Minggu Pertama Ke Sekolah Penggal Baru

syuesalim | September 12, 2015 | 0Komen |
6 September. Hari pertama sesi persekolahan 2015/2016. Setelah hampir 2 bulan bersummer holiday, macam sikit susah nak tune balik ke mode on duty. hahaha. Tapi dalam sebulan sebelum ni pun dah suruh anak-anak masuk tidur awal, bangun awal. Walaupun bangun tak seawal masa sekolah, paling-paling pun ada la perubahan berbanding bulan puasa aritu; pukul 10-11pagi baru bangun. Kejutkan Syakir bangun solat subuh pukul 4, dia tak mau tidoq balik. Haihh, pukul 5.30 satgi baru ingat nak kejutkan dia balik. Tapi dah dia kata takmau tidoq, biaq pi lah. Last-last tengok, tidoq jugak. Memang mengantuk tuh, saja nak melawan mata.

Hari pertama, Syue bangun awai pun agak blur nak masak apa. Ini laaa masalah sejagat setiap kali anak mula sekolah balik. Padahal hari sebelum tu macam-macam fikir benda nak buat. Disebabkan Syakir ni memang pesen dia tak breakfast kat rumah, minum air coklat campur serbuk ajaib saja, makanya takdak la nak kalut sangat nak masak awal2. Dia sendiri dah kenyang minum tu saja. Sempat la rasa kenyang sehingga rehat pukul 8.30 nanti. Last-last, bakar roti letak telur goreng mata dalam tu. Letak jugak oren dan epal masing-masing setengah biji. Amboih, healthy sangat kan bekal dia. hahaha. Padahal mama tak berapa rajin. Ni masih dikira sebagai fasa warm-up. hahaha.

Dia masuk Tahun 3 untuk sesi ini. Sekolah kat sini memang sempoi. Tengok, dia pi sekolah beg kosong. Ada bekal ja tu haaa. Syue pulak yang naik susah hati tau. huhu. Tp memang biasa macamni pun. Tu yang takdak nak beli alat tulis baru. Semua dah ada kat sekolah. Bukan alat tulis kami beli; sekolah dah sediakan.

Balik sekolah memang satu ni jelah yang dia bawak balik; student planner. Dan fail untuk homework. Biasanya homework tu teacher dia dah bagi untuk seminggu. Bagi pada Ahad, Khamis baru kembalikan. 1 hari 1 kerja. Untuk 4 hari. Kadang-kadang satu hari dia dah habiskan. Hari-hari lain dia relax ja tak buat kerja sekolah. Hari Khamis biasanya dia ada Spelling Test. Bahagia nya lahhh haaiii. Banding ngan mama sekolah dulu, mau hari-hari balik hadap homework. Eh, masa tahun lepas Syakir bersekolah sekejap di kampung pun memang hari-hari ada kerja sekolah. Beg pun besar & berat nar. Dia pernah merasa, dan dia kata dia lagi suka sekolah di sini. Tak mau dah sekolah sana. Hmmm....

Seminggu berlalu dengan lancar. Mama pun dah tak blur. haha. Dah boleh terima kenyataan. Moga hari-hari mendatang akan berlalu dengan mudah. Owh yaaa..minggu depan si Syamil pulak mula sekolah. Kita tengok pulak macamana. hehehe.


No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com