Restoran Makanan Utara Paling Sedap di Setia Alam

syuesalim | July 03, 2015 | 2Komen |
Perkara yang Syue paling suka bila balik Malaysia adalah makanan. Takdak dah istilah jaga makan ka, diet2 ka. Rugi oiii tak makan tu tak makan ni kalau balik ke tanahair tercinta. Balik pun jarang-jarang kan, apa salahnya kalau sebulan balik tu badan naik sikit @ banyak pun boleh je kot. haha. Baki 11 bulan duduk di Qatar jaga badan & diet balik lah kan. Setel. hehe. 

Blog ni bukanlah blog jalan-jalan cari makan pun. Tapi seronok rupanya kalau boleh buat review pasai tempat-tempat makan ni kan. Sebelum ni pergi, makan, balik. Kalau sedap, sendiri tahu jelah. Kalau tak ada yang bertanya, tak cakap lah kan. Sekarang ni baru terfikir nak buat. Nanti-nanti lah bila Syue balik Malaysia pulak, Syue buat review pasai kedai yang Syue pergi. Kalu sedap macam orang kata, kita review ya. Jadi, untuk pertama kali ini, Syue mulakan dengan restoran ni dulu.



Bendang. Dengar namanya ja pun boleh agak restoran apa. Tahu maksud Bendang? Sawah. Orang utara panggil sawah, BENDANG. Cukup sempoi tuan punya restoran ni bagi nama restorannya, nampak ciri-ciri keutaraan itu. Syue boleh katakan makanan di restoran ini boleh mengubat kerinduan perantau yang berasal dari Kedah, Perlis & Pulau Pinang yang menetap di Setia Alam dan di sekitarnya. Orang luar yang tak pernah ke Kedah dan tak pernah rasa keaslian masakan Kedah tu, haaa...ni tempat yang sesuai untuk anda cuba. 100% northern authentic baq hang. Syue kalau balik Malaysia, disebabkan nak menghala balik ke Kedah tu lambat lagi (sebab nak jalan-jalan di selatan & tengah semenanjung dulu), maka restoran ini lah yang Syue tuju. Heven weh boleh makan makanan Utara setelah sekian lama tak merasa. Asyik masak sendiri ja, nak la makan kat kedai pulak kan. heheh.



Bertempat di Setia Alam, restoran ini dah beroperasi 3 tahun. Restoran ini pernah menjadi pilihan Jalan-Jalan Cari Makan tahun 2013. Yang masa itu, pengacaranya Qi Razali. Haa, tengokla tuan punya restoran. Kecik comel je kan. Tapi semangat & cita-cita besaq...sebesaq kedainya. haha. Buka setiap hari kecuali tutup pada hari Jumaat. Waktu operasi seawal 7 pagi dan tutup pukul 11 malam. Pada yang hendak bersarapan, ada sarapan pagi. Kemudian seawal 11 pagi, lauk-lauk untuk makan tengahari dah siap. Haaa, part lauk ni la yang heven sangat. Tukang masak original dari Kedah naa. Sebab tu keaslian rasa Utara tu memang ada. Lauk paling glamer, kensom. Ada gulai kawah, ada telur sotong, ada ketam, ada keli bakar. Banyak pilihan oii. Senang, tengok sendiri lah gambaq di bawah ye. Sebab Syue nak taip satu-satu jenis makanan, syue rasa nak nanges. Sebab dah terasa kat tekak ni haaa. Huwaaa!!

Antara jenis lauk-pauk makan tengahari

Dan lagi...dan lagi...

Situasi pada waktu tengahari dan juga malam
Waktu tengahari, peak hour. Kalau lambat ka, ambik kuah jelah. Pukul 1 lauk dah habis kot. Memang penuh dari waktu tengahari sehinggalah ke malam. Tapi malam bukan nasi berlauk dah. Malam lebih kepada ala-carte. Hidangan goreng-goreng. 

Antara contoh menu ala-carte

Lokasi restoran ni senang saja. Jika anda dari Lebuhraya PLUS, ambil laluan ke Klang dan cari exit Setia Alam. Dah keluar Tol Setia Alam, straight saja sampai jumpa flyover. Naik flyover tu naa pastu ambik kiri. Terus saja sampai jumpa Shell di sebelah kanan. Di sini ada simpang lampu isyarat tau. Bila dah nampak Shell tu, jangan lajak pulak,  Restoran ni belakang Shell tu jer haaa.

Kalau yang nak pakai GPS, koordinat dia 3 05'55.7"N, 101 27'43.5"E, Jalan Setia Indah X U13/X.


Harga pun sangat berpatutan. Sesuai lah dengan harga pasaran. Bagi anak-anak kelahiran Perlis, Kedah, Penang atau siapa-siapa yang pernah makan di negeri utara semenanjung, tahu kan tahap kemurahan harga makanan di sana. Jadi janganla nak expect harga makanan di restoran ini semurah makanan di Alor Star, atau Kangar, atau Bukit Mertajam ya. Tokey beli barang mentah di Selangor, kena la harga makanan ikut harga pasaran. Bab ni orang yang pernah berniaga mesti tahu; bab modal, untung rugi kan. Siapa berniaga nak rugi oiii. Peniaga yang jujur juga tak akan letak harga sebarangan kepada pelanggannya.

Ni Syue nak bagi tips. Kalau kita ni jenis bajet @ kuat komplen, pergi mana-mana kedai nasi campur, tengok dulu senarai harga yang kedai dah tempek ka, tulis di dinding ka. Jadi, kalau dah ambil lauk tu takde lah terkejut sangat kan. Kalau macam Syue, Syue ambil ja lauk yang Syue nak makan. Berapa dia letak harga, Syue jarang komplen. Nak murah, ambil sikit. Ambil lauk berjenis-jenis, kena lah sedar diri. hehehe.

Sedap baq hang. Mai cuba. Syue jamin mesti tak nyesai punya lah.


  

2 comments:

  1. AnonymousMay 10, 2016

    mahal la giler kedai ni

    ReplyDelete
  2. AnonymousJune 18, 2017

    Betul tu..mahal sgt2 maybe sbb restoran dah pernah keluar tv

    ReplyDelete

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com