anak beranak. Syue takut tergelincir sebenarnya, tu yang takut sangat lalu situ. Dengan bawak budak-budak ni pulak. Rupanya tak licin pun. Kesat jer permukaannya walaupun berair. Macam tak sangka lalu situ tau. Seronok tu tak dapat digambar.


Letih tapi puas hati. Tak sangka boleh turun bukit punya tinggi macamtu. Anak-anak punya letih tak payah cerita lah kan. Syamil berdukung jer, tak mau lepas. Malam ni tidur dalam bas lagi. Long journey. Untuk destinasi seterusnya esok tuh. Cappadocia. Tak sabar tau.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com