Makan Buah: Sebelum Atau Selepas Makan?

syuesalim | August 19, 2015 | 0Komen |

Siapa penggemar buah? Rata-rata suka buah kan. Tak kisahla buah-buahan tempatan; durian (sedapnya durian), cempedak, langsat, nenas...atau buah-buah level internasional; kiwi, strawberi, aprikot, plum. Yang pastinya setiap buah itu mempunyai khasiat yang rata-rata kebanyakannya SAMA. Buah merupakan kumpulan makanan paling berkhasiat yang lengkap dengan vitamin, mineral, serat dan air. Banyak manfaat kalau kita suka makan buah. Ditambah lagi jika dimakan dengan cara yang betul.

Jenis makanan dibahagi kepada makanan pembuka (appetizer), makanan utama (main course) dan makanan penutup (dessert). Jenis makanan yang biasa menjadi makanan pembuka adalah makanan yang manis-manis seperti kek atau coklat. Makanan utama mungkin kita dah sedia maklum, kebiasaanya terdiri daripada makanan berkarbohidrat dan protein. Makanan penutup atau pencuci mulut pula biasanya puding dan buah-buahan. Seolah-olah dah jadi amalan, di hotel-hotel atau majlis makan-makan, kebanyakan orang makan buah selepas memakan makanan berat. Menjadikan buah-buahan ini sebagai pencuci mulut. Betul kan? Ada buat? haha. Jika ada, selepas anda membaca artikel ini, anda mungkin akan cuba tukar kebiasaan anda.

Buah-buahan kaya dengan:

Mineral
Kebanyakan buah kaya dengan mikronutrien. Contoh, pisang kaya dengan  vitamin B6 dan potassium. Mangga, aprikot, jambu batu pula kaya vitamin A.

Serat
Kebanyakan buah-buahan mengandungi serat, sejenis karbo yang membantu penghadaman dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular. Pengambilan serat dicadangkan diambil antara 25 hingga 30gram untuk keperluan badan seharian. Kebanyakan makanan kita kurang serat, jadi penting untuk kita meletakkan buah sebahagian dari diet seharian.

Antioksidan
Warna pada buah bukan hanya menarik pada pandangan mata kita. Ia sebenarnya menunjukkan kewujudan antioksidan, bahan semulajadi yang memberi perlindungan badan dari radikal bebas yang berbahaya. Radikal bebas kimia boleh menyebabkan kerosakan pada peringkat sel, tetapi antioksidan melindungi sel dari berlakunya kerosakan; mengurangkan risiko kaser dan sakit jantung. Beta-carotene, lycopene dan lutein adalah antioksidan yang biasa ditemui dalam buah-buah jenis ini. Jadi utk dapatkan lebih antioksidan dalam diet kita, pilih buah2 yang berwarna terang seperti raspberi, blackberi & plum.

Memakan buah setiap hari akan membuatkan kita sihat, tetapi jika kita tahu cara dan masa yang tepat untuk menikmati buah, kita pasti mendapat manfaat yang maksimum dari apa yang kita makan. Nutrisi dari buah kebanyakan bertindak sebagai perisai membendung berlakunya sesuatu penyakit berjangkit, lemah jantung, strok dan tekannan darah tinggi. Kiranya, memakan buah bukanlah semudah memasukkan buah dalam mulut sebanyak mana dan bila-bila masa yang kita suka tau. 'Makan buah tanpa ilmu hanya sia-sia'. Haaaa gitu nak diibaratkan.

TAHUKAH ANDA?
Rasulullah SAW menjadikan buah-buahan sebagai makanan pembuka. Kebiasaan makan buah selepas makan juga bukanlah cara baginda. Kebiasaan Rasulullah SAW termasuk dalam sunnah. Jadi, ikutlah sunnah, pasti ada kebaikannya. Ternyata kebiasaan baginda ada penjelasan ilmiahnya. Mari kita lihat dari sudut ilmiah pula.
Jadi, apa kita perlu tahu?

Makan buah ketika perut kosong. Bagaimana ianya berfungsi? Organ pencernaan mengandungi enzim yang berbeza untuk menghadam buah. Gula ringkas yang terkandung dalam buah cepat diserap oleh usus, terutamanya ketika perut kosong. Apabila kita makan buah semata-mata, sebelum memakan makanan berat, perut akan mudah untuk proses semua nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut. Ini merupakan cara yang paling optimum untuk mendapat manfaat dari buah-buahan tersebut. Dan apabila makanan berat masuk selepas itu, makanan itu juga akan dicerna dengan baik.

Dicadangkan untuk kita mengambil buah 20-30 minit hingga 1 jam sebelum mengambil makanan berat. Sebab apa? Katakan kita mengambil buah betul-betul menghampiri masa makan. Buah-buahan dan makanan yang masuk sekali ini, memerlukan masa yang banyak untuk dicerna, sehingga kita tidak sedar banyak nutrisi penting dari buah ini akan terbuang percuma kerana lamanya proses pencernaan itu. Ianya seolah-olah seperti ambil buah selepas makan. Makan buah selepas makan hanya menyebabkan penyerapan zat menjadi lebih lambat, sehingga apabila kita paksa makan buah juga, perut akan rasa sebu, pedih ulu hati atau ketidakselesaan. Ada sesetengah orang jenis perut tak tahan akan jadi sakit perut atau cirit birit.

Jika nak makan juga buah selepas makan, pastikan selepas 2 jam. Benarkan makanan dihadam dengan baik dan sepenuhnya dulu ya.

Buah yang dimakan ketika perut kosong ini dapat meningkatkan fungsinya sebagai detoksifikasi tau. Bahasa mudah nak faham,  membantu membuang racun-racun dalam badan. Juga membantu mereka-mereka yang nak kurangkan berat badan, sebab perut cepat kenyang.

Amalan ini juga mampu membantu kita mengelak berlakunya masalah berkaitan penghadaman, akan jadi lebih bertenaga, kekal berat badan dan nampak bertenaga sebab kesemua buah-buahan yang kita makan ini kita perlu pastikan diproses sepenuhnya dengan sempurna dan diserap oleh badan kita sebagaimana yang badan kita perlukan. 

Jadi apa kita patut buat?

Kita biasanya makan 3 kali sehari kan; sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadi, cuba selitkan memakan buah di antara 3 masa tadi. Jika perlu untuk set masa tertentu untuk makan buah, buat saja. Awal-awal nampak terlalu ikut peraturan kan, tapi lama-lama akan biasa. Target ambil sejam sebelum makan. 

Masa terbaik untuk makan buah adalah sama ada awal pagi ketika perut kosong, iaitu sebelum sarapan, atau masa antara sarapan dan makan tengahari. Buah-buahan sebagai snek. Menarik kan? Yerlah daripada makan cikedis atau bun. Kalau rasa jemu dengan satu jenis buah, pelbagaikan. 

Pilih buah-buahan segar. Elakkan buah yang telah diproses atau disejukbeku, kerana kita pun tahu, ianya mungkin tinggi kandungan gula bahan pengawet atau bahan kimia yang secara tidak sedar boleh membahayakan tubuh.

Kalau sebelum ini kita mungkin tak tahu. Syue sendiri pun sebelum-sebelum ini  biasa makan buah selepas makan. Betapa banyaknya buah yang telah disia-siakan. huhu. Jadi, sekarang kita dah tahu manfaatnya kan. Maka bermula dari hari ini, mari kita sama-sama amalkan. Bukan sahaja mengikut sunnah, malah baik untuk kesihatan kita juga. 

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com