Apa yang anda tahu berkenaan TIDUR? Pernah ambil tahu? Atau kita sekadar tahu tidur? haha. Tidur adalah keadaan di mana badan kita betul-betul dalam keadaan rehat dari keadaan persekitaran. Ketika tidur, kebanyakan sistem dalam badan seperti sistem imun, otot, saraf dan tulang dalam keadaan membina dan membaikpulih. Dan jika anda tahu, atau baru tahu, manusia boleh bertahan sehingga 2 bulan tanpa makan tapi hanya boleh bertahan sehingga 11 hari saja jika tidak tidur. Dalam 11 hari itu pun berkemungkinan besar 'tidak normal'; orang itu mengalami masalah tidur yang kritikal. Mahu begitu?
Jom kita tengok fakta umum berkenaan tidur, faktor yang menyebabkan sukar tidur dan cara mendapatkan tidur yang berkualiti.
10 Fakta Umum Mengenai TIDUR
1. Tidak semua orang perlu masa tidur yang sama. Bayi tidur lebih 16 jam sehari, Kanak-kanak sehingga 13 tahun, masa tidur lebih kurang 10 jam. Semakin meningkat usia, semakin kurang tidur. Ada yang selesa tidur 3 jam sahaja dan ada yang suka tidur lebih 6 jam.
2. Manusia menghabiskan 1/3 daripada hidupnya dengan tidur. Lebih kurang 25 tahun.
2. Manusia menghabiskan 1/3 daripada hidupnya dengan tidur. Lebih kurang 25 tahun.
3. Kita mungkin berfikir, bila kita tidur, semua sistem dalam badan kita turut 'tidur'. Namun hasil kajian saintis lebih 60 tahun lalu mendapati otak kita sangat aktif ketika tidur. Ada sebahagian otak kita menggunakan lebih banyak oksigen dan glukosa ketika waktu tidur berbanding waktu jaga. Tidak hairanlah jika dengan hanya tidur sahaja boleh membakar kalori tau.
4. Kurang tidur boleh sebabkan kenaikan berat badan sehingga 0.9kg seminggu! Pastikan tidur cukup ya. Paling-paling pun 55 kalori dibakar.
4. Kurang tidur boleh sebabkan kenaikan berat badan sehingga 0.9kg seminggu! Pastikan tidur cukup ya. Paling-paling pun 55 kalori dibakar.
5. Ada 2 jenis tidur iaitu Rapid Eye Movement (REM sleep), keadaan di mana kita tengah bermimpi dan Non-REM sleep. keadaan kita betul-betul tidur dengan lena.
6. Kita perlu tidur untuk menyimpan tenaga, untuk pembelajaran (jika kita belajar sesuatu pada waktu jaga, biasanya kita akan buat lebih baik lagi ketika tidur) dan untuk pemulihbaikkan (rehat badan dan minda).
7. Keperluan untuk tidur berdasarkan kepada 2 perkara. Pertama, berapa lama kita berjaga dan keduanya, body clock (sistem dalam badan yang mengawal masa). Jika kita berjaga sepanjang malam, kita akan rasa teramat letih pada pukul 4 pagi berbanding 10 pagi. Saintis menamakan tempoh masa antara 3 pagi hingga 5 pagi sebagai 'dead zone'. Tempoh di mana body clock menjadikan kita dalam keadaan sangat lesu dan perlu tidur.
8. Kita tak boleh buat diri kita tertidur. Kita hanya boleh cipta keadaan untuk tidur; minda dan persekitaran.
9. Sesetengah orang boleh kawal dirinya jika tidak cukup tidur. Namun bagi kebanyakan orang, tidak cukup tidur boleh mengganggu konsentrasi dan mood juga boleh berubah menjadi mudah marah atau tertekan.
10. Kekerapan mengalami mimpi ngeri boleh menyebabkan berlakunya risiko sakit jantung, gangguan tidur dan migrain.
10 Sebab Utama Kenapa Kita Tak Cukup Tidur10. Kekerapan mengalami mimpi ngeri boleh menyebabkan berlakunya risiko sakit jantung, gangguan tidur dan migrain.
1. Ambil Mudah Perihal 'Tidur'
Kebanyakan orang tidak tahu betapa pentingnya tidur. Ada juga yang berpendapat tidur ini membazir masa. Sebenarnya, masa yang dihabiskan di tempat tidur adalah sebaik-baik masa. Tidur yang betul baik untuk otak. Banyak perkara penting yang dilakukan oleh otak kita semasa tidur. Pada masa tidurlah otak membentuk memori. Tapi bukanlah sehari suntuk tidur ya. Itu memang terang-terang membazir masa. haha.
