Resepi Kuih Ketayap

syuesalim | September 10, 2015 | 0Komen |
Syue ni bukanlah chef yang mereka resepi, tapi sebagai suri rumah memanglah hari-hari memasak kerjanya. Syue suka cuba-cuba resepi. Dan kalau resepi yang Syue cuba tu, memang sedap dan menjadi, (di tekak Syue & keluarga lah), Syue akan 'setia' dengan resepi tu. Dan resepi yang macamtu lah Syue akan share dalan entri Syue selepas ini. Dulu-dulu Syue rajin tulis dalam buku, jadi sumber tu kadang-kadang dah tak tahu dari sumber mana: boleh jadi dari internet @ dari kenalan. Sebab kadang-kadang teruja ja tulis resipi, cubanya entah bila-bla. haha. Macam sekarang pun banyak resipi yang lintas di FB; Syue printscreen, Syue tulis dalam buku, lepas tu delete. Sumber dari siapa, lupa lagi. haha. Jadi, kalau berkebetulan resipi siapa2, maaf lah yer. Bukan menciplak atau mencuri. Sekadar berkongsi. Kalau memang tahu sumber, Syue tulis.

Memang bila tengah masak tu kan, rasa macam 'eh, nak tulis resepi ni dalam blog la'...Kesudahannya, lepas masak terus lupaaaaa. haha. Bila belek-belek balik folder gallery dalam henfon, tengok gambar masakan yang makan minggu, makan bulan dalam simpanan tu, bagaikan TheFlash, berdesup mood tu mari. haha. Tak mau bebel panjang. Jom masak.

Kali ni, pencuci mulut. Sejak-sejak dok merantau ni, seronok buat kuih lama-lama. Teringin kena buat sendiri. Tu lama-lama pandai (puji pi lah diri sendiri..haha). Dok tempat sendiri, tak kuasa kot nak buat. Baik beli. Mesti pandai pilih kedai ja. haha. Syue kalau kuih tu tak berapa nak menjadi macam kuih kat sana, payah nak repeat. haha. Punya lah cerewet. Macam kuih ni. Kat Utara orang panggil kuih ketayap. Ada panggil kuih gulung, ada panggil kuih dadar. Walau apa pun panggilannya, kulit dia mesti hijau berinti kelapa manis.

Syue pernah cuba beberapa kali resepi ini tapi tak dapat tekstur seperti yang Syue nak. Tak feel makan kuih orang lama tau kalau rupa tak menjadi. Macamana yang Syue kata tak sama rupa? Alah, kulit halus mulus cam penkek tuh. Tak mau macam tu. Sampailah Syue cuba resepi kuih ni dalam buku chef Hanieliza. Maka Syue buatla seadunan.


Akhirnya! Tekstur macamni la yang Syue cari-cari! Yesss..akan ku setia. Jom tengok resipi.

Bahan Untuk Kulit
2 cwn tepung gandum
2 cwn air pandan (7 helai daun pandan)
3 sdb minyak masak
1 sdt pewarna hijau
1 sdt garam

Bahan untuk Inti
1 cwn kelapa parut muda (Syue guna ja kelapa tua, ok ja ☺)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya:
  • Cara Membuat Inti
    • Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kemudian masak di tas api sederhana, kacau hingga sebati dan lembap. Ketepikan dan sejukkan.
  • Cara Membuat Kulit
    • Masuk semua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan. (Syue guna blender ☺)
    • Kuali dipanaskan, sapu sedikit minyak. Tuang 1 senduk adunan, goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis
    • Bila dah masak, angkat letak dalam pinggan. Buatlah beberapa kali lagi sehingga dapat beberapa keping. (Syue dapat dalam 15 keping saiz sederhana)
    • Letakkan inti di tengah-tengah, lipat kiri kanan, kemudian gulungkan hingga kemas.
    • Siap! Bolehla dihidangkan untuk minum petang.
Cuba tau. Memang tak rugi. Selalu sangat beli, sesekali rasa air tangan sendiri, apa salahnya kan.
Terima kasih sudi baca & selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment

SyueSalim © . Designed by MaisarahSidi.com