Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Istanbul Part 1

syuesalim | September 12, 2015 | 0Komen |
Haihhh...bercinta nya laaaa nak buat entry 'terobek' ni. Bukan senang nak panggil balik memori 2 tahun lepas. Tengok- tengok gambar, tenung-tenung baru teringat. Baru boleh nak kumpul nak cerita panjang-panjang.Ok jom sambung.

Sarapan di hotel. Syue masa tu memang berharap betul dapat sarapan nasi lemak. haha. Sebab sarapan dia sangat...apa nak cakap eh...sangat menyihatkan. Healthy breakfast gitu. Ada roti, telur rebus, cereal, muffin. Tu ja. haha. Hotel kecik kot kan, makan jelah apa yang orang sedia. Kena makan, kang nak jalan banyak. Tapi halaman dia cantik. Makan dalam taman.



Dalam 8.30 macam tu, tourist guide jemput kami untuk pergi ke tempat pertama, Imperial Palace of Topkapi. Punyalah besar istana ni, berlapis-lapis pintu gerbang dia. Sedikit cerita berkenaan istana ini. Istana terbesar di Turki. Pernah menjadi kediaman rasmi Sultan Uthmaniyah (Ottoman) selama lebih 400 tahun. Tempat ini sekarang lebih kepada muzium yang menjadi penyimpanan peninggalan sejarah Islam termasyhur, termasuk pedang dan jubah Nabi Muhammad SAW. Kat sini juga tersimpan. Ada satu bangunan  tersimpan permata termahal di dunia. Banyak tempat di sini tak dibenarkan ambil gambar, terutamanya tempat yang mempamerkan barang-barang tinggalan. Makanya banyak ambil kat muka-muka pintu jelah. hehe. 


Selepas itu, kami dibawa ke Muzium Hagia Sophia (di Turki lebih dikenali sebagai Aya Sofia). Menarik sejarah bangunan ini. Nama pun sedap. Asalnya dibina sebagai gereja untuk penganut Kristian Ortodoks dan merupakan gereja terbesar di  Costantinapole (nama lama bagi Istanbul) untuk hampir 1000 tahun. Melalui beberapa siri pemerintahan, runtuh, dibina semula sehinggalah sampai ke pemerintahan Kerajaan Uthmaniah di mana Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan gereja ini ditukar kepada masjid. Segala dekorasi di dalam ditukar dengan kesenian Islam. Kemudiannya terus ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki sehinggalah sekarang. Nak tahu lanjut, sila lah Google juga yer. Kena rasa sendiri pengalaman masuk ke tempat ini. Memang best.

Menghampiri waktu makan tengahari, kami dibawa ke satu restoran berdekatan dalam Taksim tu. Menu lebih kurang macam semalam. Lapar nasi putih. Hua3. Selepas itu, kami dibawa ke Masjid Sultan Ahmed yang lebih popular dengan nama Masjid Biru. Ketiga-tiga tempat ni dekat-dekat tau. Kebetulan masa pemandu arah kami bawa kami ke sini, masuk waktu Zohor. Jadi, semua pelancong tidak dibenarkan masuk melainkan orang Islam. Tourist guide  kami orang Kristian, dan ada satu keluarga lagi dengan kami, orang India. Jadi mereka tak boleh masuk waktu itu. Hanya boleh masuk semula selepas waktu Zohor. Jadi, kami jelah yang masuk. Tu pun sebab masuk solat Zohor. Kami suami isteri gilir-gilir solat. Sebab solat, memang tak teringat langsung nak ambil gambar dalam masjid. Tapi memang nampak lah 'biru' dalam masjid tu. Sebab tu ia dapat nama macamtu walaupun kat luar bukan biru pun warnanya. Haish, rugi betul tak ambil gambar.

Berjalan-jalan tiga tempat ni sahaja dah makan masa hampir setengah hari. Tourist guide kami tu tak drop kami di hotel, tapi berdekatan Grand Bazar. Tapi beliau dah beritahu yang hotel kami tak jauh mana pun dengan kawasan itu. Bagus jugak, takdak la terperap kat hotel. Sebelum tu dia cerita la sikit-sikit berkenaan Grand Bazaar ni. Grand Bazaar ni merupakan bazar tertutup terbesar di dunia yang mengandungi hampir 3,000 buah kedai. Mak oiii, besarnya. Larat ka nak jalan. haha. Kami jalan-jalan kat Grand Bazar dulu. memang besarlah, macam-macam benda dijual; karpet, barang kemas, pakaian kulit, barang perhiasan, lampu. Wohoooo, rambang mata. Tapi tahan hati. Belom masa untuk beli belah; baru hari ke-dua. hehe.

Disebabkan tempatnya sangat besar, kami cuba keluar ikut pintu lain. Ingat kan sama, sebab tengok masjid dia lebih kurang sama warna sama bentuk tau. Bila keluar nampak masjid, haaa, ni mesti Masjid Biru, jadi dekat dah dengan hotel. Bila jalan-jalan pusing jumpa Universiti Istanbul. Eh, macam salah tempat ja. Rupa-rupanya kami kat Beyazit Square. Masjid yang kami nampak tu Masjid Beyazit rupanya. Tapi kami tak ambil la pulak gambar Masjid Beyazit tu. Kat dataran tu kami tengok seorang perempuan tua bagi makan burung. Syakir masa tu tenung burung-burung tu terus perempuan tu bagi kat dia mangkuk makanan burung. Dengan senang hati la dia bagi makan burung. Sekali dah habis, dia mintak duit daaaa. Aiseh terkena lagi sekali. Takpa lah, rezeki dia. 

Last-last, nak balik hotel, kami patah balik jalan kami datang tadi, try and error jalan celah-celah rumah celah bangunan, maka sampai lah kami kat hotel. Seronok betul jalan-jalan dalam Istanbul ni. Tempat dia berbukit-bukit. Memang kena mendaki dan menuruni bukit jugaklah. Yang tu buat agak mengah jugak la. haha. Balik, rehat kat hotel, suruh suami cari makan kat kedai-kedai terdekat saja. Dah tak larat dah. Esok nak berjalan lagi. haha. Penat tapi seronok.

Tunggu next entry. Daaaa ☺.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com