2. Terlalu Banyak Kaffein dan Pil Tidur
Kaffein di dalam teh dan kopi mengganggu anda mendapat tidur yang sempurna. Pil tidur pula tidak elok jika diamalkan selalu. Ambil bila perlu sahaja kerana jika ianya tidak lagi berfungi, boleh menjadi ketagihan pula kepada si pengambil.
3. Kerja 'Shift'
Kebanyakan pekerja yang bekerja 'shift' ini sukar mendapat corak tidur yang tetap. Ini boleh mengganggu tidur yang sempurna.
Perubahan zon masa antara negara boleh mengganggu corak tidur juga. Body clock akan cuba untuk selaraskan mengikut zon baru, tapi ianya akan mengambil masa beberapa hari. Yang ni Syue dan kawan-kawan di sini selalu sangat jadi. Lagi-lagi kalu dari Malaysia balik ke Qatar. Mau seminggu jetlag jadinya. hehe.
5. Makan Lewat Malam
Makan pada waktu hampir dengan waktu tidur boleh sebabkan pedih ulu hati dan ketidakselesaan pada bahagian dada. Jadi, cuba elakkan makan malam yang berat. Jika perlu makan sebelum tidur, pastikan ianya snek yang ringan sahaja. Elakkan juga minum berlebihan sebelum tidur jadi anda tidak perlu bangun tengah-tengah malam berulang ke tandas.
6. Gangguan Persekitaran
Senaman, permainan komputer, dan TV boleh mengganggu tidur jika dilakukan pada masa yang sangat dekat dengan waktu tidur. Ada kajian dibuat menunjukkan gangguan terbesar tidur adalah melayari internet 24 jam. Hmmmm....
Gangguna tidur seperti insomnia, apnea tidur dan lenguh-lenguh boleh bagi kesan buruk pada kualiti tidur anda.
8. Stress
Urusan seharian boleh menyebabkan stress. Beri peluang pada diri sendiri masa untuk berehat dan sebolehnya selesaikan segala urusan sebelum tidur. Cari jalan supaya hidup kurang stress.
9. Masalah Kesihatan dan Kehamilan
Masalah kesihatan seperi athma atau arthritis boleh mengganggu waktu tidur kerana pesakit mungkin mengalami kesakita yang amat sangat. Jika anda ada masalah kesihatan seperti ini, pastikan anda ketahui punca dan cara bagaimana mengatasinya. Ibu hamil juga boleh terganggu masa tidurnya terutama di akhir-akhir kehamilan. Kaki cramp, sesak dada dan kerap ke tandas juga menjadi penyebab ibu hamil ini kurang tidur. Kalau Syue, ambil ini tidur memang tidak terganggu. Tak rasa seperti mengandung. Sebolehnya kita perlu cari cara nak atasinya kan.
10. Kesan sampingan ubat-ubatan
Ianya lebih berkaitan dengan ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor. Sekiranya ada ubat-ubatan yang boleh mengganggu tidur anda, bincang dengan doktor jika mereka ada pilihan ubatan lain.
10 Tips Tidur yang Berkesan
1. Cuba untuk tidur malam pada masa yang sama dan bangun pagi pada masa yang sama juga. Jadikan rutin setiap hari. Ini akan membantu badan kita menjalani rutin tidur yang sihat.
2. Tidur dengan jumlah masa yang betul. Jikalau masa anda tidur sekitar 6jam, hadkan masa hingga 6jam sahaja. Jangan cuba berlegar-legar dengan selimut dan bantal kerana anda mungkin akan tertidur kembali. Lama-kelamaan ianya akan bagi kesan buruk pada corak tidur anda.
4. Bagi masa diri 'tempoh bertenang' sebelum tidur. Selesaikan segala masalah sebelum tidur. Maknanya apa-apa perkara yang merunsingkan minda yang berlaku di siang hari, cuba letak tepi dulu. Mungkin masa ini boleh digunakan untuk merancang perkara yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Elakkan guna komputer 1 jam sebelum tidur.
Seronokkan dapat tidur dalam bilik cantik begini. |
6. Elakkan pengambilan alkohol, kaffein dan rokok
7. Elakkan tidur pada waktu siang yang lama. Tidur pada waktu siang menyukarkan kita untuk tidur dengan sempurna pada waktu malam. Jika perlu untuk tidur, memadai hanya dengan 'short nap', sekitar 20-30minit sahaja.
9. Jangan tengok jam. Haaa, kedengaran pelik tapi hakikatnya, bila anda tengok jam akan hanya buat anda cemas jika tak tidur. Yelah, asyik-asyik tengok jam kan. Bilanya nak tidur.
10. Dapatkan khidmat professional jika masih berdepan dengan masalah tidur.
Sedikit sebanyak perihal tidur yang anda perlu tahu. Jadi, janganlah fikir tidur ini tidak penting ya dan jangan pula anggap hidup ini hanya untuk tidur pula. hahaha. seimbangkan masa tidur anda untuk hidup yang berkualiti.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment