Rawat Eczema dengan Shaklee

syuesalim | July 10, 2015 | 0Komen |

Tahukah anda? Sebenarnya tiada penawar untuk eczema. Hah, ayat itu saja dah cukup merisaukan ibu-ibu di luar sana. Bertenang...bertenang. Memang tiada penawar, tetapi untuk kebanyakan kes, ianya boleh dikawal. Tak perlu malu. Anda tidak keseorangan. Anak anda juga tidak keseorangan. Anda kena tahu yang ramai sangat yang ada eczema ini. Seluruh dunia. Yang membezakan adalah jenis dan tahap eczema seseorang itu sahaja.

Apa itu ECZEMA?
Eczema merupakan masalah kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Ia boleh muncul di seluruh badan. Orang dewasa dan kanak-kanak biasanya mengalami eczema pada pelipat lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Pada bayi, biasanya terdapat di muka @ bahagian lain dalam bentuk tompok merah. Kawasan yang kena eczema ini biasanya menjadi sangat kering, menebal & bersisik. Individu yang ada eczema ini biasanya didiagnos ketika masih bayi atau kanak-kanak. Sangat jarang eczema ini bermula pada peringkat dewasa. Simptom eczema biasanya hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak tersebut meningkat dewasa. Ada sesetengah orang eczemanya berkekalan sehingga dewasa. 

Penyebab Eczema
Sehingga kini tidak dapat dipastikan apa punca sebenar eczema ini. Tapi ianya lebih kepada tindakan overaktif sistem imuniti badan terhadap benda / keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal. Pakar percaya ianya lebih kepada genetik, persekitaran & faktor kulit dan ketiga-tiga ini saling berkait.

Ada beberapa faktor penyebab yang mencetus eczema ini. Jika ada anak-anak atau orang terdekat anda ada eczema. pastikan anda tahu penyebab eczema tersebut dan sebolehnya elak faktor-faktor penyebab ini.

Faktor dalaman:
  • Ahli keluarga yang ada masalah eczema, asma @ allergy rhinitis.
  • Perubahan emosi yg ketara seperti stress & kemurungan
Faktor persekitaran:
  • Iritasi - sabun, bahan pencuci, syampu, pencuci pinggan mangkuk, peluntur, mandian berbuih
  • Alahan -  bulu binatang peliharaan, habuk, kelemumur, hama 
  • Mikrob - virus, fungus, bakteria tertentu
  • Cuaca - terlampau panas @ terlampau sejuk, humiditi yang sangat tinggi @ rendah
  • Alahan makanan - tenusu, telur, kekacang
Siapa yg biasa kena Eczema
- Kanak-kanak yang mana ibu/ bapanya mengidap eczema.
- Juga terdapat pertalian antara kedua ibu bapa yang mempunyai alergi atau asma.

Simptom/ Tanda-tanda Eczema
Simptom eczema berbeza pada setiap orang. Radang itu sendiri boleh jadi berbeza dan naik di tempat yang berbeza untuk masa-masa tertentu. Namun secrara umumnya mereka yang ada eczema ini mengalami kulit yang kering dan sensitif dan mungkin juga kegatalan yang amat sangat pada kulit. Ia mungkin menjadi lebih teruk seandainya digaru tanpa kawal. Ada masa eczema ini muncul dan ada masanya ia hilang.

Antara tanda-tanda biasa eczema:
  • Kulit kering, sensitif
  • Kegatalan
  • Kulit kemerahan
  • Kawasan kulit bersisik, berkerak
  • Tompok lebih gelap dari kulit biasa
Kitar eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak. Eczema menyebabkan kegatalan yang amat sangat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:

Rawatan eczema
Jika anda @ anak anda ada eczema, adalah penting untuk beri perhatian yang lebih pada penjagaan kulit.
  • Pastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap sepanjang hari
  • Mandi dengan air suam dan sekejap sahaja. Mandi lama akan menyebabkan kulit jadi kering. Guna sabun/gel mandian yang tidak merengsakan kulit
  • Selepas mandi jangan lap terus. Kedapkan sahaja dengan tuala lembut
  • Sapu pelembap sejurus selepas mandi
  • Pakai pakaian yang longgar, dari fabrik kapas. Elakkan fabrik kasar dan ketat.
  • Berhenti menggaru. Menggaru hanya akan menjadikan ianya lebih teruk & pesakit mungkin boleh mengalami jangkitan kulit
  • Pastikan kuku pendek 
  • Pastikan persekitaran yang bersih dan bebas habuk; sentiasa tukar cadar, vakum karpet.
  • Sentiasa peka dengan penyebab eczema dan cuba untuk elak dari ianya berlaku
Untuk eczema, ada beberapa produk yang dicadangkan oleh Shaklee.


  • Omega-3 dalam Oemga Guard dapat mengawal keradangan kulit, serta dapat meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan. 
  • Mealshake membantu dalam proses penggantian sel baru yang lebih sihat. Sel yang sihat dapat membantu penyerapan nutrien yang lebih baik dan memulihbaik luka eczema dengan cepat.
  • Herbal Blend disapu pada kulit yang ada eczema. Sangat berkesan pada kulit kasar akibat kesan eczema.
Di samping 3 produk ini, ada juga tambahan produk lain seperti Vitamin E, Alfalfa dan Nutriferon. Ianya mengikut kesesuaian dan kemampuan anda. Set asas ini memadai untuk eczema yang biasa dialami oleh kanak-kanak dan dewasa di Malaysia.

Untuk pembelian set ini, and boleh klik ikon di bawah.

 SET ECZEMA



Sebarang pertanyaan berkenaan set ini atau ingin membuat 
pembelian rangkaian produk Shaklee yang lain,
hubungi Syue di sini.
 Konsultasi dan panduan PERCUMA bagi yang mendaftar dengan Syue ya!


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com