Fuh, nak tulis entri yang satu ni pun bercinta. Yerlah, nak refresh balik. 2tahun lepas tuh tau, hampir 3 tahun jugak lah, bukan baru!..hehe. Tgk gambar2 pun punya la banyak, jadi cam banyak plak nak cerita. haha. Melancong ke Turki ni sebenarnya bukan perancangan setahun atau 6 bulan lepas. Kalu tak salah, sebulan sebelum pergi secara spontan decide dengan suami 'Jom Jalan Turki'. Tengok tiket kapal terbang masa tu pun agak murah, kira on saja. Maka terus kami cari agensi pelancongan di Turki.
Bagi sesetengah orang yang biasa melancong ni, melancong secara bagpack lagi mudah & jimat. Tapi, kami guna travel agency. Sebabnya; satu, dah le bawak kanak-kanak. Sorang 5 tahun, sorg lagi 2 tahun & masih menyusu badan. Keduanya, kami ni kira pertama kali jalan ke luar negara ni haa. Tak berapa ada kenalan yang kaki melancong. Jadi kami main redah sendirian berhad. Makanya, jalan selamat, ambik agensi. Taknak lah sampai sana baru dok decide mana nak pergi, berapa banyak duit nak guna. Janji sampai sana, kami tak lost mana nak pergi, segala pengangkutan tempat tinggal makan minum kami dah setel & dah bayar. Dah tak payah fikir apa dah. Bawa duit belanja sendiri saja. Lagipun bukan fix sepanjang hari ikut jadual mereka. Ada juga masa free nya. Mungkin di masa akan datang kalau nak repeat Turki, dah boleh nak redah jer sebab dah tahu kan.
Kami bertolak pagi, dalam 10 lebih, sampai dah agak petang. 4 jam perjalanan. Naik Turkish Airlines. Ey, best tau penerbangan ni. Tak terasa jauhnya. Makanan dia pun best. Kudapan dia, kacang hazel. Ni best. Berebut dengan anak-anak. hehe. Biasa kan dapat kacang goreng masin tu. Tak heran lah pada masa itu pun Turkish Arlines dah jadi 'Best Airlines in Europe'. Rasanya sekarang pun masih pegang gelaran tu.
Kami sampai di Atartuk International Airport, tunggu ejen ambil kami. Ingat lagi, masa tu kat luar hujan tau. Memang sejuk sangat. Rasa nyaman ja. Maklumlah dari negara yang jarang-jarang ada hujan dan tiada pokok-pokok hijau. Kami dibawa masuk Sultanahmet Old City, tempat tarikan utama di Istanbul. Awal-awal agak lost la tempat ni macam mana. Berbukit-bukit. Dengan pening lalat lagi, last2 tak terambil pun gambar sepanjang perjalanan ke hotel. Rugi betul. Simpan dalam memori kami saja lah.
Kami dibawa ke hotel kami; YDN & Garden Suite Hotel. Nama cam gah bebenar. Ingat macamana lah suite tu. Tapi, memang tak sangka. Hotel dia lebih macam rumah, lokasi pun di celah-celah bangunan rumah. Lebih pada ala-ala rumah garden. Cantik kan tempat dia. Boleh la habuan nak masak air. Kami check-in bilik, rehat sekejap. Harini belum ikut jadual jadi kami ada masa kami sendiri. Tempat kami tinggal ni memang berdekatan dengan tempat tarikan pelancongan. Jadinya, orang hotel tu beritahu, tempat-tempat ni kami boleh pergi dengan berjalan kaki sahaja. Makanya berjalan-jalan lah ronda petang cari makan dulu.
Memang tempat-tempat pelancongan ni dekat-dekat. Tak rugi kalau jalan kaki. Semuanya dalam kawasan Sultanahmet Square. Tapi ada satu peringatan kepada yang pertama kali baru menjejak kami ke tempat ini. Sebolehnya jangan dilayan pertanyaan orang tempatan yang menegur anda. Tak salah nak buat ramah juga, tapi lebih baik jangan; takut akhirnya terkena. Macam kami.
Ada orang tempatan tegur, mungkin nampak kami macam tercari-cari tempat kan. Bila ditanya dari mana, dah kami pun melayan, lepas tu suami pula tanya di mana tempat nak tukar duit. Ke hulu ke hilir dia ikut kami. Patut bila tanya tu, dah la kan. Rupanya ada hajat. Dia macam orang tengah pada kedai karpet di situ. Nak lari tak tau dah macamana. Akhirnya, TERmasuk juga ke kedai karpet. Mereka punya layanan, pergh...siap bagi turkish tea lah, siap refill, explain itu ini. Macamana kami nak tolak lagi?! Akhirnya, setelah diasak dan kami pun malas dah nak buang masa lama-lama kat situ, TERpaksa beli gak karpet kecik. 900TL! Nak nanges rasa. Baru sampai Istanbul dah terkena. Datang sini bukan nak beli karpet pun walaupun Turki memang terkenal dengan karpet terbaik di dunia. Huwaaa!! Itu lah pengajaran paling hebat sekali ada kat tempat orang. Moral; jangan layan teguran orang tempatan di Istanbul ye.
Dah terkena tu, keluar kedai, rasa cam lapar sangat. Lapar nasi sebenar-benarnya. haha Tengok menu, alah, macam kat Qatar jer makanan dia, jadi ok la kan. Ada menu nasi, maka oder lah nasi. Sekali yang datang macam ni. Alamak.
Ayam kebab dia sedap giler. Tapi tang nasi tu. Ingatkan nasik beras basmathi ke, beras siam ke. Macam gandum pula. 3 beranak ni kuis-kuih je nasi tu. Langsung tak mau cuba. Eh mengada tau masing-masing. Tapi Syue sendiri pun tak tertelan. hehe. 6 hari lagi di Turki kalau macamni lah makanannya, sah-sah boleh kurus. hehehe.
Lepas tu jalan-jalan kejap sekitar Masjid Biru ambil gambar sikit-sikit ja sebab esok pun akan datang ke sini juga. Lagipun dah petang. Pencahayaan dah tak elok. Anak-anak pun letih. Sepanjang perjalanan dari pagi tadi belum lagi dapat rehat yang betul-betul cukup. Balik tu, memang letih betul lah. Terlepek sorang-sorang. Esoknya nak jalan-jalan lagi. Makanya di next entry Syue akan sambung Hari 2 di Istanbul.
Selamat membaca!

Bukti pencahayaan tak berapa comey. Cik abang suka cerah-cerah, Syue suka redup-redup.haha. Anak-anak tetap nak posing walau letih. |
Lepas tu jalan-jalan kejap sekitar Masjid Biru ambil gambar sikit-sikit ja sebab esok pun akan datang ke sini juga. Lagipun dah petang. Pencahayaan dah tak elok. Anak-anak pun letih. Sepanjang perjalanan dari pagi tadi belum lagi dapat rehat yang betul-betul cukup. Balik tu, memang letih betul lah. Terlepek sorang-sorang. Esoknya nak jalan-jalan lagi. Makanya di next entry Syue akan sambung Hari 2 di Istanbul.
Pengalaman yang sangat menarik kak, kalo mau Ibadah plus Traveling bisa cek Paket Umroh Plus Turki bersama Travel Umroh Terbaik di Jakarta.
ReplyDelete