Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul Part 2

syuesalim | September 15, 2015 | 0Komen |
Ok. Sambung hari baru. Hari ke-3 di Istanbul. Lepas sarapan kat hotel, seperti semalam, kami dijemput untuk tour baru pulak. Bosphorus Cruise & Two Continents Tour. Dalam bahasa mudahnya, naik bot menyusuri Selat Bosphorus yang terletak antara dua benua. Syue sebelum ni, terus terang, memang tak tahu pun Istanbul ni terletak dalam dua benua; Asia dan Eropah. Bandar yang dipishakan oleh laut, biasa kot kan. haha. Bila ikuti ejen travel ni la baru clear sikit. Istanbul di sebelah Eropah ini banyak dikunjungi yang mempunyai peninggalan sejarah dan tempat kunjungan pelancong. Di sebelah Asia bangunannya lebih moden, dan banyak bangunan-bangunan pejabat di situ. Tetapi sepanjang Bosphorus, di sebelah Eropah mahupun Asia masih terdapat bangunan peninggalan zaman-zaman pemerintahan terdahulu.


Mengikut catatan Syue, tambang bot kami 5TL saja. Murah weh. Dah termasuk dalam pakej? Eh tak. Tambang begini memang tak termasuk dalam pakej. Bayar asing. Jadi, kalau nak datang Istanbul, ikutlah Bosphorus Tour ni. Memang best. 

Pandangan dari atas bot.
Bot ni terbuka, semua duduk di sebelah atas. Nama ja 'cruise' tapi janganla expect cruise yang besar tu. haha. Kecik je botnya. Tp ramai boleh duduk, ok sangatla kan. Lama jugaklah dok atas bot tu. Sejam lebih jugak rasanya, siap ada persembahan lagi kat atas tu. Bila melalui bangunan-bangunan tertentu, memang guidance bot tu adalah beritahu nama-nama & sejarah tempat tu. Tapi, tak berapa dengar sebab berangin dan melayan karenah anak-anak yang kebosanan. Panas tak tak terasa bahang tu. Cam sejuk dingin ja. Boleh lihatlah beberapa tempat yang dirakam kami. Kami ambil sendiri yer. Bukan cilok Encik Google naaa. 

Dari kiri atas ikut arah jam: 

Memang tak lengkaplah pengembaraan pada siapa-siapa yang datang melancong ke Istanbul, tak ikut Bosphorus Tour ni. Best giler weh. Tapi kena datang pada masa yang betul lah. Dengarnya masuk musim sejuk tiada perkhidmatan bot untuk Bosphorus Tour ni. Sapa nak naik bot sejuk-sejuk weh. Masa kami pergi ni tengah nak tukar musim. Berangin jugak. Tengok anak-anak Syue, memang dah pakai jaket. 

Selepas itu, kami dibawa ke Golden Horn. Golden Horn ni macam semenanjung yang berbentuk tanduk yang melunjur ke arah Selat Bosphorus. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia disebabkan sejarahnya dan keindahan semulajadinya. Kat situ ada satu cafe  tau. Syue tak ambil pulak gambar kat situ. Kalau duduk-duduk situ pekena kopi Turki sambil tengok pemandangan, hishh...best gila kot. 



Ada satu benda ja yang Syue boleh ingat masa kat situ. Dengar azan Zohor. Situ kan masjid dia dekat-dekat. Satu dah mula azan, yang lain macam bersahut-sahut. Memang bergema satu Istanbul. Perasaan masa tu, memang tak boleh digambarkan lah macamana. Subhanallah. Bawah sikit dari cafe tu tempat tengok panorama. Dari sini boleh nampak panorama Istanbul secara keseluruhan.Tak berapa banyak la pulak gambar. Masing-masing ambil gambar, segan nak mintak tolon orang ambilkan gambar kami cukup sekeluarga. hehe.


Selepas itu, kami dibawa pula ke kedai karpet. Memang sebahagian dari itenerari agensi pelacongan, pelancong akan dibawa ke tempat-tempat yang menjadi tarikan di sesuatu tempat itu. Macam di Istanbul, kami dibawa ke kedai karpet yang terkenal dalam Istanbul. Satu satu dia bukak dia tebar kat lantai. Cantik la haaaiiii, tapi nak membeli tu tak lah kan. hehehe. 

Mau tak rambang mata tengok? Sutera tak sutera semua ada.
 
Habis di kedai karpet tu, maka habislah program kami kat Istanbul. Kami pergi jalan-jalan cari makan tengahari dulu. Makan tengahari ni sendiri makan. Maka, melilau lah kami di Dataran Taksim tu cari makan. Malam ni kami kena naik bas menuju Kusadasi pulak. Mengikut itenerari, 10 jam perjalanan. Kiranya kami bermalam dalam bas lah. Macam mana perjalanan kami yang jauh ni? Sama-sama tunggu di entri seterusnya ya.....

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com