10 Cara Semulajadi Hilangkan Jerawat Dengan Cepat Sebelum Galak Bercambah

syuesalim | August 20, 2015 | 0Komen |
Jerawat merupakan masalah kulit yang biasanya tumbuh di kulit muka. Berlaku disebabkan oleh pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan berlakunya benjolan kecil warna merah dan mengandungi nanah. Hampir semua orang pernah merasa; lelaki mahupun perempuan, pada semua peringkat umur. Ada ketika remaja, di mana berlakunya perubahan hormon badan, atau ketika dewasa; semasa menstruasi, atau bahasa mudahnya 'datang period'. Wanita hamil atau mereka yang dalam keadaan stress yang berlebihan juga akan mengalaminya.

Jerawat ada banyak jenis. Jerawat batu. Jerawat pasir. Acne. Blackhead. Whitehead. Dari sebiasa-biasa jerawat hinggalah yang paling serius. Apa sajalah anda nak panggil ia, semuanya menjengkelkan, kan. Dan yang paling tak best, ia 'suka' untuk muncul secara tiba-tiba. Masa nak pergi temuduga lah, masa ada majlis makan malam lah, masa nak keluar 'dating' lah. Sakit hati kan. Penderita boleh rasa rendah diri. Nak pandang orang pun malu sebab nanti mesti orang akan fokus pada jerawat nan satu nan ribu itu kan.

Sebelum ini saya pernah kongsikan bagaimana nak hilangkan parut jerawat yang lama. Tapi entri kali ini lebih kepada JERAWAT itu sendiri. Jerawat yang baru jadi, tengah jadi, atau belum baik. Jadi, macamana nak dapatkan kulit yang halus mulus tanpa jerawat ni? Nak buang jerawat cepat? Jom baca dengan lebih lanjut. Mana tahu ada tips yang dapat membantu.

Jus Lemon
Anti-bakteria semulajadi yang terdapat pada jus lemon menjadikannya sebagai ejen terbaik untuk membersihkan kulit. Untuk hasil terbaik, sapukan terus jus lemon ke kulit muka dan biarkan dalam sejam. Cuci dan lihat hasilnya.

Cuka Epal
Sama seperti jus lemon, cuka epal juga mempunyai sifat yang sama dan juga berperanan sebagai anti-fungus. Cuka epal ini sangat kuat, jadi bagi yang pertama kali mencuba mungkin anda perlu mencairkan sedikit cuka epal ini. Guna sikit saja cuka epal ini pada kulit yang ada jerawat. Apa yang penting, pastikan anda menggunakan cuka epal yang asli dan pekat ya.

Madu Asli
Madu sudah dikenal lama sebagai bahan berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Sapukan madu pada kulit, biarkan dalam 15 minit kemudian bilas.

Tea Tree Oil
Tea tree oil terkenal dalam perawatan acne dan masalah kulit yang lain. Ianya boleh membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat, menanggalkan sel kulit mati dan mencegah daripada acne tersebut kembali menyerang. Bagaimana menggunakannya? Untuk rawatan acne, campurkan satu bahagian tea tree oil dengan 6 hingga 9 bahagian air, bergantung kepada kadar kepekatan yang anda mahu. Gunakan kapas, apply kat muka dan biar dalam 30 minit. Pastikan anda tidak guna tea tree oil yang pekat.

Betik
Kalau anda perasan lah kan, ada produk penjagaan kulit yang menggunakan betik sebagai bahan utama. Terutamanya pada rawatan acne. Pernah tengok sabun betik? Haaa, Syue pernah guna tau dulu. Zaman belajar, zaman jerawat rancak naik. hehe. Memang best pakai. Tapi yang Syue nak highlight kat sini, buah betik tu. Boleh dapat faedah yang sama tau, tanpa keluarkan banyak belanja. Apa anda perlu buat, lenyek buat betik sehingga jadi paste, dan sapu kat muka. Biarkan dalam sejam kemudian bilas.

Putih Telur
Guna kapas, atau guna jari saja, celupkan putih telur dan sapu ke seluruh kulit muka. Biarkan mengering. Kulit muka akan tegang. Biar dulu sehingga satu jam untuk dapat hasil terbaik. Sama juga jika anda nak buang whitehead, di hidung biasanya, potong cotton pad bagi saiz muat dengan hidung, celup putih telur, tampal pada hidung, biarkan kering. Bila dah buang, lihatlah berapa banyak whitehead yang 'beratur' atas cotton pad kering tu. Memang hidung akan rasa bersih sangat. 

Tepung Jagung
Tepung jagung boleh jadi pilihan terbaik jika anda menderita dengan kulit muka yang kemerahan. Ini kerana tepung jagung sangat halus dan sesuai untuk mereka yang ada kulit sensitif. Bancuh sehingga menjadi paste dan sapukan pada bahagian yang bermasalah. Atau boleh saja disapu di seluruh muka. Boleh dibiarkan seberapa lama anda mahu. Rasa sendiri kesannya.

Soda Bikarbonat
Pilihan terbaik untuk menghilangkan cela; murah, semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan. Soda bikarbonat ini boelh mengurangkan keradangandan membersihkan kulit. Apa anda perlu buat, guna air suam dan bancuh soda bikarbonat menjadi adunan pekat (paste). Kemudian sapu kat muka. Alah, buat macam pakai mask tuh. Biar dalam sejam, kemudian cuci. Rasa sendiri hasilnya.

Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja mengandungi khasiat antibakteria apabila kita memakannya, malah bagi kesan yang terbaik juga jika disapu terus kepada kulit. Untuk menggunakannya, mayang nipis bawang putih dan sapu kat muka, terutamanya bahagian yang bermasalah, dan biarkan 30 minit.

Kiub Ais
Orang utara cakap 'ais ketoi'. Pilihan terbaik sekiranya anda ada jerawat yang membengkak dan merah, kerana ais dapat meredakan keradangan dan mengurangkan kemerahan. Sapu saja kiub ais pada bahagian bermasalah; bukan sahaja ruang pori kulit tertutup malah bakteria juga akan ditolak keluar.

Air
Cara paling mudah. Minum 10-12 gelas sehari, dan anda akan singkirkan kebanyakan (walau bukan semua) bendasing dalam badan yang boleh bagi kesan pada kesihatan kulit. Atau didihkan air dalam periuk, masukkan tuala dalam periuk tersebut dan anda boleh stim kan muka. Steam boleh bagi pori-pori kulit terbuka dan keluarkan kekotoran yang tersumbat.

Banyak sebenarnya rawatan semulajadi untuk merawat jerawat. Ini baru sebahagian, mungkin banyak lagi kaedah rawatan semulajadi di luar sana. Jika anda dah mencuba kebanyakan dari petua-petua ini tetapi masih tidak berpuas hati, teruskan mencuba sehingga anda jumpa penyelesaian terbaik untuk masalah kulit muka anda. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com