'Haih, sekilo pun tak bergerak ni. Macam sia-sia saja diet; pantang itu, pantang ini, tapi tak berubah jugak. Nak berhenti ke? Ker ada yang tak kena dengan diet aku ni?'
Ada yang pernah alami begini? Syue rasa ramai sangat kot begini. Bagi sesetengah orang yang betul-betul ingin kurus mungkin sedikit sebanyak akan rasa tertekan jika apa yang diamalkan selama ini tidak menjadi. Perlu ingat bahawa tahap metabolisme badan setiap orang tidak sama. Penerimaan badan seseorang terhadap diet juga berbeza. Ada yang cepat kurus walau dietnya biasa-biasa sahaja. Ada yang tidak berubah langsung walau amalkan diet gila-gila. Kebarangkalian besar juga ianya dipengaruhi oleh sebab-sebab yang lain.
Apakah sebab-sebab yang boleh sebabkan diet kita tak menjadi ni yer? Ada 10 sebab di sini. Jom lihat sama-sama.
1. Target Terlampau Tinggi
Diet dah beberapa minggu, tetapi jarum penimbang tak berganjak pun. Pressure tak? Mengharap terlalu tinggi adalah pembunuh utama kepada azam untuk menurunkan berat badan. Kehilangan berat badan yang sihat seharusnya tidak melebihi 500gram hingga 1 kilogram seminggu. Oleh itu, bersabarlah yer. Bayangkan berat yang anda telah hilangkan. Jika anda rasa 1 kilogram tu sikit, cuba tengok mentega yang beratnya 1 kilogram. Haaaa, banyak itu tau lemak yang anda dah singkir!
Menimbang terlalu kerap hanya akan menambahkan lagi rasa kecewa. Lagi-lagi jika berat tak berubah atau makin bertambah! Boleh patahkan semangat nak berdiet atau berhenti terus usaha berdiet. Saranan Syue, tak perlulah jadikan penimbang sebagai rakan karib. Seminggu sekali memadai; pada hari dan waktu yang sama. Ambil kira juga petunjuk lain seperti saiz baju yang semakin longgar atau bacaan ukuran tali pengukur yang mungkin menunjukkan perubahan pengurangan inci mana-mana bahagian badan.
3. Diet Kilat
Biasa tak buat perkara ini; anda perlu menghadiri
majlis makan malam yang memerlukan anda memakai baju berpotongan cantik.
Maka anda pun mula lah skip dari makan tengahari dan makan malam,
dengan harapan badan dapat susut cepat. Ini dinamakan diet kilat.
Tahukah anda bahawa diet kilat sebenarnya tidak menyingkirkan lemak?
Diet kilat ini hanya akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan
otot. Berat badan juga akan bertambah dengan cepat apabila anda berhenti
diet ini dan mula makan seperti biasa kemudiannya.
4. Obses dengan Makanan Diet
Hidangan khas berdiet biasanya rendah lemak dan kilojoule. Tapi, tidak bermakna anda boleh makan hidangan itu sebanyak yang anda mahu. Bahasa mudahnya, melantak sesuka hati. haha. Sebagai contoh, makan 3 mangkuk aiskrim rendah lemak boleh menjadi kepada pengumpulan kilojoule yang lebih tinggi daripada semangkuk aiskrim biasa tau. Jadi hati-hati ya. Ambil seperti biasa makanan diet ini sepertimana makanan biasa. Barulah dapat kesan dan faedah menjamah makanan rendah lemak ni kan.
5. Makan Luar
Malaysia syurga makanan kan. Namun bagi individu yang berdiet, makan luar ini agak kurang sesuai. Kita tak tahu apa 'resepi rahsia' dalam makanan yang kita makan kan. Bahan tinggi kandungan lemak, atau perisa berlebihan, mana mungkin kita tahu. Tidak bermakna tidak boleh makan di luar, namun sebolehnya elak dari kerap makan di luar. Jika terpaksa sering makan di luar, berhati-hati dengan pilihan makanan anda. Mungkin anda boleh perlahan-lahan cuba makanan yang dimasak secara sihat seperti dipanggang, dikukus dan direbus, berbanding yang bergoreng. Kalau kata teringin sangat nak makan pencuci mulut, yang pasti enak berkrim, apa kata kongsi hidangan dengan sesiapa yang berada dengan anda ketika itu. 'Banana split' takkan boleh habis seorang kan. hehe.
6. Skip Sarapan
Berjaya
melangkau satu hidangan mungkin buat anda
rasa gembira. Tapi tahukah anda, skip
sarapan hanya akan buat anda rasa sangat lapar sehingga tengahari,
sedangkan anda memerlukan tenaga untuk permulaan pagi. Bila rasa sangat
lapar, anda mungkin akan makan dalam jumlah yang banyak pada waktu
tengahari nanti. Seeloknya, makan pada waktu sarapan. Jangan skip. Jika
anda perlu
bergegas ke pejabat, ambil satu hidangan ringkas segai bekalan seperti
buah-buahan atau yogurt. ESP dan Cinch Shake juga dicadangkan sebagai
sarapan terbaik tau.
7. Kudapan
Baru saja makan kuih manis sebiji tadi, balik meja kerja, ada pula biskut sepaket dalam laci. Makan lah biskut tu dengan sedapnya sampai habis. Pernah jadi begini? Kudapan cara begini bahaya juga buat pengamal diet. Seeloknya, buat peraturan menikmati hidangan. Jangan amalkan makan sebagai kudapan. Maksudnya, tetapkan peraturan yang makan hanya pada waktu tertentu, dengan hidangan yang telah ditetapkan. Jika anda amal makan sebagai kudapan, mungkin anda tidak sedar kudapan ini lah yang banyak menyumbang kepada beberapa kilojoule.
8. Berkongsi Makanan Kegemaran
Agak mencabar bagi ibu-ibu yang ada anak-anak sedang membesar untuk berdiet, kan. Biasa kita tidak dapat menolak dari memasak makanan kegemaran anak-anak. Jika anak-anak anda suka makan nasi ayam, mee bandung, pizza homemade, masakkan saja hidangan buat sekeluarga, nikmati bersama-sama. Jika anda pun sama aktif seperti anak-anak yang memerlukan banyak tenaga setiap hari, apa salahnya kan. Masak, makan, main bersama-sama. Cuma kawal saiz hidangan yang anda ambil. Jangan lah makan macam anda seorang sahaja yang perlu habiskan.
9. Black-list makanan
Adalah mustahil untuk terus melupakan perkara yang dah menjadi tabiat. Contohnya, coklat. Coklat yang selama ini menjadi kegemaran, terpaksa dilupakan demi diet. Namun, perasan kah anda, semakin anda cuba menafikan kepentingan coklat, semakin kuat keinginan anda untuk makan coklat ini. Keadaan ini sangat bahaya, kerana apabila kesabaran anda dah melepasi batasan, anda mungkin akan balas dendam dengan makan coklat sepuas-puasnya! Jadi, apa perlu anda buat? Tak perlulah nak ada black-list pada makanan tertentu ye. Makan saja, tapi ambil dalam kuantiti yang sedikit. Tidaklah rasa tertekan sangat kan tidak dapat makan langsung.
10. Minuman ringan
Memang ada yang suka minum minuman bergas bersama hidangan. Minuman ini sebenarnya tidak buat anda rasa kenyang pun. Tambahan lagi, minuman ini mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi. Dan anda perlu tahu, gula yang berlebihan dalam badan jika tidak ditukar kepada tenaga akan tersimpan menjadi lemak. Seeloknya anda ganti dengan meminum air kosong. Bukan saja digalakkan untuk anda yang berdiet, malah baik untuk sistem pelawasan badan. Jika tidak boleh tidak minum air berperisa, gantikan sahaja dengan minuman yang lebih sihat seperti teh hijau atau air lemon.
Apa yang penting dalam berdiet ni adalah sikap kita sendiri. Semuanya bermula dari kita. Jikalau diet tidak menjadi, jangan disalahkan diri sendiri. Kita saja yang tahu bagaimana badan kita, sama ada kita mampu kawal atau tidak. Yang penting, amalkan diet secara sihat tau!
Erk... memang semua kena kat diri..
ReplyDeleteBanyak kali nak diet..sekali je jadi..
lepas tu kembali kepada asal...
hehe
Jom join Giveaway kat sini.. Hamper RM100 untuk dimenangi -> http://goo.gl/08c6Tg