Bila Syue Pun Jalan-Jalan Turki ~ Kusadasi (Ephesus)

syuesalim | October 13, 2015 | 0Komen |
Kota mercu tanda Kusadasi
Hari ke-4 di Turki. Alkisah perjalanan semalaman dalam bas. Anak-anak tidur tak sedar. Itu sebabnya kami memilih untuk menaiki bas waktu malam. Di pertengahan perjalanan, sedar-sedar driver bas matikan enjin. Rupanya bas atas kapal. Alah, macam feri ke Pulau Pinang tu. Terus terang kami blur kami kat mana. Untuk info laluan bot ni, Syue terpaksa Google. Berkemungkinan feri kami naik tu melintasi Laut Marmara. Boleh refer map yang Syue attach ni. Nak lalu mana lagi kan kalau tak lalu laut ni. hahaha. Ni la masalahnya kalau nak jaga tidur ja. Bas bawa ke mana pun tak tahu. haha.

Ini contoh map yer.
Nampak kan laluan warna merah di sebelah kiri.
Itulah laluan dari Istanbul ke Kusadasi.
Nmpak ianya melintasi laut?

Syue dan suami keluar sekejap. Lapar. Haha. Kat tingkat atas ada cafe. Tinggal sekejap anak-anak yang tengah sedap tidur.  Rupanya kat luar sangat sejuk. Mujur tak angkut anak-anak. Mesti diorang  tak tahan.

Heven oiii dapat makan megi. Mujur ada juai.
Satu-satunya gambar dari atas bot.
Sampai di Kusadasi, kami dibawa ke satu hotel. Berkumpul di situ, dengan beberapa orang pelancong lain, sarapan dulu. Bila nak check-in, diorang cakap itu bukan hotel kami! Sebab kami berkeluarga, dia cakap ada hotel yang lain yang disediakan untuk kami dan kami hanya akan dihantar ke hotel selepas tour hari ini. Adoii, berjalan-jalan dengan tak mandi ni haaa. Takpa lah, ok ja pun, takde lah sememeh sangat. haha. Mujur dok dalam bas jer malam tadi. 

Tour kami bermula dengan melawat Ephesus. Tempat ni jauh di atas bukit. Ephesus ni merupakan satu kota purba Yunani Kuno. Mengikut sejarahnya, kota ini merupakan kota kedua terbesar di dunia selepas kota Rom. Jikalau anda tengok binaan-binaan nya pun dah boleh agak. Ada ciri-ciri kesenian Rom. Kota ini dikatakan musnah disebabkan oleh gempa bumi. Memang nampak lah kesan kemusnahan itu. Dan sekarang menjadi tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Nak tahu sejarahnya lebih lanjut, boleh Google. Seronok kalau tahu sejarahnya.

Tempat ni besar sangat tau. Lenguh gak nak berjalan. Syakir kena jalan lah. Abahnya dukung si Syamil tu je. Satu lagi yang seronok tengok kat sini, tempat ni banyak sangat kucing. Gebu, bersih, besar. Memang tak takut orang. Manja sangat. Si Syamil ni pulak di masa umur begini dia suka kucing. Memang pantang jumpa lah. Tak serik tu kena cakar dengan kucing masa kat Topkapi Palace.
Berlatar belakang Celcus Library
Selepas di kota Ephesus ini, kami seterusnya dibawa ke House of Virgin Mary. Terletak di gunung Bulbul, 9km jauhnya dari Ephesus tadi. Tempat ini dikatakan tempat Mother Mary (mengikut fahaman Kristian) menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Terus terang, saya baru tahu tempat ini rupanya di Turki. Malang sekali, takde satu gambar pun yang sempat diambil. Sampai saja di sini, hujan lebat sangat. Duduk sekejap dalam bas, agak-agak reda sikit, tetapi masih hujan, kami keluar jalan tinjau kawasan. Tu pun jalan dah macam berlari sebab dengan dukung si Syamil ni nak elak dari kena hujan. Kalau bawak budak kecik, memang beginilah. Syue letak gambar ehsan Google lah yer.

Ehsan Google: House of Virgin Mary
Sepagian hingga ke tengahari jugaklah jalan-jalan melawat kota purba ni. Seterusnya kami dibawa makan tengahari ke restoran yang memang dikhususkan untuk pelancong yang mengikuti agensi pelancongan. Sayang sekali, Syue tak ambil pulak gambar tempat makan ni. Tahun tu, mana lah nak fikir. Blog pun belom ada. Dihidang makan, laju jer pegi makan. Kalau zaman sekarang, makanan yang masuk blog/FB dulu. hahaha.

Kusadasi ni terkenal dengan jaket kulit jugak tau. Selepas makan, kami dibawa ke kedai menjual jaket kulit. Jika diperhatikan orang-orang di Turki ini, terutama di Istanbul, memang ramai yang memakai jaket kulit, lagi-lagi bila nak masuk musim sejuk. Lelaki ke, perempuan ke; nampak kemas, smart. Ingat kot masuk tak mau lah beli apa-apa kan. Leather kot. Tapi tersangkutla pulak. Mat saleh minah saleh tak gaduh nak beli pun, macam mana lah kami boleh terbeli ah. Sebut dari Malaysia saja, orang kedai tu non-stop bercakap dan tak berenggang dari kami sampai Syue TERbeli jugak. Haihhh, orang Malaysia ni memang susah nak berkata 'tidak' kan. hahaha.
Latar belakang Temple of Artemis
Selepas itu dibawa ke  The Temple of Artemis. Mula-mula sampai tu dok fikir, apa lah diorang ni bawak tempat berumput terbiar nih. Rupanya tapak kuil lama. Boleh nampak lah kesan kemusnahan kuil ini. Nak tahu sejarah lanjut, seperti biasa, Google yer.

Lebih dari separuh hari berjalan. Selepas itu barulah kami dihantar ke hotel kami, Grand Onder Hotel. Jauh jugaklah dari tempat mula-mula sampai pagi. Cantik tau hotel ni. Bilik pun best. Tapi tu lah. Gambar hotel pun tak ambil! Belajar dari kesilapan. Lepas ni kalau berjalan kena ambil gambar hotel; bukti dah pernah sampai dan menetap. Rehat-rehat dan tidur untuk tour seterusnya esok.

View dari balkoni bilik hotel
Kedua-dua gambar diambil dari balkoni hotel.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com