Buku motivasi 'Celik Mata & Jiwa' ni, lama dah dalam simpanan. Tapi
akan ada keadaan tertentu yang buat Syue akan baca balik. Keadaan tu,
macam2 lah. Rasa down, rasa stress. Biasalah manusia. Ada keadaan yang
kita tak boleh nak kawal, jadi kenalah ada 'ubat penenang'. Walau bukan
hobi tapi BACA BUKU ubat penenang terbaik.
Bagi yang pernah baca, akan tahu bagaimana kandungan isi buku ni sangat menyedarkan. Syok tau baca buku ni. Buku yang banyak memberikan kita kesedaran tentang tujuan kehidupan kita di muka bumi Allah.
Banyak kata-kata renungan yang buat Syue tersedar bahawa selama ni banyak perkara rupanya yang Syue 'tak celik'. Mungkin sebab tu kadang-kadang masih ada perasaan kecewa dan sedih dalam diri kalau-kalau terjadi sesuatu perkara yang kita tak jangka.
Ada jugak contoh-contoh cerita yang memang kena la dengan hidup Syue yang boleh buat rasa sentap. 10 kali baca, 10 kali la sentap! 😩 Memang lepas tu akan mula berfikir kebenarannya.
Ada satu perkongsian yg menarik untuk dihayati dan diamalkan iaitu 'Senarai Kebahagiaan'. Heh, baca list ni ja pun, dah brapa kali dah cikSyue renung dan tenung diri ni. Masih banyak perkara yang Syue terlepas pandang, dan mungkin sebab itu tak jumpak lagi 'kebahagiaan' yang sebenar 🤦🏻
.
Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna. Sebab hidup kita ni takkan terlepas dari dugaan kecil atau besar. Allah dah bagi kita akal supaya dapat menggunakannya dengan bijak. Dah jadi tanggungjawab kita untuk improve jadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari.
No comments:
Post a Comment